Williams’ Percent Range (%R)

Williams’ Percent Range, atau nama pendeknya %R, adalah sebuah indikator teknikal yang dibangunkan oleh Larry Williams pada tahun 1973. Ini adalah satu osilator yang ringkas, tetapi efisen, yang menunjukkan kelajuan pergerakan harga.

Cara-cara memasang di carta.

%R adalah salah satu indikator yang ada di set indikator default MetaTrader, jadi anda tidak perlu muat turun ia lagi. Pergi ke “Insert” – “Indicators” – “Oscillators” – dan anda akan ternampak Williams’ Percent Range.

Secara default, tempoh indikator ini adalah 14. Anda boleh ubah parameter ini jika perlu.

4758.png

Cara-cara mentafsir

Williams %R adalah osilator momentum. Ia sangat mirip dengan Osilator Stokastik . Perbezaan antara kedua-duanya adlaah Stokastik membandingkan harga buka dan tutup di antara dua masa, manakala %R menggunakan hanya harga penutupan dan membandingkannya dengan julat tinggi-rendah dalam satu tempoh masa.

Tidak seperti osilator Stokastik, Williams %R tidak digredkan dari bawah ke atas, tetapi dari atas ke bawah. Ini bererti nilai indikator yang rendah berada di bahagian atas tetingkap indikator, dan angkanya meningkat dalam susunan menurun kerana garisan indikator bergerak dari atas ke bawah. Justeru, aras 0 terletak di atas dan nilai 100 terletak di bawah.

5477568.png

%R menunjukkan bilakah pasaran sudah terlebih beli atau terlebih jual. Jika %R berada di antara -100 dan -80, pasaran sudah terlebih jual dan anda harus berfikir untuk membeli. Jika %R berada di antara 0 dan 20, pasaran sudah terlebih dibeli dan anda harus berfikir untuk menjual.

Sila maklum bahawa bacaan terlebih beli atau jual tidak bermakna harga akan berpatah balik. Terlebih beli hanya bermaksud harga sudah menghampiri paras yang paling tinggi bagi satu julat masa yang mutakhir, dan terlebih jual bermaksud harga sudah di paras terendah bagi tempoh masa yang mutakhir. Justeru dari itu, anda dicadangkan untuk tindak menggunakan signal ini sebagai satu-satunya isyarat untuk masuk ke pasaran. Ingat bahawa indikator ini memerlukan pengesahan dari aksi harga atau perkakas analisis teknikal yang lain.

Salah satu saringan yang paling ringkas tetapi efisien adalah dengan mencari situasi di mana harga meninggalkan zon terlebih jual sewaktu uptrend. Ini boleh menjadi petunjuk untuk membeli. Begitu juga sebaliknya, jika trend umum adalah downtrend, yang disahkan dengan analisis visual atau indikator, nantikan harga meninggalkan zon terlebih beli untuk memulakan dagangan jual. Menggunakan strategi seperti ini anda boleh menggabungkan Williams %R dengan indikator seperti Jalur Bollinger atau Envelopes .

4647.png

Para pedagang juga boleh menggunakan %R untuk menjejak kegagalan momentum. Di suatu uptrend yang kuat, harga sering mencapai aras -20 atau lebih. Jika indikator ini jatuh, dan tidak boleh kembali ke paras melebihi -20 sebelum jatuh lagi, ini bermakna momentum harga ke atas telah pudar dan penurunan harga yang lebih kuat akan menyusul.

Perkara yang sama juga benar untuk downtrend. Bacaan -80 atau lebih rendah adalah biasa. Bila indikator tidak lagi mampu mencapai aras rendah sebegitu sebelum bergerak lebih tinggi ia boleh menandakan harga akan meningkat.

Sebagai tambahan, sama seperti osilator lain, Williams %R menghasilkan signal bila ia mencapah dengan carta harga. Beli jika harga rendah baharu berada di bawah harga lama tatkala aras terendah yang baru di carta %R lebih tinggi dari yang sebelumnya. Jual jika harga tinggi yang baru di atas harga tinggi sebelumnya tatkala paras tertinggi yang baru di carta %R lebih rendah dari yang sebelumnya.

Kesimpulan.

Williams’ Percent Range sangat berkemampuan untuk menyerlahkan kawasan terlebih beli dan terlebih jual. Seperti semua indikator lain, ia memerlukan pengesahan dan harus digunakan sebagai sebahagian dari gabungan bersama perkakas lain.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.

Berita terkini

EMAS Dijangka Akan Mendaki Sementara, Dijangka Sambung Penerjunan!

Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…

Yen Tersungkur kepada Paling Rendah Sejak 1990 , Betul Ke Ni?

Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…

XAU/USD Berundur Selepas Menguji $2,200, Mana Arah Tuju USD?

Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera