Pasaran Bullish vs. Bearish: Apakah Perbezaannya?
Pasaran yang bullish
Lembu jantan menanduk lawannya dan kemudian menongkah mereka ke atas dengan tanduknya. Pelabur, yang dipanggil "bulls" ("lembu jantan"), bertindak dengan cara yang sama – mereka membuat wang dengan kenaikan harga aset. Oleh itu, tempoh di pasaran bila mana kebanyakan pelabur berkelakuan seperti ini dipanggil sebagai "pasaran yang bullish". Ketika pasaran bullish, permintaan untuk aset adalah tinggi, semua orang mahu membeli sesuatu, dan harga pun meningkat naik. Pada satu ketika, pelabur mula percaya bahawa ini akan berlaku selama-lamanya. Kemudian terjadilah ramalan yang terkabul sendiri (self-fulfilling prophecy) : nilai aset terus meningkat, bukan kerana kejayaan dari aspek bisnes, tetapi kerana kepercayaan pelabur terhadap pertumbuhan selanjutnya.
Terdapat 12 tempoh seperti sedemikian di Amerika Syarikat sejak Perang Dunia Kedua. Tempoh yang terkini sedang berlaku sekarang – sebahagian besar ekonomi global telah berkembang dengan kukuh sejak krisis kewangan 2007-2009. Dan pandemik coronavirus sekali pun tidak berjaya menghentikan pasaran bullish ini, tempoh yang paling lama dalam sejarah.
Pasaran yang bearish
Pasaran yang bearish ialah suatu tempoh bila mana harga aset jatuh untuk satu masa yang lama. Bears (beruang) disebut dalam nama ini bukanlah secara kebetulan: haiwan ini menyerang mangsanya dengan menjatuhkannya ke tanah dan menyiat-nyiatnya. "Beruang" adalah pelabur yang membuat duit dari kejatuhan harga.
Tiada takrifan yang jelas tentang seberapa banyak nilai aset harus jatuh sebelum kita boleh mengatakan bahawa fasa pasaran bearish sudah bermula. Biasanya, pelabur percaya bahawa pasaran adalah bearish apabila harga sudah jatuh sekurang-kurangnya 20% berbanding kemuncak terdekat dan proses itu berlanjutan selama lebih daripada dua bulan.
Malangnya, krisis tidak dapat dielakkan dalam kitaran ekonomi. Tidak ada sebab yang universal untuk apa yang berlaku. Ini boleh menjadi "buih" pasaran (market bubbles), masalah politik dan ketenteraan, kelembapan dalam pertumbuhan ekonomi, dan sebagainya. Kejatuhan biasanya diburukkan oleh pelabur sendiri, yang mula-mula percaya pada kejayaan sehingga ke saat yang terakhir, dan kemudian menjadi panik. Akibatnya, aset dijual, kemeruapan melonjak dan harga pun menurun.
Apakah perbezaan antara pasaran yang bullish dan yang bearish?
Aliran modal
Modal mengalir dari aset perlindungan ke aset berisiko dalam pasaran yang bullish kerana pedagang dan pelabur cuba meningkatkan kekayaan mereka. Sebaliknya, pelabur cuba melindungi modal mereka di waktu di mana pasaran sedang bullish. Akibatnya, mereka meninggalkan aset berisiko dan memindahkan dana mereka ke aset perlindungan.
Kadar faedah
Kadar faedah yang rendah biasanya mengiringi pasaran yang bullish. Ia berlaku kerana kadar utama yang rendah menjadikan pinjaman lebih murah untuk perniagaan dan pelabur runcit. Akibatnya, perniagaan boleh berkembang, dan pelabur runcit mampu membeli saham syarikat dan ini menaikkan harga lebih tinggi lagi .
prestasi KDNK
Kadar pertumbuhan KDNK yang tinggi biasanya diiringi oleh pasaran yang bullish, manakala pasaran yang bearish berkorelasi dengan kadar pertumbuhan yang rendah. Kadar pertumbuhan KDNK semakin pantas apabila prestasi syarikat meningkat, dan pekerja mendapat gaji yang lebih tinggi, meningkatkan perbelanjaan pengguna.
Sebaliknya, apabila perbelanjaan pengguna berkurangan, syarikat mendapat hasil yang lebih rendah, pelabur menjual saham mereka, dan pasaran saham bergolak.
Apa yang perlu dilakukan apabila pasaran sedang bullish?
Ada satu ungkapan yang lazim di kalangan para pelabur: "Semua orang adalah genius di dalam pasaran yang sedang berkembang." Ia boleh dikatakan benar kerana adalah mudah untuk meraih keuntungan apabila kebanyakan aset memang sedang berkembang. Walau bagaimanapun, terdapat persaingan untuk memperoleh 10% atau 30% per tahun.
Walau bagaimanapun, jangan lupa tentang kemeruapan. Pasaran boleh turun naik, dan sukar untuk meneka di mana harga terendah dan bila harga puncak akan berlaku. Pedagang boleh mengambil risiko dan cuba untuk memenangi jackpot, atau anda boleh cuba untuk membuat keuntungan secara perlahan-lahan. Bergantung pada tahap kadar risiko dan keberuntungan, ada beberapa strategi yang boleh digunakan.
Beli dan simpan
Ia adalah strategi klasik dan yang paling mudah diakses untuk orang biasa. Maksud pernyataan tersebut adalah harafiah seperti yang tertulis: baca analisis, lihat indikator-indikator, pilih syarikat yang berbaloi dan stabil, beli saham mereka, dan simpannya dalam portfolio sehingga mencapai sasaran, tidak kira apa jua yang berlaku di pasaran.
Pilihan ini amat sesuai untuk pelabur yang tidak akan mengambil keuntungan dalam masa terdekat atau hidup dengan bergantung hanya pada pelaburan. Strategi ini berfungsi dengan baik untuk masa depan, terutamanya untuk tempoh beberapa dekad.
Sebagai contoh, salah seorang pelabur paling berjaya di dunia, Warren Buffett, membeli saham Coca‑Cola pada tahun 1988 dan masih mengekalkan pegangannya. Selama 33 tahun, pelaburan itu membawa keuntungan 1553%, tidak termasuk dividen.
Beli ketika pembetulan
Tidak kira betapa mantapnya kenaikan harga di pasaran, pembetulan (corrections) pasti akan berlaku. Pembetulan ialah suatu tempoh singkat bila mana harga aset jatuh sebanyak beberapa peratus dan kadangkala sebanyak 15–20%. Biasanya, harga pulih dengan cepat, tetapi sesetengah pelabur menunggu dan membeli aset pada saat-saat sedemikian kerana ia akan memberikan pulangan yang lebih tinggi.
Gunakan leveraj
Pedagang, peserta profesional di pasaran saham, menggunakan strategi ini. Intinya di sini adalah untuk melaburkan bukan sahaja wang anda sendiri tetapi juga meminjam wang daripada broker. Ia adalah kaedah yang berisiko. Seorang pedagang mungkin mengharapkan kenaikan 10-15% pada harga saham, namun ia berkembang sebanyak 2% sahaja. Ia masih lagi satu urusniaga perdagangan yang menguntungkan, tetapi dengan nisbah risiko berbanding pulangan yang buruk. Lebih mudah untuk mencapai keputusan yang sama dengan membeli bon.
Bagaimana cara untuk bertindak di dalam pasaran yang bearish?
Jangan panik dan jangan menjual aset
"Pasaran bearish" tidak kekal selamanya, suatu hari nanti, ekonomi akan mula berkembang semula, dan aset akan kembali ke nilai asalnya. Oleh itu, adalah lebih baik untuk tidak menjual pelaburan yang baik untuk pulangan yang amat sedikit.
Kerugian pada carta dan aplikasi pembrokeran adalah "di atas kertas", ia tidak nyata. Kerugian sebenar akan berlaku hanya apabila pelabur menjual aset dan kemudian melihat wang di dalam akaun yang lebih sedikit daripada yang dilaburkan. Sebelum itu, kerugian tidak wujud.
Lebih-lebih lagi, penjualan besar-besaran boleh mengheret pasaran ke bawah untuk masa yang lama. Sebagai contoh, semasa krisis 2008, indeks mencapai minimum hanya pada 9 Mac 2009, lebih daripada setahun selepas permulaan kemelesetan. Jadi jangan ikut pelabur lain yang berjiwa kecil dan tergesa-gesa menjual aset.
Anggap sahaja ada jualan murah di sekitar anda.
Wujud kemungkinan untuk membuat keuntungan tambahan di "pasaran yang bearish". Oleh itu, anda perlu memilih pelaburan dengan berhati-hati. Jika pelabur tahu apa yang dia mahu, melihat syarikat yang berpotensi, dan mengharapkan keuntungan bukan hari ini tetapi pada masa hadapan, maka setiap pasaran yang bearish adalah durian runtuh bagi beliau. Ia adalah peluang untuk melabur dalam syarikat berpotensi tinggi dengan kos yang lebih murah. Warren Buffett pernah berkata: "Takutlah kamu apabila orang lain tamak, dan tamaklah apabila orang lain sedang takut."
Pada masa yang sama, tidak perlu menunggu sehingga "pasaran beruang" tiba di paras terendahnya kerana tiada siapa yang tahu bila ia akan berlaku.
Adalah lebih baik untuk tidak meneka, tetapi memilih teknik penentuan saiz posisi (position sizing). Walau apa pun harganya, melaburlah pada syarikat yang sesuai dengan sasaran anda. Ia tidak semenguntungkan seperti meneka bahagian harga yang terendah dan tertinggi, tetapi ia lebih realistik.
Kesimpulan
Kedua-dua pasaran bullish dan bearish menyediakan pelbagai peluang kepada para pedagang. Walau bagaimanapun, untuk menggunakannya dengan betul, pedagang mesti tahu dengan tepat mereka sedang berdagang di pasaran yang mana.
"Ah, ini pasaran yang bullish, anda harus tahu" - Edwin Lefèvre, "Reminiscences of a Stock Operator."
Ayat itu dipetik daripada salah satu buku yang paling popular mengenai perdagangan saham. Ini bermakna bahawa pedagang harus mengikut trend global dan mencari urusniaga long di pasaran yang bullish dan urusniaga short di pasaran yang bearish.
Sebaliknya, pelabur jangka panjang mengumpulkan posisi di pasaran bearish dan mengambil keuntungan di pasaran bullish apabila harga menghampiri paras tertinggi.
Ada beberapa instrumen yang boleh membantu pedagang menentukan arah trend. Salah satu yang paling terkenal ialah osilator RSI.
Mujurlah, pedagang FBS boleh membuka urusniaga di kedua-dua arah tanpa mengira situasi pasaran.
Baca lebih lanjut
- Apakah itu short selling di pasaran saham?
- Apakah itu tamat tempoh opsyen dan bagaimana ia memberi kesan kepada pasaran Forex?
- Apakah itu perdagangan di luar waktu, dan siapa yang boleh berdagang di luar waktu?
- Apakah itu PMI dan mengapa ia penting?
- Apa itu Nasdaq dan bagaimana cara berdagang dengannya?
- Apakah Itu Harga Indeks Pengguna?
- Apakah Maksud Korelasi Pasangan Forex Dan Bagaimana Cara Berdagang Dengannya?
- Apakah Itu Saham Cip Biru?
- Panduan Strategi Perdagangan Mengikut Arah Trend: Apakah Ia dan Bagaimana Cara Mencipta Strategi Mengikuti Arah Trend?