Strategi 'Carry Trade'

Baca artikel ini di laman web FBS

Banyak yang kami telah ceritakan kepada anda tentang strategi-strategi perdagangan. Namun kami ingin mengingatkan anda bahawa ada satu lagi sisi penting pada perdagangan. Ia adalah analisis fundamental. Jika analisis fundamental itu ada, maka pastilah wujud strategi-strategi fundamental juga.

 Mari kita mulakan dengan strategi yang paling lazim dan kebetulan juga ia salah satu yang paling ringkas – strategi 'carry trade'.

Strategi ini berdasarkan kepada kadar faedah. Di dalam kursus analisis fundamental kami, kami telah menyatakan kepada anda bahawa kadar faedah adalah indikator paling sempurna situasi ekonomi bagi setiap ekonomi di dunia. Ia cara yang pantas dan jelas untuk menganggar ekonomi yang manakah yang lebih kuat dan seterusnya matawang mana yang akan mengukuh. Sesebuah negara yang lemah ekonominya mempunyai kadar faedah yang rendah. Ia adalah cara untuk bank pusat menggalakkan pertumbuhan kredit dan memberikan bisnes wang murah untuk dialirkan ke dalam ekonomi. Matawang negara yang sebegitu adalah lemah. Ekonomi yang kuat mempunyai pertumbuhan KDNK yang kuat dan inflasinya meningkat. Untuk mengawal inflasi, bank pusat perlu menaikkan kadar faedah. Ini membuatkan matawang domestik meningkat nilainya.

Perbezaan di antara kadar faedah memberikan pelabur jangka panjang peluang untuk meraih keuntungan.

Lantas strategi carry trade itu bagaimana ideanya?

Idea utama di sebalik strategi ini adalah "beli matawang dengan kadar faedah yang tinggi, dan jual matawang yang kadar faedahnya rendah".

Pedagang meminjam matawang yang murah (kadar faedahnya rendah), contohnya yen Jepun. Kemudian dia melabur di dalam aset yang menguntungkan, contohnya dolar Australia. Yen akan menjadi matawang modal, dolar Australia adalah matawang pelaburan. Hasilnya, aliran modal dari jepun ke Australia bertambah, dan permintaan untuk dolar Australia meningkat. Ingat, aliran ini meningkat bila tiada sentimen keberadaan risiko, jadi pelabur mahu melabur pada matawang yang lebih menguntungkan tetapi lebih berisiko. Natijahnya, AUD/JPY akan meningkat.

Satu lagi perkara yang perlu disebutkan adalah swap. Swap adalah prosedur memindahkan posisi yang sedang terbuka (aktif) dari satu hari perdagangan ke satu hari perdagangan lain. Jika seorang pedagang melanjutkan posisinya melangkaui satu hari, beliau akan menanggung kos atau mendapat laba, bergantung kepada kadar faedah yang berkuatkuasa. Contohnya, bayangkan dolar Australia mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi berbanding yen Jepun. Jika anda membeli AUD/JPY, anda akan mendapat perbezaan di antara kadar faedah AUD dan kadar faedah JPY, atau nama lainnya swap, pada posisi anda bagi setiap peralihan hari yang dilalui oleh posisi tersebut. Namun, jika anda jual AUD/JPY, anda perlu membayar swap bagi posisi anda bagi setiap peralihan hari yang dilalui oleh dagangan anda.

Bagaimana cara menentukan pasangan yang betul untuk hasilkan keuntungan?

Untuk menentukan pasangan yang akan memberikan anda peluang yang baik untuk membuat wang sangat mudah sekali. Buka MetaTrader anda. Di sebelah kiri skrin, ada sub-tetingkap "Market Watch".

Klik pada pasangan yang anda mahu semak. Oleh kerana kita telah menggunakan AUD/JPY di dalam contoh tadi, kita akan klik pada pasangan ini. Di dalam tetingkap baru yang muncul, anda akan nampak "Sepecification".

AUDJPY.png

Klik pada nama pasangan tersebut, dan anda akan melihat tetingkap baru. Di situ anda akan boleh menemui "Swap long". Seperti yang anda boleh lihat dari contoh kami, AUD/JPY mempunyai swap positif yang kecil untuk posisi long (0.81). Ia signal positif yang pertama.

AUDJPY2.png

Kemudian anda harus semak carta mingguan bagi pasangan yang anda mahu dagangkan. Uptrend yang panjang adalah signal positif yang menandakan pasangan mempunyai potensi yang bagus untuk didagangkan. Mari ktia kaji satu contoh. Pada carta mingguan AUD/JPY, kita dapat lihat uptrend dari awal tahun 2000 sehingga awal tahun 2008 (ketika krisis kewangan berlaku). Kenyataan bahawa trend ini mampu bertahan selama 8 tahun menunjukkan pasangan ini cukup selamat untuk digunakan dalam strategi carry trade.

Mari kita lihat pada situasi semasa. Anda harus ingat bahawa mana-mana uptrend panjang tidaklah konsisten. Selepas ia berakhir, adalah penting untuk menunggu sehingga uptrend seterusnya terbentuk. Sejak Januari 2016, sebuah uptrend telah mula membentuk. Ia adalah signal positif untuk membeli pasangan tersebut.

AUDJPYWeekly.png

Seperti yang anda lihat, mencari pasangan yang akan memberi anda keuntungan dalam jangka panjang adalah sangat mudah. Hasilnya, strategi carry trade adalah cara mudah untuk mendapatkan wang. Walau bagaimanapun, anda perlu perlu sentiasa beringat dengan sesetengah ciri-cirinya.

Tiga ciri-ciri strategi ini yang wajib anda ingat selalu:

• Strategi ini hanya terpakai untuk perdagangan jangka panjang. Justeru anda harus berkebolehan untuk berkerja dengan rangka masa besar (big timeframe). Adalah penting untuk boleh membezakan pembetulan (correction) pada suatu pasangan, yang mana ia boleh berlangsungan berhari-hari akibat dari penyongsangan trend global. Strategi ini tidak akan memberikan anda keuntungan jika anda terbiasa dengan gaya perdagangan yang rancak dan aktif. Anda perlu tenang dan yakin dengan strategi anda. Buka satu posisi untuk beberapa bulan, dan anda akan dapat untungnya.

• Ingatlah bahawa strategi carry trade adalah strategi berisiko rendah. Ini bermakna keuntungan anda memang dijangka agak rendah juga. (Petua: risiko besar untung besar, risiko rendah untung pun rendah). Jika anda mahu menggunakan strategi ini untuk mendapatkan keuntungan yang lebih besar, anda perlu depositkan lebih banyak wang.

• Jangan lupa tentang analisis fundamental. Jika anda buka pesanan berdasarkan strategi ini, ini tidak bermakna anda boleh mengabaikan perhatian terhadap pesanan tersebut. Anda harus semak kadar faedah selalu dan lihat jika ada kebarangkalian ia akan berubah secara kekal kerana jangkaan pasaran tentang kenaikan atau penurunan kadar faedah juga memberi kesan kepada kadar tukaran suatu matawang. Tambahan lagi, ada beberapa faktor yang boleh mempengaruhi arah gerakan suatu pasangan. Seperti yang kita boleh lihat di dalam contoh kita, selepas 8 tahun dalam uptrend pasangan itu kemudian terjun disebabkan oleh krisis kewangan. Di dalam suasana tidak stabil, para pedagang mula melabur pada yen Jepun (ia matawang perlindungan).

Kesimpulannya, bolehlah kita katakan bahawa strategi carry trade ini adalah satu strategi yang ringkas dan tidak memerlukan ilmu kewangan yang khas. Apa yang anda perlu tahu hanyalah kadar faedah bagi kedua-dua matawang yang anda mahu dagangkan. Namun, anda harus ingat juga ciri-ciri carry trade ini. Jika anda mempunyai kesabaran yang cukup untuk menunggu berbulan-bulan demi mendapatkan keuntungan yang baik, anda wajib mencuba strategi ini!

Baca lebih lanjut

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.