Belajar cara-cara berdagang: garis panduan untuk newbies
Anda telah membuka sebuah akaun di FBS, tetapi tidak tahu apa perlu dilakukan seterusnya? Anda tertanya-tanya apakah yang anda perlu pelajari untuk menjadi seorang pedagang? Di sini kami telah himpunkan semua petunjuk-petunjuk yang membolehkan anda menjadi profesional Forex dengan pantas!
Unsur-unsur perdagangan
Berdagang forex bererti anda membeli atau menjual pasangan matawang dan membuat keuntungan dari perubahan kadar tukarannya. Perniagaan ini terdiri dari beberapa tindakan penting.
Perdagangan
Sebagai sebuah proses, perdagangan melibatkan membuka dan menutup pesanan di terminal perdagangan bernama MetaTrader. Pesanan adalah arahan untuk membeli atau menjual suatu pasangan matawang. Ilmu asas yang anda harus pelajari adalah bagaimana cara-cara untuk membuka, mengubah dan menutup pesanan di MT, cara-cara menggunakan pelbagai fungsi dan fitur pada perisian tersebut dan mentata suai carta. Anda boleh menemui panduan terperinci bagaimana untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran ini dari siri video khusus MetaTrader kami.
Analisis pasaran
Untuk melakukan suatu dagangan, anda perlu tahu apa yang perlu dibuat. Analisis membantu anda memutuskan pasangan matawang yang mana hendak didagangkan, dan bagaimana hendak memperdagangkannya. Tambahan lagi, ia membolehkan anda mencari masa terbaik untuk memasuki pasaran.
Ada 2 jenis analisis yang utama. Pertama sekali, anda perlu belajar menganalisa carta – mengenal pasti trend, mencari aras-aras penting di mana suatu harga boleh mengundur atau semakin mencanak-canak. Keduanya, anda perlu memahami bagaimana peristiwa-peristiwa penting ekonomi mempengaruhi pasaran Forex. Anda perlu mentelaah kalendar ekonomi – jadual pengumuman ekonomi negara-negara utama dunia. Dengan bantuan kalendar itu, anda akan boleh berdagang pada waktu pengumuman berita baik, juga mengelakkan berita buruk daripada memberi kesan kepada dagangan anda.
Rujuk teks tutorial kami tentang analisis pasaran dan ikuti analitik pasaran harian serta idea-idea dagangan di laman web kami. P
engurusan risiko
Pengurusan risiko membantu memastikan diri anda dari terpukul oleh hasil yang negatif dan menguruskan kewangan anda dengan cara yang membolehkan anda kekal di pasaran untuk masa yang panjang dan mempunyai beberapa peluang untuk berdagang. Ini adalah unsur yang perlu ada dalam perdagangan anda. Ketahui peraturan-peraturan pengurusan risiko yang utama yang akan membantu anda menghadkan kerugian anda dan memaksimumkan keuntungan anda.
Psikologi
Tidak lama selepas anda membuat dagangan anda yang pertama, anda akan mengerti bahawa proses ini agak memenatkan jiwa dan anda perlukan mindset yang betul dan sesuai untuk berjaya dalam berdagang. Ini bunyinya mudah tapi biasanya sebenarnya lebih rumit, tetapi jangan bimbang kami telah kumpulkan tip-tip psikologi dari para pedagang berpengalaman di dalam artikel ini.
Bahan-bahan berguna
FBS menawarkan sejumlah besar bahan-bahan pendidikan yang akan membuatkan proses pembelajaran anda lebih cepat, mudah dan menyeronokkan.
Anda boleh tonton tutorial video dan kemudian mendalamkan lagi pemahaman anda dengan membaca bahan-bahan teks di dalam Buku Panduan Forex.
Untuk pelajaran yang lebih mendalam, kami mencadangkan buku seperti "Daily Trading & Swing Trading the Currency Market" oleh Kathy Lien dan "Trading for a Living: Psychology, Trading Tactics, Money Management" oleh Alexander Elder.
FBS juga menawarkan webinar-webinar pendidikan dan analitik untuk pemula baru Forex dan juga mereka yang sudah pun menimba sedikit pengalaman. Di dalam pelajaran ini, anda boleh tanyakan semua soalan-soalan anda kepada penganalisis profesional dan pakar-pakar perdagangan. Cuba lihat jadual webinar untuk melihat jika ada webinar yang akan bersiaran tidak lama lagi.
Selamat berjaya dengan perdagangan anda dan semoga anda beroleh keuntungan!
Baca lebih lanjut
- Cara-cara berdagang sebelum berita
- Bagaimana cara berdagang dengan harga di paras tertinggi dan terendah sepanjang zaman?
- Bagaimanakah Cara Berdagang Pola Carta Diamond
- Bagaimana cara-cara berdagang dengan laporan perolehan?
- Bagaimana cara berdagang saham di FBS?
- Bagaimana Cara Berdagang Dengan Pullback Pada Trend?
- Bagaimana untuk berdagang menggunakan pola candlestick doji?
- Bagaimana cara berdagang dengan indikator Rate of Change?