Strategi Perdagangan Pin Bar

Baca artikel ini di laman web FBS

Ada kalanya carta atau pola candlestick boleh memberikan signal masuk yang baik jika ia terletak pada aras tertentu. Pin Bar salah satu pola candlestick yang paling andal dan terkenal, dan apabila pedagang menemuinya di carta, mereka menjangkakan harga akan berubah arah tidak lama lagi. Jika anda tahu bagaimana untuk mengenali pola ini dan menggunakannya dalam strategi perdagangan, ia akan berfungsi sebagai instrumen yang sangat baik untuk membuat keputusan yang munasabah.

Apa itu Pin Bar?

Pin Bar adalah sejenis candlestick yang memberi signal penyongsangan harga. Ia terdiri daripada bayang-bayang yang panjang, bayang-bayang kecil, dan satu tubuh antara kedua-dua bayang tersebut. Fakta yang menyeronokkan: nama pola ini adalah singkatan bagi Pinocchio, kerana ia mempunyai bayang-bayang yang panjang yang serupa dengan hidung Pinocchio.

Walau bagaimanapun, selain dari bayang yang panjang, terdapat juga keadaan pasaran yang khusus untuk memanggil pola candlestick sebagai Pin Bar.

1.png

Di dalam gambar di atas, anda boleh melihat dua jenis Pin Bar: bearish dan bullish.

Pin Bar bearish terbentuk selepas pergerakan yang mantap ke atas atau pada akhir trend menaik. Tubuhnya terkepung sepenuhnya di dalam tubuh bar bullish sebelumnya. Ia mempunyai ekor atas yang panjang, biasanya tiga kali ganda lebih panjang daripada saiz tubuh, atau malah lebih panjang dari itu. Ada yang bearish, ada yang bullish, tetapi yang bearish dipercayai memberikan signal yang lebih kuat. Pola ini hendaklah disahkan oleh candlestick bearish yang harga bukanya di bawah tubuh Pin Bar. Isyarat ini menunjukkan bahawa bulls cuba untuk menolak harga lebih tinggi, tetapi percubaan mereka berjaya disanggah.

Pin Bar bullish muncul pada akhir pergerakan ke bawah atau trend menurun (downtrend). Harga bukanya terletak di dalam tubuh candlestick bearish sebelumnya dan mempunyai ekor bawah yang panjang dan tubuh yang kecil. Pola mesti disahkan oleh candlestick bullish yang pembukaannya terletak di atas harga penutupan Pin Bar.

Sekarang, oleh kerana anda tahu elemen-elemen utama strategi, mari kita beralih kepada setup.

Keperluan Strategi

Instrumen: Pasangan matawang major dengan spread yang tipis dan kecairan yang tinggi ada tersedia di akaun Standard. Oleh kerana kita akan bercakap tentang strategi scalping, kita mesti memberi perhatian kepada perincian ini.

Rangka masa: M15 atau M30.

Setup teknikal: aras-aras utama, garisan trend, pembentukan Pin Bar.

Peraturan untuk entri short

  1. Tandakan aras-aras utama dan kenal pasti garisan trend.
  2. Apabila Pin Bar terbentuk pada aras rintangan yang penting, letakkan pesanan “ Jual” 10-20 poin di bawah harga terendah Pin Bar.
  3. Letakkan Renti Rugi 20-30 poin di atas garisan rintangan yang menyebabkan penolakan harga.
  4. Letakkan Ambilan Untung apabila harga sudah menjadi dua atau tiga kali lebih besar daripada risiko anda untuk perdagangan ini atau keluar pada aras sokongan yang signifikan.

Contoh

1.png

Carta di atas menunjukkan bahawa EURUSD cuba melonjak lebih tinggi selepas ia mencapai garis trend tempatan pada carta M15. Walau bagaimanapun, bulls tidak dapat mengekalkan posisi mereka untuk masa yang lama. Hasilnya, Pin Bar telah terbentuk. Selepas mengesahkannya, kami meletakkan pesanan jual di bawah paras terendah Pin Bar pada 1.03497 dan Renti Rugi di atas garisan rintangan baru-baru ini pada 1.03598. Kami meletakkan paras Ambilan Untung di 1.03194. Hasilnya, kami meraih 302 poin.

Peraturan untuk entri long

  1. Tandakan aras-aras utama dan kenal pasti garisan trend.
  2. Apabila Pin Bar terbentuk di aras sokongan yang penting, letakkan pesanan “Beli” 10-20 poin di atas harga tertinggi Pin Bar.
  3. Letakkan Renti Rugi 20-30 poin di bawah garisan sokongan yang menyebabkan penolakan harga.
  4. Letakkan Ambilan Untung apabila harga sudah menjadi dua atau tiga kali lebih besar daripada risiko anda untuk perdagangan ini atau keluar pada aras rintangan yang signifikan.

Contoh

2.png

Pada carta EURUSD yang sama, kami mempertimbangkan senario beli. Selepas harga merosot lebih rendah dari aras psikologi 1.2000 dan menguji kawasan berhampiran zon sokongan 1.1900, pola Pin Bar terbentuk. Kami membuka pesanan beli di atas harga tertinggi Pin Bar di 1.20058 dan meletakkan Henti Rugi di 1.19870. Dengan nisbah risiko-ganjaran 1:3, kami memasang Ambilan Untung di aras 1.20619. Dengan strategi ini, kami meraih 560 poin.

Kesimpulan

Sekarang anda sudah tahu satu strategi perdagangan scalping yang baru. Untuk menguji strategi terlebih dahulu, anda boleh mencubanya di akaun Demo.

Baca lebih lanjut

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.