Strategi perdagangan Shooting Star

Baca artikel ini di laman web FBS

Pola Shooting Star amat popular di kalangan para pedagang kerana keringkasan dan keberkesanannya. Selain dari itu, pola ini memiliki kelebihan yang signifikan – ia terbentuk di carta agak kerap, jadi takkan mengambil masa yang lama sebelum anda dapat menemuinya. Di dalam artikel ini, kita akan membincangkan apakah itu pola shooting star, bagaimana cara untuk mengecamnya, dan bagaimana anda boleh menggunakannya dalam perdagangan anda. Jom kita mulakan!

Apakah itu Shooting Star?

  • Shooting star adalah sebatang kandil yang mempunyai bayang atas yang panjang dan bayang bawah yang kecil.
  • Ia memiliki tubuh yang kecil , yang seharusnya berada dekat dengan harga terendah sesi berkenaan.
  • Shooting Star hanya muncul setelah pergerakan harga yang menaik. Ini sangat penting! Pola ini terbentuk selepas swing ke arah yang lebih tinggi pada aksi harga dan bukan selepas swing ke arah yang lebih rendah.
  • Warnanya tidak penting!

Lihat pada gambar di bawah – itu adalah shooting star!

ss1.png

Apakah isyarat yang disampaikan oleh Shooting Star?

Candlestick secara kasarnya menunjukkan pertarungan tarik-menarik di antara para pembeli dan penjual. Sekiranya candlestick tumbuh, ini bermakna terdapat lebih banyak pembeli atau bull di pasaran. Justeru dari itu, harga meningkat. Sebaliknya, jika candlestick turun, ada lebih ramai penjual atau bears di pasaran. Akibatnya, harga bergerak ke bawah.

Ekor atas yang panjang pada Shooting Star menunjukkan bahawa bulls (pembeli) berusaha untuk mendorong harga lebih tinggi, tetapi pada akhir sesi lebih banyak bears (penjual) muncul, dan mereka menarik harga ke bawah lebih rendah. Dengan kata lain, harga yang lebih tinggi telah ditepis, sehingga harga turun. Itulah sebabnya mengapa harga berkecenderungan untuk turun juga pada sesi berikutnya.

ss2.png

Bagaimana cara berdagang dengan Shooting Star?

Bagus! Anda sudah tahu apa itu Shooting Star dan bagaimana rupanya. Sekarang masa untuk mengetahui cara menggunakannya! Ada satu strategi perdagangan ringkas. Pertama sekali, anda buka carta dan cuba mencari Shooting Star. Sebaik sahaja anda melihat Shooting Star terbentuk, anda harus menunggu candlestick seterusnya bergerak lebih rendah dari paras terendah Shooting Star yang baru sahaja anda temui. Itu perlu untuk memastikan pola candlestick ini sahih. Titik kemasukan ke pasaran yang sempurna terletak tepat pada masa di mana pengesahan ini terjadi. Anda boleh gunakan cara kemasukan sell stop untuk melakukan hal ini secara automatik.

Contoh

Mari kita cuba strategi ini pada carta EUR/USD.

  1. Setelah harga naik lebih tinggi ia membentuk Shooting Star.
  2. Candlestick seterusnya berada lebih rendah dari harga terendah Shooting Star, mengesahkan pola ini.
  3. Harga yang rendah ini adalah titik masuk ke pasaran yang terbaik!
  4. Adalah lebih baik untuk anda letakkan renti rugi tepat di atas bayang atas Shooting Star untuk meminimumkan risiko.
  5. Selepas itu, harga bergerak turun, seperti yang dijangkakan.
  6. Sasaran keuntungan harus berada di aras sokongan (contohnya, harga terendah kebelakangan ini).

ss3.png

Cantik! Anda baru sahaja meningkatkan kemahiran berdagang anda! Uji ilmu baru anda di Akaun Demo.

LOG MASUK

Baca lebih lanjut

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.