Strategi Untuk Perdagangan Mendatar: Rubber Band

Baca artikel ini di laman web FBS

Walaupun pasaran mendatar sekitar 70% dari masa yang ada, kebanyakan strategi perdagangan adalah untuk perdagangan trend. Jadi, kebanyakan pedagang hanya menggunakan 30% dari keseluruhan potensi perdagangan! Sekiranya anda ingin jadi lebih produktif, beri perhatian pada strategi ini.

Harga boleh bergerak mengikut arah trend (naik/turun) atau bergerak ke sisi tanpa arah yang jelas. Strategi ini terpakai dalam situasi yang kedua – ketika pasaran mendatar. Sebilangan besar kejayaan bergantung pada seberapa handal seorang pedagang mencari titik masuk dan keluar. Adakalanya, ini sangat sukar untuk ditentukan, sebab itulah pedagang menggunakan indikator teknikal dan pola harga.

Anda perlukan indikator-indikator berikut untuk strategi ini:

Bagaimana cara untuk kenali pasaran yang mendatar?

Ada dua cara untuk melakukannya. Adalah lebih afdal untuk menggunakan rangka masa 4 jam (H4).

Untuk pemula

Pantau kemunculan isyarat dari purata bergerak (MA). Sekiranya dua purata bergerak bersilang atau bergerak secara selari, ini adalah isyarat bahawa pasaran tidak berubah. Anda disyorkan untuk menggunakan purata bergerak 20 dan 50 tempoh untuk tujuan ini.

1.png

2.png

Untuk pedagang tahap menengah

Tentukan sekurang-kurangnya dua harga maksimum yang ada di aras yang sama dan lukiskan garisan mendatar. Lakukan perkara yang sama dengan harga minimum. Selepas itu, anda akan punyai koridor mendatar.

3.png

*Tips! Gunakan kedua-dua pendekatan dan isyarat akan lebih kuat.

Melaras tetapan indikator

  1. Buka H4.
  2. Masukkan dua purata bergerak dengan tempoh 20 dan 50. Pilih warna yang berbeza untuk MA.
  3. Buka H1.
  4. Masukkan Jalur Bollinger dengan tetapan default. Garis tengah BB adalah MA 20 tempoh.
  5. Masukkan Indikator Kekuatan Relatif (biarkan tempoh default, ubah tahap menjadi 35 dan 65).

*Tips! Simpan carta bersama set indikator yang sudah ditetapkan sebagai sebuah templat. Anda tidak perlu memasukkan dan melaras tetapan indikator ini lagi di lain kali. Untuk melakukannya, klik butang kanan tetikus pada mana-mana ruang kosong di carta, kemudian klik ‘Template’, kemudian ‘Save Template’. Selesai!

Bila masa untuk buka pesanan?

Untuk membuka pesanan BELI, semua syarat di bawah harus dipenuhi.

  1. Pasaran mendatar di carta 4 jam.
  2. Buka rangka waktu 1 jam (H1), tunggu harga menembusi garis bawah Jalur Bollinger dan penunjuk RSI bergerak ke bawah atau mendekati tahap 35.00.
  3. (Opsyenal) Buka carta 15 minit dan cari isyarat penyongsangan. Isyarat ini boleh berbentuk pola candlestick atau pola harga. Contohnya, hammer (tukul) atau double bottom . Selain dari itu, anda boleh perhatikan jika bahawa harga melantun dari angka bulat (0.8500, 0.8000).
  4. Buka pesanan BELI!
  5. Letakkan Renti Rugi 20-30 mata lebih rendah (= 2-3 pip) dari candlestick isyarat.
  6. Letakkan Ambilan Untung di jalur tengah Jalur Bollinger.

4.png

5.png

6.png

Untuk membuka pesanan JUAL, semua syarat di bawah harus dipenuhi.

  1. Pasaran mendatar di carta 4 jam.
  2. Buka rangka waktu 1 jam (H1), tunggu harga menembusi garis atas Jalur Bollinger dan penunjuk RSI bergerak ke atas atau mendekati tahap 65.00.
  3. (Opsyenal) Buka carta 15 minit dan cari isyarat penyongsangan. Isyarat ini boleh berbentuk pola candlestick atau pola harga. Contohnya, shooting star (tahi bintang) atau double top . Selain dari itu, anda boleh perhatikan jika bahawa harga melantun dari angka bulat (0.8500, 0.8000).
  4. Buka pesanan JUAL!
  5. Letakkan Renti Rugi 20-30 mata lebih tinggi (= 2-3 pip) dari candlestick isyarat.
  6. Letakkan Ambilan Untung di jalur tengah Jalur Bollinger.

Strategi ini sesuai untuk pemula dan pedagang yang lebih mahir kerana di satu sisi, ia berdasarkan indikator yang ringkas dan di sisi lain pula, ia melibatkan penyaringan sebanyak beberapa tahap dan pengesahan isyarat perdagangan.

LOG MASUK

Baca lebih lanjut

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.