Apakah itu short selling di pasaran saham?
Pasaran kewangan, seperti pasaran lain, berfungsi kerana seseorang ingin membeli sesuatu, dan seseorang yang lain pula ingin menjualnya. Tetapi di pasaran makanan atau barangan, anda hanya boleh menjual barang yang anda miliki. Perkara yang sama terpakai untuk kebanyakan broker, anda tidak boleh menjual apa yang anda tidak miliki. Dan apa perlunya semua ini? Dari artikel ini, anda akan mengetahui, bagaimana anda boleh menjana pendapatan, ketika orang lain rugi , dan bagaimana untuk menjadi seorang bear. Sekarang anda akan pelajari tentang short sell!
Apa itu short selling?
Bagaimana anda boleh menjual sesuatu yang tidak anda miliki? Sebilangan broker, seperti FBS, membenarkan anda menggunakan deposit anda seolah-olah suatu aset itu dipunyai oleh anda, bukan mereka. Untuk lebih jelas lagi, mari kita teliti proses short-selling langkah demi langkah.
- Anda telah membuat analisis dan sekarang anda menunggu harga aset jatuh.
- Broker meminjamkan aset kepada anda (sebagai contoh, mari kita pilih beberapa saham secara rawak, seperti ALCOA) pada harga $51.5.
- Anda menjual saham tersebut dengan harga $51.5. Sekarang anda tidak mempunyai apa-apa saham tetapi berhutang 1 saham Alcoa yang lambat-laun harus dibeli balik.
- ALCOA jatuh menjadi $49.
- Anda membeli semula saham itu dengan harga $49. Sekarang anda tidak berhutang lagi, dan keuntungan anda adalah $2.5 untuk setiap saham yang anda ada.
- Tahniah! Anda telah menjana keuntungan dengan menjual saham secara short-selling!
Jadi sekali lagi: tujuan anda adalah seperti biasa untuk membeli rendah dan menjual tinggi, tetapi dengan short-selling anda melakukannya dalam urutan yang terbalik: menjual dahulu dan kemudian baru membeli.
Mengapa saya perlu short-sell?
Ada beberapa sebab mengapa anda perlu mempertimbangkan untuk short sell saham. Yang pertama dan yang paling penting ialah tidak ada aset yang naik selamanya. Ekonomi mempunyai kitaran dan akan ada masa-masa di mana saham tidak mengalami sebarang pertumbuhan. Dengan situasi indeks yang lemah dan pemahaman mengenai pergerakan downtrend di masa akan datang, apa salahnya jika anda short-sell?
Sebab lain untuk short-selling adalah untuk melindung nilai (hedge) risiko anda. Katakan, misalnya, bahawa anda mempunyai urusniaga long aktif yang sudah cukup banyak dan anda berpendapat bahawa pasaran akan naik dalam masa satu atau dua bulan. Tetapi anda juga berpendapat bahawa kemerosotan akan berlaku dalam beberapa jam berikutnya. Adalah lebih bijak untuk short sell daripada menutup posisi long anda dan masuk semula lebih rendah kerana perdagangan adalah permainan kebarangkalian, dan harganya mungkin akan naik melawan ramalan anda.
Sila maklum bahawa short selling berbeza dari pelaburan biasa kerana anda perlu mempunyai akses ke atas perdagangan leveraj dan margin jika anda ingin short-sell. Melabur boleh dilakukan tanpa leveraj, oleh itu, tidak ada risiko kedudukan anda ditutup secara automatik bila tahap margin sangat rendah.
Apa risikonya short-sell?
jika pelabur membeli satu saham Alcoa pada harga $51.5, maksimum yang mereka boleh rugi adalah $51.5 kerana sahamnya tidak boleh turun menjadi kurang dari $0. Dengan kata lain, jika mana-mana saham jatuh, nilai terendah yang boleh dicapai adalah $0. Sekiranya pelabur short sell suatu saham, secara teknikalnya tidak ada batasan untuk jumlah kerugian yang mereka akan tanggung kerana nilai saham itu boleh terus naik tanpa batasan. Dalam sesetengah kes, pelabur akhirnya jadi berhutang kepada broker mereka. Yang bagusnya, FBS tidak akan pernah bertindak seperti ini. Kawal risiko anda dan anda tidak akan rugi sehingga hangus keseluruhan deposit.
Walaupun short selling memberi peluang kepada pelabur untuk membuat keuntungan di pasaran yang menurun atau neutral, ia hanya boleh dicuba oleh pelabur yang sofistikated dan pedagang yang maju kerana risiko kerugian yang tidak terbatas. Short selling bukanlah strategi yang digunakan oleh ramai pelabur kerana jangkaan umumnya adalaah nilai saham akan meningkat. Pasaran saham, dalam jangka panjang, cenderung untuk naik walaupun ia pasti mempunyai beberapa tempoh di mana nilainya menyusut.
Secara ringkasnya, adalah sangat bagus mempunyai cara yang membolehkan anda menjana wang dari setiap jenis pergerakan di pasaran. Dengan cara ini kemeruapan adalah perkara yang paling penting. Satu-satunya yang anda perlukan adalah untuk meramalkan pergerakan harga di masa depan. Tetapi berhati-hati dengan risiko dan selalu simpan dana yang mencukupi di akaun anda, atau broker harus menutup kedudukan anda secara automatik. Sejarah ada merekodkan banyak kes Short Squeezes (artikel mengenainya akan dilancarkan tidak lama lagi), peristiwa bila mana harga suatu saham itu meroket lantaran dari minat yang luar biasa untuk saham dan ramai sekali pedagang yang membuat short sell menutup posisi mereka dalam keadaan terkejut dek kerugian yang mengerikan.
Baca lebih lanjut
- Apakah itu tamat tempoh opsyen dan bagaimana ia memberi kesan kepada pasaran Forex?
- Apakah itu perdagangan di luar waktu, dan siapa yang boleh berdagang di luar waktu?
- Apakah itu PMI dan mengapa ia penting?
- Apa itu Nasdaq dan bagaimana cara berdagang dengannya?
- Apakah Itu Harga Indeks Pengguna?
- Apakah Maksud Korelasi Pasangan Forex Dan Bagaimana Cara Berdagang Dengannya?
- Apakah Itu Saham Cip Biru?
- Pasaran Bullish vs. Bearish: Apakah Perbezaannya?
- Panduan Strategi Perdagangan Mengikut Arah Trend: Apakah Ia dan Bagaimana Cara Mencipta Strategi Mengikuti Arah Trend?