Apakah Itu Harga Indeks Pengguna?
Apakah maksud CPI?
Indeks Harga Pengguna (CPI) menunjukkan perubahan harga yang dibayar oleh pelanggan untuk sektor barangan dan perkhidmatan, seperti makanan, tenaga, perumahan, pengangkutan, rawatan perubatan, hiburan, dan pendidikan. Perubahan CPI digunakan untuk mengukur perubahan harga yang dikaitkan dengan kos sara hidup. Perubahan pengukur yang tepat bagi kos sara hidup adalah penting bagi individu dan organisasi-organisasi berbeza seperti bank pusat.
Apa itu sebakul barangan?
Sebakul barangan ialah sekumpulan produk pengguna dan perkhidmatan yang tetap dan harganya akan dinilai dengan kerap: secara bulanan atau tahunan. Sasaran ciptaan bakul ini adalah untuk memantau inflasi dalam pasaran tertentu atau sesebuah negara. Jika harga barangan di dalam bakul tersebut meningkat sebanyak 2% dalam satu tahun, kadar inflasi boleh dikatakan sama juga sebanyak 2%. Sebakul barangan merupakan contoh yang mewakili keadaan keseluruhan ekonomi, itulah sebabnya sebahagian barangan akan digantikan dengan yang lain secara berkala untuk diselaraskan dengan tabiat pengguna.
*Sebakul barangan mengandungi makanan dan minuman asas seperti susu dan kopi. Ia juga merangkumi kos perumahan, perabot, fi pengangkutan, kos rawatan kesihatan, mainan, dan juga tiket muzium. Kos pendidikan dan komunikasi juga tersenarai di dalam bakul tersebut dan juga pelbagai produk lain seperti tembakau, kos potongan rambut, dan pengebumian.
Di mana untuk memperolehi data CPI?
Indeks pengguna dikira sebagai penyumbang majoriti dalam keseluruhan kadar inflasi, itulah sebabnya anda akan melihat terma Kadar Inflasi dan bukan CPI di dalam kalendar ekonomi kami. Jangan terkeliru – kedua-duanya merupakan data yang sama.
Terdapat dua versi laporan ini: Kadar Inflasi dan Kadar Inflasi Teras. Perbezaan di antara keduanya mudah sahaja: indikator teras tidak memasukkan harga makanan dan tenaga dalam pengiraannya oleh kerana kemeruwapannya yang tinggi.
Selain dari itu, terdapat indikator lain bagi inflasi seperti Indeks Harga Pengeluar (PPI), Indeks Harga Pemborong (WPI), Indeks Harga Runcit (RPI). Namun, CPI cenderung menjadi terma paling berimpak tinggi bagi perdagangan Forex.
Bagaimana CPI Digunakan?
Seperti yang kami katakan, Indeks Harga Pengguna merupakan pengukur utama inflasi. Ia menunjukkan kerajaan, perniagaan, dan rakyat bagaimana harga telah berubah di dalam sektor ekonomi bagi satu tempoh. Daripada CPI, peruncit meramalkan kenaikan harga akan datang, para majikan membuat kiraan gaji dan pihak kerajaan akan menentukan kenaikan kos sara hidup.
Apabila inflasi meningkat, kuasa membeli akan menurun, bermakna para pengguna akan kurang membelanjakan barangan dan perkhidmatan bagi setiap unit matawang (sebagai contoh, 1 dollar). Sebaliknya, apabila inflasi menurun, kuasa membeli meningkat, bermakna para pengguna akan lebih membelanjakan barangan dan perkhidmatan bagi setiap unit matawang.
Perkara yang paling menarik bagi seorang pedagang ialah bank-bank pusat membuat keputusan berkaitan polisi berdasarkan data Indeks Harga Pengguna. Oleh itu, bukan sahaja data CPI sebenar malahan jangkaan pedagang terhadap pengumuman CPI akan meningkatkan kemeruwapan dalam pasaran Forex.
- Kenaikan harga akan membuatkan bank pusat untuk menaikkan kadar faedah, yang akan menghasilkan peningkatan nilai matawang nasional.
- Sebaliknya, jika inflasi menjadi begitu rendah, bank pusat akan menurunkan kadar faedah, yang tidak dapat dielakkan dan akan menjurus kepada penyusutan nilai matawang domestik.
Bagaimana CPI memberi impak kepada perdagangan Forex?
Pengumuman Indeks Harga Pengguna cenderung mengakibatkan pergerakan yang besar dalam pasaran Forex. Beri perhatian kerana ia hanya merujuk kepada negara-negara yang mempunyai matawang yang cair.
Berdasarkan kecairan, ini merupakan tiga kategori matawang dalam pasaran Forex global: major, pasangan matawang minor, dan matawang eksotik. Matawang major adalah yang paling popular dan mempunyai kecairan paling tinggi. Matawang major termasuklah dollar AS, pound British, euro, yen Jepun, dollar Australia, dan dollar Kanada. Jadi, beri perhatian penuh kepada pengumuman CPI AS, UK, Kanada, EU, Jepun, Australia, dan New Zealand.
Bagaimana cara berdagang sempena CPI?
Para pedagang akan membandingkan data unjuran dan data CPI sebenar, yang mana anda boleh semak di kalendar ekonomi.
- Jika data sebenar CPI lebih besar dari jangkaan, matawang tersebut akan meningkat.
- Jika data sebenar CPI lebih rendah dari unjuran, matawang tersebut akan menurun.
Menyemak lebih awal tentang waktu pengumuman CPI seterusnya merupakan satu idea yang baik, buka carta dengan matawang yang terlibat dengan pengumuman CPI tersebut dan bersedia sepenuhnya dan apabila ia diumumkan, perhatikan pergerakan harga tersebut.
Bagaimana dengan pasaran saham? Adakah ia terkesan dengan CPI? Pasaran saham secara amnya tidak terlalu terkesan oleh angka CPI, tetapi kadang kala ia boleh terjadi! Inflasi yang tinggi mengakibatkan kenaikan kadar faedah dan akan memperlahankan aktiviti ekonomi. Jadi, sebagai syarat, pasaran saham lebih menggemari CPI yang rendah kerana ia akan membuatkan pengguna terus berbelanja, dan perniagaan akan meneruskan lagi pelaburan mereka.
Contoh
Misalnya, Biro Statistik Buruh mengumumkan Indeks Harga Pengguna AS (Kadar Inflasi) pada 13 Julai. CPI yang diumumkan adalah lebih baik daripada jangkaan. Lihat kepada tangkap layar kalendar ekonomi di bawah.
Hasilnya, USD/JPY melonjak sebanyak 300 poin dalam masa setengah jam selepas pengumuman tersebut! Pada carta di bawah, anda boleh melihat pergerakan besar tersebut.
Mari kita bincangkan contoh apabila pengumuman Indeks Harga Pengguna yang lebih rendah daripada jangkaan penganalisa. Pada 28 Julai, pengumuman CPI Kanada (Kadar Inflasi) adalah lebih rendah daripada jangkaan: 0.3% vs jangkaan pasaran 0.4%.
Selepas pengumuman tesebut, CAD/JPY menjunam sebanyak 140 poin. Kejatuhan yang ketara hanya dalam 30 minit! Sememangnya, indikator ekonomi seperti CPI cenderung menghasilkan pergerakan besar pada carta. Jadi, para pedagang harus mengikuti berita ekonomi dan memantau pergerakan harga semasa peristiwa tersebut.
Apakah yang terjadi dengan inflasi sekarang?
CPI kadang kala terkesan daripada kenaikan harga sesetengah komoditi. Sebagai contoh, kenaikan harga minyak memberi impak kepada pengangkutan, makanan, utiliti, dan jualan runcit. Peningkatan harga secara besar-besaran sesuatu komoditi boleh mengakibatkan kesan domino, yang akan menjadikan para pelabur dan pedagang menukar strategi mereka di pasaran Forex.
Ini menyerupai apa yang berlaku sekarang. Harga minyak dan gas telah meningkat secara mendadak pada bulan September 2021. Komoditi ini digunakan dalam aktiviti penting seperti pengisian minyak pengangkutan dan pemanasan kediaman, dan menjadi lebih penting sebelum musim sejuk tiba. Kenaikan harga komoditi ini mengakibatkan kenaikan kos untuk semua aktiviti ini dan akan menjadikan kadar inflasi meningkat.
Bercakap mengenai dollar AS (matawang paling banyak didagangkan dalam pasaran Forex), kadar inflasi AS yang lebih tinggi akan mengakibatkan Rizab Persekutuan menirus program stimulus mereka daripada November dan memberikan petanda kenaikan kadar faedah yang lebih awal daripada jangkaan. Para pelabur menjangkakan perkara ini akan berlaku dan oleh itu mereka akan melaburkan modal pada USD. Hasilnya, USD mencapai paras tertinggi tahunan!
Bank-bank pusat lain juga mengalami kadar inflasi yang tinggi pada masa kini. Namun, bank tidak akan tergesa-gesa untuk melawannya. Krisis Covid-19 menjadikan bank pusat lebih sukar untuk menaikkan kadar atau mengurangkan pembelian bon disebabkan keadaan ekonomi negara mereka yang masih belum begitu baik. Lambat laun, semua bank pusat akan menaikkan kadar faedah, dan akan menolak naik matawang negara tersebut. Oleh itu, laporan CPI terkini telah menarik perhatian banyak pihak!
Ikuti berita kami untuk tidak terlepas laporan ekonomi yang penting!
Jika anda berminat dengan analisa fundamental, kami menyarankan kepada anda untuk membaca artikel berikut:
- “Bank Pusat: polisi dan kesannya”
- “Bagaimana untuk berdagang berdasarkan keputusan bank pusat?”,
- “Polisi pelonggaran kuantitatif”.
Baca lebih lanjut
- Apakah itu short selling di pasaran saham?
- Apakah itu tamat tempoh opsyen dan bagaimana ia memberi kesan kepada pasaran Forex?
- Apakah itu perdagangan di luar waktu, dan siapa yang boleh berdagang di luar waktu?
- Apakah itu PMI dan mengapa ia penting?
- Apa itu Nasdaq dan bagaimana cara berdagang dengannya?
- Apakah Maksud Korelasi Pasangan Forex Dan Bagaimana Cara Berdagang Dengannya?
- Apakah Itu Saham Cip Biru?
- Pasaran Bullish vs. Bearish: Apakah Perbezaannya?
- Panduan Strategi Perdagangan Mengikut Arah Trend: Apakah Ia dan Bagaimana Cara Mencipta Strategi Mengikuti Arah Trend?