Menggali lebih dalam: sumber-sumber maklumat yang anda mungkin belum pernah dengari

Menggali lebih dalam: sumber-sumber maklumat yang anda mungkin belum pernah dengari

2023-03-30 • Dikemaskini

Sekiranya anda seorang pedagang yang bagus, maka anda pasti sudah tahu apa yang harus ditinjau terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat fundamental pasaran. Semuanya bermula ... ya, betul, dari laman web FBS. Anda meninjaunya terlebih dahulu untuk memastikan anda mengetahui yang terkini mengenai acara-acara utama di dalam kalendar ekonomi, berita terbaru, dan analisis untuk aset-aset kegemaran anda dalam format rakaman dan tulisan. itu beberapa khazanah tersembunyi yang boleh anda temui dengan melayari bahagian "Analisis dan Pendidikan" di laman web kami.

Pedagang yang berpengalaman, secara tidak langsung, juga seorang penggali analitik yang tegar. Mereka bukan sahaja mengetahui sumber-sumber arus perdana bagi data-data yang bermanfaat untuk analisis fundamental tetapi juga mampu membaca apa "yang tersirat" dan memahami hubungan yang samar-samar di antara acara/peristiwa dan pasaran. Di bawah ini kami telah kumpulkan sumber-sumber maklumat yang paling menarik. Ayuh! Mari kita mulakan!

Indkator sentimen risiko

Sentimen semasa pasaran sangat penting dan kita harus awas mengenainya pada setiap masa. Sekiranya sentimen semasa adalah risk-on, para pedagang dan pelabur tidak takut untuk membeli matawang yang memberikan pulangan yang tinggi dan matawang pasaran membangun. Sebaliknya, sentimen risk-off mendorong para pedagang melarikan diri dari aset berisiko dan beralih ke aset perlindungan (USD, JPY, CHF, dan emas). Anda boleh temui pelbagai cara untuk mengesan sentimen risiko di pasaran. Cara yang paling umum adalah dengan mengikuti berita-berita utama di sumber berita yang berkaitan. Pada masa yang sama, ini adalah cara paling sukar, kerana berita berubah dengan sangat cepat dan arus maklumat yang masuk dengan deras dan bertalu-talu boleh membingungkan anda.

Apa lagi yang boleh anda lakukan? Tentu sekali, anda boleh mengikuti prestasi aset perlindungan. Sekiranya aliran masuk ke yen Jepun dan emas meningkat, maka anda boleh membuat kesimpulan bahawa sentimen semasa adalah risk-off. Anda harus berikan lebih perhatian kepada hubungan antara USD dan emas (XAU/USD). Sekiranya USD naik, logam kuning tersebut pasti jatuh.

Bagaimana pun, jika anda ingin lebih spesifik dengan analisis anda, anda boleh gunakan beberapa sumber menarik yang lain. Salah satu darinya ialah Indeks Kemeruapan (VIX) Chicago Board Options Exchange (CBOE) atau dikenali juga sebagai "indeks ketakutan". Ia menilai kemeruapan yang dijangkakan pada pasaran saham. Sekiranya kemeruapan tersebut lebih tinggi, maka ketakutan di kalangan pemain pasaran mengenai kemungkinan trend akan berubah sedang semakin meningkat. Akibatnya, sentimen risk-off mendominasi di pasaran. Sebaliknya pula, indeks kemeruapan yang merosot menunjukkan persekitaran pasaran yang stabil. Mari kita lihat contoh indeks berkenaan dan pasangan USD/JPY.

4.png

Satu lagi alat lain yang boleh anda gunakan untuk mengenal pasti sentimen risiko adalah laporan Commitment of Traders (COT), yang diterbitkan oleh Commodity Futures Trading Commission setiap hari Jumaat. Ia mengandungi posisi long dan short bersih para pedagang spekulatif dan komersial. Menurut laporan itu, kita boleh mengenal pasti bagaimana pemain-pemain pasar terbesar, seperti bank dan perusahaan, membuka posisi mereka dan apakah mereka komited terhadap trend semasa. Sebagai contoh, jika Commitment of Traders menunjukkan bahawa sebahagian besar pedagang-pedagang besar telah mengubah tanggapan mereka terhadap pasaran dari bullish ke bearish, kita boleh menjangkakan perubahan pada sentimen risiko.

 Ucapan oleh presiden, bencana alam, dan sayap rama-rama yang memberi impak terhadap pasaran

Jangan fikir bahawa pasaran hanya didorong oleh faktor-faktor ekonomi. Jangan pernah lupa tentang situasi tahun 2020. Siapa sangka jangkitan di sebuah pasar basah di China mampu mencetus ketidakpastian, kemelesetan, dan pembetulan harga pada indeks-indeks pasaran di peringkat global pada awal tahun ini? Jadi, anda harus selalu mengambil kira semua berita, kerana kebanyakan dari mereka, terutama yang berkaitan dengan pengumuman besar oleh mana-mana presiden dan peristiwa dramatik yang tidak dijangka mampu mempengaruhi aset yang anda dagangkan.

LOG MASUK

Serupa

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera