Jika anda bercadang untuk berdagang sepenuh masa, anda mesti bersedia menghadapi banyak cabaran. Ramai pedagang tidak dapat menangani tekanan psikologi dan menjerumuskan diri mereka ke kancah kegagalan.
Kalendar ekonomi dan impaknya ke atas matawang
2023-04-03 • Dikemaskini
Kalendar ekonomi adalah salah satu asas bagi analisis fundamental Forex. Dinamik suatu pasangan matawang bergantung kepada berita-berita ekonomi yang diterbitkan setiap hari. Setiap matawang dipengaruhi oleh peristiwa-peristiwa yang berbeza. Anda harus tahu peristiwa-peristiwa yang paling penting agar dapat bersedia untuk menghadapi sebarang perubahan pada pasaran.
Kalendar ekonomi untuk dolar AS (USD)
Bagi pasaran-pasaran matawang berkaitan US, setiap bulan bermula dengan dua indikator utama keteguhan ekonomi Amerika: PMI pengilangan dan bukan pengilangan bagi bulan sebelumnya dari Institut of Supply Management (ISM).
Minggu pertama juga penting kerana terdapatnya pengumuman perubahan daftar penggajian bukan perladangan (NFP, non-farm payrolls). Indikator ini menunjukkan bilangan pekerjaan yang terhasil di Amerika Syarikat sepanjang tempoh bulan yang lalu. Bacaan sebenar NFP boleh berbeza dari angka unjuran dengan banyak sekali, justeru menyebabkan swing-swing besar pada USD. NFP rasmi, kadar pengangguran dan purata pendapatanbiasanya diumumkan pada hari Jumaat pertama sesuatu bulan. Adalah penting untuk kita lihat bukan sahaja pada NFP, tetapi semua indikator ini. Sila maklum bahawa aras kadar pengangguran yang lebih rendah dari yang diunjurkan adalah baik untuk USD.
Sekitar pertengahan bulan, adalah perlu untuk kita memerhatikan indikator-indikator inflasi – indeks harga pengeluar (PPI) dan indeks harga pengguna (CPI). Sekitar masa yang sama laporan untuk jualan runcit danjualan runcit teras diterbitkan. Perbezaan antara dua indikator ini adalah jualan runcit teras tidak memasukkan sekali jualan kenderaan yang bersifat meruwap. Lebih besar kadar pertumbuhan jualan runcit, lebih tinggi pertumbuhan ekonomi.
Pertengahan bulan adalah penting kerana ada dua pengumuman indeks pengeluaran: Indeks Empire State dari Bank Rizab Persekutuan (FRB, Federal Reserve Bank) New York dan Philly Fed Index dari FRB Philadelphia.
Hari Selasa terakhir setiap bulan adalah waktu pengumuman untuk aras keyakinan pengguna. Nilai yang tinggi bagi indikator ini bererti para pengguna banyak berbelanja justeru menggalakkan lagi pengeluaran dan pertumbuhan ekonomi Amerika.
Perubahan pada inventori minyak mentah diterbitkan setiap minggu dan ia mempengaruhi kemeruwapan USD juga.
KDNK bagi bagi setiap suku tahunan dilaporkan dalam tiga bentuk: pendahuluan (advance GDP, yang pertama sekali), awalan (preliminary GDP) dan muktamad (final GDP). Ada selang selama sebulan antara setiap satu dari pengumuman tersebut. Pengumuman terawal adalah yang paling penting sekali untuk pasaran matawang. Pertumbuhan KDNK pendahuluan untuk suatu suku tahun diterbitkan selama sehingga 30 hari selepas ia berakhir.
Di bawah, anda boleh menemui beberapa aktiviti bukan bulanan, yang sangat mempengaruhi USD.
- Mesyuarat FOMC dan sidang akhbar. FOMC adalah singkatan bagi Federal Open Market Committee (FOMC) dan ia adalah struktur pentadbiran bank pusat AS, iaitu Rizab Persekutuan (Federal Reserve). Fed bermesyuarat 8 kali setahun dan mengumumkan aras kadar dana persekutuan di setiap mesyuarat. Sidang akhbar biasa diadakan pada bulan Mac, Jun, September dan Disember. Biasanya bank pusat membuat pengumuman yang paling penting di mesyuarat yang mempunyai sidang akhbar.
- Ucapan Presiden AS, pengerusi Fed, dan ketua-ketua setiap Bank Rizab Persekutuan.
Kalendar ekonomi untuk euro (EUR)
Zon Euro adalah sebuah kesatuan matawang yang terdiri dari banyak negara berdaulat, jadi pedagang perlu memberikan perhatian bukan sahaja kepada pengumuman Eropah, tetapi juga kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku di negara-negara ahlinya. Peranan terbesar di sini dimainkan oleh Jerman, kerana ini mempunyai ekonomi yang terbesar dan terkuat di rantau itu. Pasaran memberikan perhatian kepada ucapan-ucapan presiden Bundesbank (bank pusat Jerman). Jadual waktunya dipaparkan di laman web rasmi bank pusat itu.
Indeks sentimen ekonomi ZEW (Jerman: Zentrum für Europäische Wirtschaftsforschung, Inggeris: The Centre for European Economic Research ) untuk Zon Euro dan Jerman diterbitkan pada Selasa kedua atau ketiga setiap bulan.
Minggu ketiga suatu bulan adalah penting disebabkan oleh dua indeks awalan Eropah: PMI pembuatan dan PMI perkhidmatan. Indeks-indeks ini juga diumumkan untuk Jerman dan Perancis. Indeks iklim bisnes Ifo Jerman diumumkan di sekitar tempoh waktu yang sama.
Penghujung setiap bulan pula menampilkan angka-angka berkaitan dengan CPI awalan untuk Jerman, Sepanyol, Perancis, Itali dan juga Zon Eropah secara keseluruhannya. Paras bekalan tunai di Zon Euro diterbitkan 28 hari selepas tamatnya sesuatu bulan. Hari berkerja bagi suatu bulan adalah hari di mana kadar pengangguran rantau ini diterbitkan.
Pertumbuhan KDNK Eropah diterbitkan setiap suku tahun. Terdapat tiga jenis pengumuman: awalan kilas (preliminary flash), kilas (flash), dan semakan (revised). Yang paling penting adalah awalan kilas (preliminary flash), di mana ia adalah yang paling awal diterbitkan, iaitu sekitar 30 hari selepas tamatnya suatu suku tahun.
Acara tidak berkala, yang boleh memberikan kesan kepada EUR adalah:
- Mesyuarat dan sidang akhbar Bank Pusat Eropah (ECB, European Central Bank) yang berlaku setiap 8 bulan. ECB menetapkan kadar pembiayaan semula utama rasminya (kadar bidaan minimum). Anda boleh menonton siaran rasmi setiap sidang akhbar di laman web ECB. EUR sangat meruwap pada masa begini.
- Ucapan presiden ECB.
- Minit mesyuarat dasar monetari ECB (8 kali setahun, 4 minggu selepas pengumuman kadar bidaan minimum)
- Sidang kemuncak ekonomi EU.
Kesatuan Eropah juga menerbitkan unjuran terbaru ekonomi wilayah itu sebanyak 3 kali setahun.
Kalendar ekonomi untuk pound British (GBP)
Tiga hari berkerja yang pertama di Britain adalah hari bila mana PMI pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan diumumkan. Indeks-indeks ini adalah berasaskan kepada tinjauan ke atas ratusan pengurus pembelian dan ia mewakili data paling terkini tentang kondisi ekonomi British.
Indeks pelaburan bisnes awalan, pertumbuhan KDNK dan pengeluaran pengilangan biasanya diterbitkan pada hari ke 10-11suatu bulan (40 hari selepas suatu bulan berakhir).
Jabatan statistik kebangsaan mengambil masa yang sedikit lebih lama (sekitar 45 hari) untuk menerbitkan indeks purata pendapatandan kadar pengangguran.
Indeks harga pengguna, pengeluar, dan runcit (CPI, PPI dan RPI) diterbitkan sekitar 14-16 hari selepas berakhirnya suatu bulan. Perubahan bilangan pemohon yang menunjukkan berapa ramai orang telah memohon elaun pengangguran sepanjang bulan sebelumnya, juga diterbitkan dalam tempoh ini.
Perubahan nilai total jualan runcit diumumkan sekitar 20 hari selepas tamatnya suatu bulan. Selepas dari itu, adalah perlu untuk memantau volum pinjaman bersih sektor awam kerana ia diumumkan sekitar 22-23 hari selepas tamatnya suatu bulan.
Pengumuman kadar bank rasmi dibuat secara bulanan. 9 ahli Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC, Monetary Policy Committee) mengundi sama ada Bank Inggeris (BoE, Bank of England) harus menaikkan, menurunkan, atau mengekalkan kadar faedahnya. Di samping kadar tersebut, rumusan dasar monetari juga disiarkan. Pada masa yang sama, BoE menerbitkan amaun fasiliti pembelian aset.
Amaun wang tersebut, yang menunjukkan perbezaan antara barangan yang diimport dan yang dieksport, perkhidmatan, pendapatan bersh di atas pelaburan merentas sempadan, dan bayaran pindahan bersih (akaun semasa) diterbitkan setiap suku tahunan, sekitar 85 hari selepas bulan berakhir. Sekali setiap suku tahun, Bank Inggeris (BoE) menerbitkan laporan inflasi, yang dibincangkan di Parlimen British selepas itu.
Pertumbuhan KDNK bulanan diumumkan sekitar 40 hari selepas penghujung bulan. Tinjauan kondisi kredit terbit di penghujung setiap suku tahunan.
Peristiwa-peristiwa penting tanpa jadual tetap untuk GBP adalah:
- Ucapan gabenor BoE dan ahli-ahli MPC
- Ucapan Perdana Menteri;
- Keputusan ujian tegangan bank.
Laporan kestabilan kewangan BoEditerbitkan dua kali setahun.
Kalendar ekonomi untuk yen Jepun (JPY)
Di awal atau pertengahan bulan suatu bulan, indikator purata pendapatan tunai di umumkan (35 hari selepas tamatnya suatu bulan) . Ia menunjukkan perubahan pada nilai total pendapatan dari pekerjaan yang diraih oleh para pekerja. Imbangan dagangan diumumkan sekitar 20 hari selepas suatu bulan berakhir.
Biasanya, hari Jumaat ketiga suatu bulan adalah masanya data inflasi diterbitkan (CPI teras nasional). Ini adalah indikator utama yang mempengaruhi polisi BoJ PPI pula diumumkan pada hari ke 11-12 setiap bulan. Sila ambil perhatian, CPI teras Tokyo melambangkan aras inflasi untuk bulan semasa, sementara CPI teras Nasional menunjukkan data untuk bulan sebelumnya. Tambahan lagi, kita boleh menjangkakan pengumuman jualan runcit, kadar pengangguran, dan indeks pengeluaran perindustrian di penghujung suatu bulan (27-30 hari selepas bulan sebelumnya tamat).
Jadual mesyuarat Bank jepun (BoJ, Bank of Japan) boleh didapati di laman web rasmi regulator tersebut. Mesyuarat berlangsung 8 kali setahun dan biasanya diikuti dengan sidang akhbar BoJ serta pengumuman kadar rasmi.
Acara-acara tidak berkala juga termasuklah ucapan-ucapan gabenor BoJ.
Kalendar ekonomi untuk dolar Australia (AUD)
Hari Selasa pertama suatu bulan, kecuali bagi bulan Januari, adalah masa untuk taklimat dari Bank Rizab Australia (RBA, Reserve Bank of Australia). RBA mengumumkan aras kadar tunai ( kadar faedah tanda aras Australia) dan mengulas tentang cabaran-cabaran utama ekonominya. Dua minggu selepas itu, bank pusat tersebut mengumumkan minit mesyuarat dasar monetari mengandungi rekod terperinci mesyuaratnya.
Maklumat berkenaan dengan kadar pengangguran dan perubahan penggajian diterbitkan sekitar 14-16 hari selepas suatu bulan berakhir. Ini adalah juga tempohnya bila mana Bank Nasional Australia (NAB, National Australia Bank) menerbitkan indikator keyakinan bisnes.
Sekitar 5 haribulan suatu bulan (35 hari selepas suatu bulan berakhir) indeks jualan runcit, imbangan dagangan dan indeks pembinaan AIG diterbitkan.
Sentiasalah pantau aras inflasi, yang diterbitkan pada hari ke 25 selepas tamatnya suatu suku tahun, serta perbelanjaan modal swasta sekitar hari ke 55 selepas berakhirnya suatu suku tahun. Pertumbuhan KDNK diterbitkan sekitar 65 hari selepas suatu suku tahun berakhir.
Peristiwa dan acara utama yang tidak mempunyai jadual khusus secara bulanan dan suku tahunan adalah:
- Ucapan gabenor RBA dan pembantu-pembantunya:
- Wawasan ekonomi dan fiskal pertengahan tahun (pertengahan Disember);
Pengumuman bajet tahunan (pertengahan Mei).
Kalendar ekonomi untuk dolar New Zealand (NZD)
Kebanyakan data penting untuk New Zealand dilaporkan secara suku tahunan. Selasa yang pertama atau kedua selepas suatu suku tahun berakhir adalah waktu untuk pengumuman keyakinan bisnes NZIER. 18 hari selepas itu kadar inflasi pengguna (CPI) diumumkan. Pada hari ke 15 atau ke 16 selepas berakhirnya suku tahun, bacaan jualan runcit diterbitkan. Jangkaan inflasi diterbitkan 50-55 hari selepas suatu suku tahun berakhir.
Antara indikator penting yang diterbitkan per bulan adalah indeks pembuatan dari Business NZ (diterbitkan sekitar 13-16 hari selepas berakhirnya suatu bulan), imbangan dagangan (sekitar 26-30 hari selepas suatu bulan berakhir), dan indeks keyakinan bisnes ANZ (sekitar penghujung suatu bulan kecuali Januari). Sebanyak dua kali sebulan, maklumat berkaitan dengan perubahan purata harga produk tenusu yang dijual di lelongan diterbitkan (indeks harga GDT). Pertumbuhan KDNK diterbitkan setiap suku tahun, sekitar 75 hari selepas suatu suku berakhir.
Pertemuan Bank Rizab New Zealand (RBNZ, Reserve Bank of New Zealand) diadakan bukan setiap bulan tetapi hanya 8 kali setahun. Keputusan berkaitan kadar faedah diikuti dengan sidang akhbar RBNZ dan ucapan gabenornya. Minit (protokol) mesyuarat ini tidak diterbitkan.
Sebanyak dua kali setahun (pada November dan Mei), akan diterbitkan laporan kestabilan kewangan, yang mengandungi unjuran bank tersebut tentang indikator-indikator ekonomi utama.
Kalendar ekonomi untuk yuan China (CNY)
(Data ini mempengaruhi AUD and NZD kerana Australia dan New Zealand mempunyai hubungan dagang yang rapat dengan China)
Imbangan dagangan rasmi negara ini diterbitkan pada hari ke 8-10 suatu bulan. Sekitar tempoh yang sama, data berkaitan dengan inflasi pengguna dikeluarkan. Sekitar hari ke 14-16 suatu bulan, kecuali Febuari, pengeluaran industri dan aras pelaburan aset tetap diumumkan.
Hari terakhi suatu bulan adalah masa untuk pengumuman PMI pembuatan dan bukan pembuatan. Hari berkerja ke-3 suatu bulan adalah masa di mana PMI awalan dari Caixin Services diterbitkan. Ini bersifat lebih informal dan, mengikut pendapat segelintir pihak, penilaian yang lebih tepat bagi kondisi sektor pengeluaran. Kerana itulah ramai pedagang yang skeptikal dengan indeks-indeks rasmi dan lebih mempercayai PMI-PMI dari Calxin.
Pertumbuhan KDNK barangkali adalah indikator China yang paling dinanti-nantikan. Ia diterbitkan sekitar hari ke-18 selepas suatu suku tahun berakhir.
Kalendar ekonomi untuk dolar Kanada (CAD)
Suatu bulan di Kanada bermula dengan penerbitan imbangan dagangan (sekitar 35 hari selepas suatu bulan berakhir) dan indikator-indikator penggajian (sekitar 8 hari selepas suatu bulan berakhir) bagi negara tersebut. Tambahan lagi, adalah disyorkan untuk memantau indeks pengurus perolehan oleh Richard Ivey School of Business, yang mencerminkan kondisi semasa ekonomi.
Pertengahan bulan adalah penting disebabkan oleh pengumuman aras pembelian sekuriti oleh orang asing (sekitar 50 hari selepas suatu bulan berakhir), jualan pembuatan (sekitar 45 hari selepas suatu bulan berakhir), dan inflasi pengguna (sekitar 20 hari selepas suatu bulan berakhir).
Penghujung bulan adalah masa untuk pengumuman pertumbuhan KDNK bulanan (sekitar 60 hari selepas berakhirnya bulan sebelumnya) dan jualan runcit (sekitar 50 hari selepas suatu bulan berakhir).
Sesetengah pengumuman sukuan termasuklah produktiviti buruh(diumum sekitar 65 hari selepas suku tahun berakhir), tinjauan wawasan bisnes, dan laporan dasar monetari oleh Bank Kanada (BoC, Bank of Canada).
Pengumuman kadar BoC dijadualkan 8 kali setahun. Ia mengandungi keputusan kadar faedah utama dan wawasan ekonomi bank pusat tersebut.
Beberapa peristiwa ekonomi boleh memberikan kesan kepada semua matawang serentak kerana ia mengandungi berita, keputusan dan perbincangan yang menggemparkan. Para pedagang dicadangkan untuk mengikuti peristiwa ini dengan amat teliti.
Antaranya adalah:
- World Economic Forum (biasanya di bulan Januari);
- Mesyuarat-mesyuarat Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC, Organization of Petroleum Exporting Countries) dan Joint Ministerial Monitoring Committee (JMMC);
- Mesyuarat G20;
- Mesyuarat G7;
- Simposium Jackson Hole (biasanya di bulan Ogos);
- Mesyuarat International Monetary Fund (IMF)
Baca lebih lanjut
- Jenis-jenis matawang: harus pilih yang mana?
- Pasangan Silang Matawang: bagaimana cara mendagangkannya?
- Pasangan yang terbaik untuk didagangkan
- Pasaran matawang dan politik. Apa hubungannya?
- Forex, Indeks, Matawang Kripto atau Emas... Aset Mana Hendak Didagangkan Dahulu?
- Cara-cara melindungi pelaburan asing daripada risiko matawang
Serupa
Pola carta segitiga (triangle chart patterns) ialah pola pengukuhan yang melibatkan harga aset yang bergerak dalam julat yang semakin mengecil.
Pada masa kini, setiap sumber berita heboh membincangkan tentang inflasi, artikel ekonomi berteriak-teriak mengenainya. Semakin ramai orang menjadi semakin keliru dengan semua maklumat yang diterbitkan.
-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.