Artikel ini akan memperkenalkan kepada anda sesuatu strategi perdagangan yang tidak memerlukan volum, indikator teknikal dan pola harga. Segala-galanya yang anda perlukan ialah kepekaan terhadap aksi harga. Selamat datang ke tutorial tentang Imbalance (Ketidakseimbangan).
IPO: bagaimana syarikat muncul dalam pasaran?
2023-01-26 • Dikemaskini
Tawaran awam awal (IPO) merupakan kelahiran sesebuah syarikat tersebut ke dalam sektor awam. Ia merubah banyak perkara tentang cara pihak pengurusan menguruskan sesebuah firma dan ia juga boleh memberikan peluang dan juga bahaya kepada pelabur runcit. IPO sering berlaku semasa pasaran bull dan kenaikan terkini dalam pasaran saham boleh memberikan suasana yang baik bagi acara korporat ini.
Jika sesebuah syarikat persendirian memerlukan modal yang melebihi kemampuan untuk menghasilkannya melalui operasi aliran tunai, terdapat beberapa alternatif yang boleh dilakukan oleh pemilik dan pihak pengurusan firma tersebut untuk mendapatkan modal tersebut. Ini termasuklah hutang, pelaburan persendirian, atau pelaburan awam melalui IPO. Setiap alternatif ini adalah dinilai berdasarkan situasi terkini dan unjuran tunai yang diperlukan.
Bagaimana IPO berfungsi?
Dalam IPO, pemilik sesebuah syarikat itu akan menjual sejumlah kecil firma tersebut kepada pelabur awam. Ini biasanya berlaku melalui proses menaja jamin yang kelihatan seperti sebuah piramid.
Syarikat tersebut akan berunding jualan saham mereka kepada sebuah atau lebih bank pelaburan, yang akan bertindak sebagai penaja jamin penawaran tersebut. Setiap penaja jamin akan menjual saham mereka kepada kelompok pelabur yang lebih ramai di pasaran awam. Penaja jamin akan diberikan ganjaran dengan fi dan harga saham firma tersebut yang dibeli dengan harga lebih rendah. Penaja jamin akan mengambil risiko dengan anggapan mereka berjaya menjual saham yang dibeli daripada firma tersebut (dibawah harga sebenar) melebihi apa yang mereka bayar. Penaja jamin akan membuatkan nilai firma tersebut meningkat dengan melakukan pembelian secara besar-besaran dan menjalankan penjualan semula saham yang telah dibeli awal tadi.
Selain dari itu, penaja jamin akan mengiklankan kempen IPO untuk menaikkan harga dan menarik minat pembeli menjelang sesi penjualan akan datang. Sewajarnya, semakin besar dan lebih popular penaja jamin tersebut, hari pertama IPO itu akan lebih berjaya. Bank pelaburan terbesar seperti J.P. Morgan dan Goldman Sachs merupakan penaja jamin paling berjaya pada hari ini.
Siapa Yang Boleh Membeli IPO?
Secara tradisinya, IPO akan boleh diakses oleh entiti institusi (seperti dana lindung nilai, dana amanah, syarikat insurans) dan pelanggan yang mempunyai modal yang besar untuk berdagang.
Walaupun eksekutif syarikat ( dan kadang kala pekerja) mempunyai akses kepada saham IPO, kebiasannya penaja jamin bank pelaburan akan memberikan jumlah saham yang besar kepada pelanggan institusi kerana mereka percaya mereka lebih bersedia untuk membeli saham tersebut dan jangkaan risiko untuk jangka masa panjang.
IPO akan menarik minat pelabur runcit atas beberapa sebab. Salah satunya, mereka membenarkan pelabur untuk membeli saham syarikat kegemaran mereka pada harga paling rendah dan akan mengaut keuntungan pada lonjakan harga hari pertama. Sebaik sahaja saham tersebut tersedia untuk pembelian awam, ia juga akan memberikan keuntungan kepada individu yang terlibat dengan IPO tersebut dan membeli dengan harga yang ditawarkan.
Itulah sebabnya terdapat beberapa broker online telah menemui cara untuk penyertaan pelabur runcit dalam acara tersebut. Jika anda tidak mahu menunggu sehingga saham IPO syarikat tersebut tersenarai pada exchange, anda mungkin boleh mendapatkannya pada harga yang lebih murah.
Namun, IPO juga mempunyai risiko dan ia tidak sesuai untuk pelabur pemula yang ingin membuat pelaburan jangka masa panjang.
Risiko membeli saham IPO
Kadang kala IPO boleh mengalami kerugian yang besar disebabkan penaja jamin atau orang dalaman, yang mana telah membeli saham tersebut lebih awal, dan kemudian menjual saham mereka. Tekanan pembelian akan mengakibatkan kejatuhan harga dan kenaikan kemeruwapan.
Terdapat beberapa bukti berstatistik yang menunjukkan pelaburan pada IPO baru boleh mengatasi indeks saham biasa. Namun, tanggapan di sebalik bukti tersebut menunjukkan bahawa mustahil bagi pelabur runcit membina kepelbagaian portfolio pada IPO terkini. Dalam kes ini, penyelesaian terbaik adalah melabur pada ETF, yang mengandungi IPO terkini.
Bagaimana untuk membeli saham IPO?
SEC menyenaraikan dua cara pembelian IPO bagi pelabur runcit. Anda boleh menyertai IPO, ataupun, kebiasaanya, membeli saham tersebut apabila ia dijual dalam beberapa hari selepas IPO tersebut.
Untuk lebih memahami kedua-dua cara untuk membeli saham IPO, anda perlu tahu perbezaan harga penawaran dan pembukaan:
Harga penawaran: Harga yang ditetapkan bagi pelabur yang telah diakreditasi dan pelanggan institusi yang mempunyai lebih wang untuk dilabur, anda juga boleh membeli saham tersebut pada harga penawaran jika anda merupakan pelanggan kepada penaja jamin IPO tersebut. Memandangkan anda sukar membeli sebagai seorang pelabur runcit, anda masih boleh menyertai IPO tersebut, bergantung kepada broker anda.
Harga pembukaan: Juga dikenali sebagai harga awam, harga ini melambangkan nilai yang boleh dibeli oleh orang awam pada exchange. Anda boleh membeli saham melalui broker anda selepas ianya dijual kepada exchangers awam, atau anda boleh menyertai IPO tersebut jika broker anda membenarkannya.
Contoh IPO yang berjaya baru-baru ini
Airbnb. IPO syarikat Amerika Airbnb, sebuah perkhidmatan sewaan atas talian, berlangsung pada 9 Disember 2020, di exchange Nasdaq. Syarikat tersebut berjaya mengumpul $3.5 bilion, tidak termasuk tambahan pembelian saham oleh pihak penganjur. Sehari selepas IPO, saham Airbnb meningkat sebanyak 142% kepada $165 seunit.
DoorDash IPO DoorDash, peneraju penghantaran makanan di Amerika Syarikat, berlangsung pada 9 Disember 2020, di exchange saham AS NYSE dan Nasdaq. Semasa pelancaran tersebut, harga awal telah ditetapkan, sama seperti yang berlaku kepada Airbnb. Hasil daripada IPO tersebut, perkhidmatan penghantaran tersebut mengumpul $ 3.4 bilion, menjual 33 juta saham. Pada masa yang sama, modal syarikat tersebut meningkat daripada $25.4 bilion kepada $38 bilion.
Contoh IPO yang gagal baru-baru ini
Robinhood. Pada sesi pertama, Robinhood, broker online disebalik meme terkenal pedagang Reddit, jatuh sebanyak 8.4% di bawah harga IPO. Harga permulaan penawaran awam Robinhood adalah $38 seunit. Untuk IPO syarikat bersaiz sama, ini merupakan pembukaan paling lemah semenjak IPO Uber Technologies Inc (NYSE: UBER) pada bulan Mei 2019 (apabila Uber menamatkan sesi pertama mereka dengan kejatuhan 7.6%).
Sebagai tambahan, kejatuhan harga saham tersebut dibayangi oleh penampilan pertama terburuk syarikat berstatus sama. Pada tahun 2007, IPO broker MF Global Holding berakhir dengan kejatuhan 8.2% pada hari pertama.
Uber. Salah satu IPO yang gagal baru-baru ini adalah penempatan saham Uber (Mei 2019). Syarikat tersebut telah mengalami kerugian selama lebih satu dekad, yang membuatkan ramai pelabur mengelak untuk melabur padanya. Walaupun dengan segala usaha dilakukan oleh pihak penganjur, saham tersebut jatuh daripada $ 45 kepada $ 27 dalam tempoh enam bulan.
Sukar untuk dipertikaikan bahawa Uber telah melabur kepada teknologi termaju pada hari ini. Mungkin Uber akan kembali kepada harganya, sama seperti dilakukan oleh Tesla pada awal tahun 2020. Namun, ramai pelabur yang membeli saham hanya tertarik kepada keuntungan mereka berbanding kemajuannya.
Pengambilan kewangan
Anda mempunyai beberapa pilihan untuk melabur dalam saham IPO sebagai seorang pelabur runcit. Jika anda mahu menyertai IPO, sila pastikan anda membandingkan syarat-syarat kelayakan di antara beberapa app dan membuat kajian terhadap prospektus syarikat.
Walaupun dengan risikonya, pelabur akan tertarik dengan IPO disebabkan ia biasanya dilakukan oleh syarikat yang berada di dalam fasa transisi. Para pelabur akan tertarik pada syarikat yang berada di dalam fasa transisi. Para pelabur akan tertarik dengan prospek yang cerah untuk kemenangan besar dan kebarangkalian menjadi seorang lagi “Jutawan IPO”.
Walaupun begitu, penyelidikan sebelum pembelian saham syarikat yang baru disenaraikan adalah satu tindakan yang bijak. Pelaburan IPO boleh menjadi sangat berisiko walaupun dengan syarikat berprofil tinggi yang baru sahaja memasuki pasaran awam. Tetapi apa jua pelaburan yang anda pilih, pakar menyarankan anda melabur dengan amaun yang anda sanggup rugi sahaja.
Serupa
Indikator DeMarker telah diasaskan dan diperjelaskan oleh Thomas DeMark.
Artikel ini akan menerokai strategi perdagangan MACD + RSI dan bagaimana ia boleh digunakan dengan berkesan untuk mengenal pasti peluang-peluang perdagangan dalam pasaran Forex.
-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.