Dalam perdagangan, kita boleh bergantung pada sekumpulan isyarat kemasukan yang berbeza.
Pasangan yang terbaik untuk didagangkan
2023-08-15 • Dikemaskini
Dalam artikel ini, anda akan mengetahui pasangan mata wang manakah yang paling popular di kalangan para pedagang, dan apa yang harus diketahui oleh setiap peniaga mengenai pasangan-pasangan tersebut.
EUR/USD: rakan baik pedagang
EUR/USD pasangan yang paling banyak didagangkan di pasaran Forex lantaran dari beberapa sebab. Pertama sekali, euro dan dolar AS adalah matawang bagi dua wilayah yang paling kuat di dunia. Hampir setiap hari, negara-negara ini menerbitkan indikator ekonomi mereka yang mempengaruhi EUR/USD, ada yang kuat impaknya, ada yang tidak begitu memberikan kesan.
Sekiranya Zon Euro mengumumkan data yang lebih baik daripada unjuran penganalisis, EUR/USD akan meningkat. Sekiranya ia lebih buruk - EUR/USD jatuh. Logik yang sama juga terpakai untuk data AS. Data AS yang lebih baik dari jangkaan akan mendorong USD naik dan EUR/USD turun (kerana USD adalah matawang sebutharga).
Selain dari itu, pasangan EUR/USD boleh didorong oleh berita politik yang penting seperti pilihan raya, perjanjian perdagangan, dan ketegangan hubungan antara negara. Rizab Persekutuan dan Bank Pusat Eropah adalah bank-bank pusat utama, dan campur tangan mereka dalam bidang ekonomi mencetuskan pergerakan yang besar di pasaran Forex. Untuk mengetahui cara berdagang sempena keputusan bank pusat, baca artikel kami yang bertajuk "Bagaimana cara berdagang berdasarkan keputusan bank pusat?"
USD/JPY: pertembungan dua gergasi
Kedua-dua dolar AS dan yen Jepun adalah matawang perlindungan. Matawang boleh dibahagikan kepada dua jenis: matawang risiko (AUD, NZD, GBP) dan matawang perlindungan (USD, JPY, dan CHF). Aset perlindungan cenderung meningkat naik di waktu ekonomi tidak stabil dan diselubungi ketidakpastian, sementara mata wang berisiko - naik sewaktu ekonomi menikmati pertumbuhan dan kemakmuran. Kita harus akui bahawa USD/JPY tidak meruap seperti mana EUR/USD. Kecairan terbesarnya adalah ketika sesi pasaran Eropah dan Amerika Syarikat bertindih iaitu dari 14:00 waktu MT (GMT+2) hingga 18:00 waktu MT (GMT+2).
GBP/USD, EUR/GBP: Pound Seri Paduka Baginda
Pound sterling Britain (GBP) adalah matawang rasmi United Kingdom. GBP adalah matawang yang ketiga paling banyak diperdagangkan selepas USD dan EUR. Fakta menarik: walaupun UK anggota rasmi Kesatuan Eropah untuk sekian waktu, UK tidak pernah beralih ke euro.
Seperti yang anda ketahui, GBP sangat terkesan dengan Brexit pada tahun 2020. Tempoh rundingan yang panjang dan penuh pancaroba antara UK dan EU menyebabkan perubahan yang besar ke atas GBP/USD dan EUR/GBP. Oleh kerana rundingan Brexit sudah pun selesai, GBP/USD kini berpeluang untuk naik ke paras tertinggi baharu.
USD/CAD: loonie yang bergantung pada minyak
Ciri utama dolar Kanada adalah ketergantungannya yang tinggi pada harga minyak kerana Kanada salah satu pengeksport minyak yang terbesar di dunia. CAD cenderung melonjak ketika harga minyak meningkat, dan sebaliknya penurunan harga minyak cenderung mendorong CAD turun. Dolar Kanada juga dipanggil dengan nama 'loonie' kerana adanya imej burung loon (sejenis burung di Amerika Utara) di belakang duit syiling dolar Kanada.
AUD/USD: aussie yang bersinar terang
Dolar Australia ini dianggap oleh ramai pedagang sebagai aset risiko. Ia biasanya meningkat naik bila sentimen keseluruhan pasaran adalah risk-on. Itulah sebabnya mengapa aussie (nama panggilan untuk AUD) berkorelasi positif dengan saham. Selain dari itu, Australia sangat terkait China justeru dari lokasi geografinya. Oleh itu, apabila China mengumumkan beberapa data ekonomi, bukan hanya yuan China sahaja yang terkesan, tetapi dolar Australia juga.
Itu sahaja! Kami berharap anda telah menemui sesuatu yang baru dan menarik di sini! Gunakan pengetahuan ini untuk manfaat anda!
Baca lebih lanjut
- Jenis-jenis matawang: harus pilih yang mana?
- Pasangan Silang Matawang: bagaimana cara mendagangkannya?
- Pasaran matawang dan politik. Apa hubungannya?
- Forex, Indeks, Matawang Kripto atau Emas... Aset Mana Hendak Didagangkan Dahulu?
- Cara-cara melindungi pelaburan asing daripada risiko matawang
- Kalendar ekonomi dan impaknya ke atas matawang
Serupa
Pola carta segitiga (triangle chart patterns) ialah pola pengukuhan yang melibatkan harga aset yang bergerak dalam julat yang semakin mengecil.
Perdagangan mempunyai beberapa tahap kerumitan, bermula daripada yang paling mudah, seperti membeli dan menjual aset rawak, sehinggalah kepada yang lebih komprehensif, dengan pengurusan risiko, masa, dan objektif yang disengajakan.
-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.