Strategi perdagangan dengan Jalur Bollinger

Strategi perdagangan dengan Jalur Bollinger

2023-04-03 • Dikemaskini

Di dalam artikel sebelum ini, kami telah menerangkan cara-cara berdagang menggunakan Purata Bergerak (Moving Average). Kini tiba masanya untuk meninjau satu lagi indikator lain yang berguna yang bernama Jalur Bollinger (Bollinger Bands). Indikator ini tersedia bukan hanya di MetaTrader tetapi juga di App FBS Trader.

Apa itu Bollinger Bands?

Ia adalah indikator teknikal yang dinamakan sempena penciptanya – pedagang terkenal John Bollinger. Bollinger menggabungkan tiga Purata Bergerak di dalam satu indikator. Jalur tengahnya adalah Purata Bergerak Ringkas dan begitu juga jalur-jalur luarnya melainkan untuk satu perbezaan kecil di mana jalur-jalur luar dianjak ke atas dan ke bawah untuk membentuk saluran (palung, channel).

Bagaimana cara menggunakan Jalur Bollinger dalam perdagangan?

Kelebihan terbesar penunjuk ini adalah keupayaannya untuk berfungsi sebagai alat analisis visual yang hebat untuk para pedagang. Dikatakan bahawa harga berada di dalam saluran Bollinger Bands sekitar 95% waktu yang ada. Oleh kerana saluran ini dibina menggunakan Purata Bergerak, saluran ini melebar dan menyempit seiring dengan perubahan harga, mencerminkan dinamik turun naik harga. Oleh kerana harga berada di luar Jalur Bollinger hanya 5% dari keseluruhan masa yang ada, pedagang cuba menjejak keadaan di mana harga terkeluar dari saluran Bollinger. Selalunya, harga berada di atas Bollinger Band atas atau di bawah Bollinger Band selama tidak lebih dari empat candlestick, dan kemudian ia akan melakukan pembetulan (correction). Mengetahui hal ini membolehkan pedagang berdagang berdasarkan penyongsangan arah harga bila ia berpatah balik ke jalur tengah. Pendekatan ini paling berkesan bila pasaran bergerak di dalam julat atau trend yang perlahan.  

Bollinger Bands1.jpg

Jalur tengah juga boleh bertindak sebagai sokongan/rintangan dinamik. Dalam uptrend yang kuat, harga lebih banyak bergerak di antara jalur atas dan jalur tengah.

Tetapan mana yang harus dipilih untuk Jalur Bollinger?

Secara default, tetapannya adalah ‘20’ untuk tempoh dan ‘2’ untuk sisihan (deviation). Ini adalah set tetapan klasik yang digunakan oleh kebanyakan pedagang untuk parameter indikator ini. Walau bagaimanapun, anda boleh mencuba nilai tempoh dan sisihan yang lain. Secara umumnya adalah nilai yang disyorkan untuk tempoh adalah antara 13 dan 24, manakala nilai untuk sisihan pula harus di antara 2 dan 5.

Bollinger settings.jpg

Tempoh. Semakin kecil tempohnya, semakin kerap harga akan menyentuh dan meninggalkan Jalur luar. Melihat dari satu sisi, ini bermakna anda akan mendapat lebih banyak signal. Dari sisi yang lain pula, akan terhasil lebih banyak isyarat yang palsu. Dalam masa yang sama, apabila tempoh terlalu besar, indikator akan menjadi kurang sensitif. Akibatnya, seperti banyak perkara lain dalam hidup, kita perlu mencari keseimbangan.

Sisihan. Sisihan yang lebih tinggi menganjak jalur luar lebih jauh antara satu sama lain. Sekiranya Jalur terlalu lebar sehinggakan harga tidak pernah menyentuhnya, indikator akan jadi semakin kurang berguna. Oleh itu mulakan dengan ‘2’ dan lihat apakah anda perlu membuat perubahan atau tidak.

Strategi perdagangan dengan indikator Jalur Bollinger

Strategi #1 – Strategi kembali ke aras min (mean reversion)

Strategi ini bergantung pada fakta bahawa setelah harga menyimpang terlalu jauh dari harga min (purata, jalur tengah), harga cenderung mendekati min kembali.

  1. Cari julat gerakan mendatar (horizontal range) pada carta.
  2. Cari pola penyongsangan candlestick bila harga mencecah jalur atas Bollinger:

Untuk pesanan BELI

Sekiranya candlestick pin bar dengan bayang bawah yang panjang muncul di jalur bawah Bollinger, buka pesanan BELI di atas candlestick ini. Letakkan Ambilan Untung di jalur tengah/atas Bollinger, dan letakkan Renti Rugi di bawah harga minimum pin bar.

Untuk pesanan JUAL

Sekiranya candlestick pin bar dengan bayang atas yang panjang muncul di jalur atas Bollinger, buka pesanan Jual di bawah candlestick ini. Letakkan Ambilan Untung di jalur tengah/bawah Bollinger dan letakkan Renti Rugi di atas harga maksimum pin bar

Anda boleh gunakan Purata Bergerak 100-tempoh sebagai penyaring: pertimbangkan untuk membuka hanya urusniaga BELI sahaja bila harga berada di atas garis ini dan buka hanya urusniaga JUAL sahaja bila harga berada di bawah garis ini.  

Bollinger 3.jpg

Strategi #2 - Strategi memerah (squeeze strategy)

Strategi ini terbina berdasarkan idea bahawa setelah pasaran menjadi tenang, akan ada lonjakan kemeruapan dan penembusan.

  1. Cari situasi di carta bila mana harga bergerak dalam julat yang sangat sempit (Jalur Bollinger menguncup).
  2. Beli bila terjadi penembusan (breakout) keluar ke bahagian atas Jalur Bollinger Band dan jual bila terjadi penembusan keluar ke bahagian bawah Jalur Bollinger.
  3. Letakkan Renti Rugi di luar julat di sisi yang bertentangan dengan breakout.

Bollinger Bands 2.jpg

IMG_20210616_161643.257.jpg

MUAT TURUN FBS TRADER

Baca lebih lanjut

Serupa

Definisi dan Contoh Pelan Perdagangan Forex
Definisi dan Contoh Pelan Perdagangan Forex

Perdagangan mempunyai beberapa tahap kerumitan, bermula daripada yang paling mudah, seperti membeli dan menjual aset rawak, sehinggalah kepada yang lebih komprehensif, dengan pengurusan risiko, masa, dan objektif yang disengajakan.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera