Pelajaran 19. Apakah itu pengurusan risiko?
Walaupun anda telah membangunkan sistem perdagangan yang pintar, anda masih boleh gagal dalam Forex tanpa strategi pengurusan risiko yang munasabah.
Pengurusan risiko adalah gabungan beberapa idea untuk mengawal risiko kerugian. Dengan menghadkan risiko anda memastikan bahawa anda akan mampu terus berdagang walaupun perkara tidak berlaku seperti dirancang.
Penerapan pengurusan risiko yang konsisten membezakan antara seorang pedagang amatur dan yang profesional.
Lantas bagaimanakah anda boleh menghadkan dedahan risiko anda? Peraturan asasnya agak mudah.
- Jangan gunakan leveraj terlalu tinggi Akses kepada modal tambahan adalah bagus, tetapi ingat leveraj juga meningkatkan kerugian anda
jika pasaran melawan anda, jadi sentiasa ukur kemampuan anda.
2. Pilih saiz posisi yang betul. Terang lagi bersuluh, anda tidak seharusnya mempertaruhkan semua modal di dalam satu dagangan. Kita akan bincang lebih mendalam tentang penentuan saiz posisi yang optimal sebentar lagi.
3. Hadkan kerugian. Jangan abaikan pesanan Renti Rugi (Stop Loss): ia menghadkan kerugian anda menjadikan hasil perdagangan lebih terjangka. Pasang Renti Rugi di peringkat awal lagi dan jangan ubah melainkan arah pasaran memihak kepada anda (dalam kes ini, anda boleh gerakkan Renti Rugi ke titik pulang modal).
4. Sentiasa mencari pulangan yang lebih besar dari risiko kerugian. Ini dipanggil “nisbah risiko/pulangan”. Jika anda berdepan risiko kehilangan pips yang sama dengan pips yang anda harap untuk raih, maka nisbah risiko/pulangan adalah 1:1. Jika anda mensasarkan keuntungan 80 pip dengan risiko 40 pip, nisbah risiko/pulangan anda adalah 1:2. Jika anda ikut petua mudah ini, walaupun anda di jalan yang betul hanya untuk separuh dari dagangan anda tetapi anda masih membuat wang kerana anda akan mendapat lebih keuntungan dari dagangan yang berhasil berbanding kerugian di dagangan yang gagal.
5. Waspada dengan korelasi matawang. Sesetengah pasangan matawang, contohnya USD/JPY dan USD/CHF, cenderung untuk bergerak dalam arah yang sama atau, di dalam lain perkataan, mempunyai korelasi langsung. Jadi, mempunyai 2 posisi dalam arah yang sama akan menggandakan dedahan risiko anda.
6. Jejak dagangan anda. Simpan sebuah diari untuk daftar dan analisa transaksi Forex anda: dengan cara ini akan akan menguruskan wang anda dengan lebih efisyen dan akan boleh mengkaji sejarah perdagangan anda.