1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. 4 Aktiviti Harian untuk Pedagang Pemula
2024-06-10 • Dikemaskini

4 Aktiviti Harian untuk Pedagang Pemula

cover.png

Sama seperti bila kita menceburi mana-mana kerjaya, terdapat banyak perkara yang perlu dipelajari apabila anda bermula dalam perdagangan dalam talian. Adakah anda keliru di mana hendak bermula? Tidak mengapa. FBS sedia membimbing anda. Kami telah sediakan empat aktiviti yang boleh anda sesuaikan dengan rutin perdagangan harian anda.

Semak berita

Bukan rahsia lagi bahawa berita mampu mempengaruhi pasaran dengan drastik. Ia menyebabkan kejatuhan pasaran, seperti kejatuhan pasaran saham pada Mac 2020, apabila indeks pasaran S&P 500 susut 35% dalam masa beberapa minggu. Itulah sebabnya adalah sangat penting untuk mengikuti dan menyemak berita sebelum anda memulakan hari perdagangan anda.

Berikut lima langkah yang perlu diikuti:

  1. Buka fbs.com dan pergi ke Kalendar Ekonomi.
  2. Pilih zon waktu anda, tarikh yang anda mahu dan kesan yang dijangkakan dan klik "Terapkan".
  3. Cari matawang, saham atau dividen yang akan terkesan hari ini.
  4. Tentukan sama ada anda mahu dagangkannya atau tidak.
  5. Beli atau jual!

Sebagai contoh, jika anda mendengar berita bahawa mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan akan berlangsung minggu depan, anda boleh menjangkakan kenaikan USD. Dalam kes sebegitu, adalah berbaloi untuk membeli pasangan USD/*** dan menjual ***/USD sebelum mesyuarat.

Kenal pasti trend

Fahami hala tuju umum harga dan berdagang sejajar dengannya adalah penting bagi setiap pedagang yang ingin memperoleh pendapatan mengikut arah trend. Peraturan untuk mengenal pasti arah trend adalah seperti berikut. Jika harga membentuk paras tertinggi yang lebih tinggi (higher highs) dan paras terendah yang lebih tinggi (higher lows) – ia adalah uptrend. Jika sebaliknya, ia adalah downtrend.

Ikuti langkah-langkah ini selepas anda membuka carta:

  1. Gunakan rangka masa yang lebih besar (H4 atau harian boleh digunakan).
  2. Cari paras-paras terendah pergerakan harga.
  3. Cari paras-paras tertinggi harga.
  4. Kenal pasti trend.
  5. Guna rangka masa pilihan anda.
  6. Beli atau jual!

Seperti yang lazim disebut oleh pedagang, "a trend is your friend". Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang trend dan analisis teknikalnya, baca bahan bacaan dari kami mengenai topik ini.

pic_1.png

Kenal pasti aras-aras utama

Mengenal pasti aras-aras utama adalah penting jika anda ingin meningkatkan keuntungan anda. Aras-aras ini menentukan sempadan pergerakan pasangan mata wang yang boleh membantu anda menganalisis aksi harga.

Ikuti langkah-langkah ini selepas anda membuka carta:

  1. Cari harga tinggi, rendah dan aras di mana harga cenderung untuk bertindak balas.
  2. Lukis garisan mendatar pada titik-titik ini.
  3. Rujuk rangka masa yang lebih kecil.
  4. Ulang langkah 1 dan 2.
  5. Analisa garisan anda: ia menunjukkan bagaimana harga bertindak balas.
  6. Beli atau jual!

Ada lebih banyak teknik untuk diterokai dalam kembara perdagangan anda. Anda boleh mendapatkan lebih banyak tips tentang cara mengenal pasti aras-aras utama di sini.

pic_2.png

Kawal strategi anda

Tanpa strategi perdagangan, anda terdedah kepada ketidakpastian pasaran dan emosi anda. Sebagai seorang pemula, pertimbangkan untuk mencuba strategi yang mudah dan kemudian beranjak kepada perdagangan yang lebih kompleks selepas anda menemui idea dan amalan yang sesuai untuk anda.

Ikuti peraturan ini untuk mengawal strategi perdagangan anda:

  1. Adalah lebih baik untuk merisikokan hanya wang rizab sehingga anda berjaya membangunkan strategi yang terbukti berkesan dan mampu berjalan dengan baik.
  2. Perlahankan rentak dan analisa sebelum membuka urusniaga.
  3. Cuba tinggalkan emosi anda di luar aktiviti perdagangan anda.
  4. Tetapkan Renti Rugi jika anda menggunakan leveraj.
  5. Ganjaran anda (Ambilan Untung) harus lebih besar daripada risiko anda (Renti Rugi).
  6. Berehat dari semasa ke semasa.
  7. Jangan keluar dari posisi perdagangan terlalu awal. Lihat sebelum anda melompat!

Semua pedagang perlu konsisten, berdisiplin, dan berdedikasi untuk menang di pasaran. Bersedia untuk sentiasa belajar perkara baru.

Ini adalah empat aktiviti asas yang anda boleh suaikan diri dengan rutin perdagangan harian anda. Dan tidak kira sama ada anda berdagang matawang, saham atau komoditi lain. Semua aktiviti ini perlu jika matlamat anda adalah untuk berjaya.

Nantikan lebih banyak tips dan trick perdagangan dan tingkatkan kemahiran anda bersama FBS!

pic_3-control your strategy.png

Baca lebih lanjut

  • 3386

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera