Bagaimana Cara Untuk Menjadi Pedagang Profesional?

Baca artikel ini di laman web FBS

TRFNEW-2588_01_cover_1280x675.png

Apa itu pedagang profesional?

Selepas mempelajari dengan lebih lanjut mengenai dunia perdagangan dan memperolehi duit sebenar daripada perdagangan anda, anda mungkin mula terfikir untuk menjadi pedagang profesional. Tapi, apakah yang dimaksudkan dengan pedagang profesional?

Pedagang profesional adalah mereka yang menjadikan perdagangan sebagai kerjaya sepenuh masa mereka. Mereka ini memahami kewangan dan perniagaan dan menggunakan pengetahuan mereka untuk mendapatkan wang daripada pasaran kewangan. Mereka menghabiskan banyak masa untuk menganalisis situasi semasa di pasaran, membangunkan strategi perdagangan yang disuai khaskan untuk aset yang menjadi pengkhususan mereka, dan melaksanakannya untuk meraih keuntungan daripada urusniaga-urusniaga yang berjaya. Pedagang profesional boleh melaksanakan beberapa urusniaga dalam satu hari (pedagang intrahari) atau dalam tempoh beberapa hari (pedagang swing). Setiap gaya perdagangan mempunyai daya tarikan yang tersendiri, dan pedagang profesional boleh memilih jurusan kepakaran mereka sendiri.

Dalam artikel ini, anda akan mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkara yang perlu diketahui oleh pedagang untuk membangunkan kerjaya berkaitan perdagangan, jangkaan potensi gaji, dan prospek kerjaya yang ditawarkan perdagangan profesional kepada anda di masa hadapan.

TRFNEW-2588_02_1280x675.png

PENGAJARAN PENTING

  • Pedagang profesional menjadikan perdagangan sebagai kerjaya sepenuh masa dan boleh bekerja untuk syarikat atau bekerja sendiri.
  • Pedagang profesional perlu memahami cara pasaran kewangan berfungsi dan belajar bagaimana membangunkan strategi dan teknik mereka sendiri untuk memastikan keberhasilan dan kemenjadian yang cemerlang.
  • Industri perdagangan dijangka akan berkembang dalam dekad yang akan datang, jadi sekarang adalah peluang yang terbaik untuk menjadi pedagang profesional.
  • Bekerja untuk sesebuah syarikat sebagai pedagang profesional adalah kerjaya yang lebih stabil, bagaimanapun jika anda menjadi pedagang yang bekerja sendiri, ini membolehkan anda untuk mengatur persekitaran kerja mengikut kehendak dan keperluan anda.

Cara untuk menjadi seorang pedagang profesional

Terdapat banyak perkara yang anda perlu tahu sebelum membuat keputusan untuk menjadi pedagang profesional. Pedagang profesional tidak boleh bergantung pada nasib atau pemahaman yang tidak jelas tentang cara pasaran kewangan beroperasi. Mereka menganalisis banyak aspek bagi setiap urusniaga tertentu sebelum membuat keputusan, yang membezakan mereka dengan pedagang runcit amatur. Jadi sebelum anda berhenti kerja untuk meneruskan kerjaya perdagangan profesional, pastikan anda mempelajari perkara-perkara berikut.

Pelajari asas-asas perdagangan

Anda belum boleh berdagang secara profesional tanpa pemahaman asas yang kukuh. Asas ini termasuk maklumat tentang pasaran kewangan sedia ada, pergerakan harga, alat-alat dan indikator penting perdagangan, berapa banyak modal permulaan yang diperlukan untuk berdagang, jenis-jenis carta yang digunakan oleh pedagang, dan bilakah masa yang terbaik untuk berdagang. Maklumat ini boleh didapati di dalam talian dan di merata kedai buku. Anda juga boleh mencari kursus-kursus percuma untuk pemula yang memberikan semua ilmu yang perlu anda tahu untuk memahami perkara-perkara yang berkaitan dengan perdagangan. FBS juga mempunyai Buku Panduan yang membantu pedagang pemula dan pedagang yang lebih berpengalaman mempelajari tentang Forex dan perdagangan dengan lebih lanjut, setiap hari.

Pelajari asas-asas lanjutan

Selepas mempelajari asas perdagangan, pedagang profesional harus memberi tumpuan terhadap pengembangan tahap pengetahuan mereka. Sebagai contoh, jika anda membuat keputusan untuk berdagang Forex, anda perlu belajar tentang sebut harga mata wang, poin, strategi perdagangan Forex dan pelbagai maklumat berguna lain. Mempelajari lebih mendalam tentang suatu pasaran tertentu boleh membantu anda menjadi seorang pakar dan menjadikan perdagangan profesional lebih mudah. Begitu juga dengan asas perdagangan, anda boleh mendapatkan maklumat tentang asas lanjutan di dalam talian dan buku serta mengikuti kursus lanjutan tentang pasaran yang anda minati.

Membangunkan strategi dan teknik perdagangan

Perkara seterusnya yang perlu diketahui oleh setiap pedagang profesional ialah strategi dan teknik perdagangan yang ada dan cara-cara menggunakannya dalam perdagangan sebenar. Ini termasuk mempelajari tentang carta harga dan pola carta, alat-alat analisis teknikal, trend bearish dan bullish, dan cara-cara menggunakannya untuk membangunkan strategi perdagangan yang berjaya.

Dalam kes ini, sumber-sumber percuma di dalam talian tidak akan banyak membantu kerana ia cenderung untuk menerangkan lebih banyak strategi dan teknik generik tanpa membincangkan butirannya dengan lebih mendalam. Untuk mempelajari strategi yang lebih maju dan cekap, anda mungkin perlu mempertimbangkan untuk mencari pedagang profesional yang boleh mengajarkan anda atau memberikan nasihat tentang sesuatu topik (bukan percuma). Amalan biasa yang dilakukan adalah dengan melihat bagaimana pedagang profesional lain mendekati perdagangan dan kemudian membina strategi perdagangan anda sendiri berdasarkan pengalaman positif mereka.

Dapatkan pengalaman perdagangan

Teori memang hebat dan boleh memberi anda banyak maklumat yang berguna untuk bermula dalam perdagangan, tetapi pengetahuan dan pengalaman sebenar datang daripada pengalaman berdagang sendiri dalam pasaran sebenar. Inilah masanya di mana anda harus menguji strategi dan teknik anda dan melihat apa yang paling berkesan untuk anda dan apa yang boleh anda laras suai bagi mengelakkan kerugian atau untuk meningkatkan keuntungan anda.

Pertimbangkan 'paper trading'

Secara umumnya diketahui bahawa berdagang dengan wang sebenar adalah sangat menekan, terutamanya jika anda baru mula berdagang. Keadaan boleh berubah menjadi buruk dengan cepat dan mengakibatkan anda terkontang-kanting tanpa keuntungan dan, adakalanya, dibebani dengan hutang yang besar. Itulah sebabnya mengapa sesetengah platform perdagangan menawarkan paper trading sebagai satu pilihan. Perdagangan kertas adalah simulasi perdagangan yang membolehkan pedagang baharu berlatih berdagang dengan wang maya berlatarkan pergerakan harga pasaran sebenar. Ini membantu pedagang melihat bagaimana prestasi strategi dan teknik semasa mereka di dalam dunia nyata kelak, tanpa perlu merisikokan wang mereka sendiri.

Pilih broker yang andal

Broker ialah proksi yang menghubungkan pedagang dengan pasaran kewangan, dan seterusnya memadankan dan merundingkan urusniaga antara pelbagai pihak merentasi pasaran-pasaran ini. Pemula boleh menggunakan broker untuk mempelajari tentang strategi dan teknik perdagangan baharu dan kemudian menerapkannya ke dalam gaya perdagangan mereka sendiri.

Tetapi sebelum anda memilih suatu broker, pastikan ia andal (reliable). Semak kelayakannya dan sama ada ia dikawal selia oleh agensi yang bereputasi sebelum mempercayakan wang anda kepada mereka.

Belajar untuk fokus

Jika anda membuat keputusan untuk menjadi seorang pedagang profesional, anda perlu memahami bahawa perdagangan memerlukan fokus dan komitmen, sama seperti pekerjaan lain. Anda perlu sentiasa memantau pergerakan harga untuk mencari saat yang terbaik untuk masuk atau keluar dari urusniaga perdagangan. Anda tidak akan mencapai keputusan yang baik jika fokus anda sentiasa terganggu daripada aktiviti perdagangan anda dan mungkin akan mengalami kerugian. Oleh itu, jangan anggap perdagangan profesional sebagai suatu percutian dan anda harus fokus dalam memastikan semua perdagangan anda teratur.

Fahami pengurusan risiko

Perdagangan adalah berisiko, terutamanya jika anda mencuba perdagangan berleveraj dan tidak menggunakan dana anda sendiri. Anda perlu berfikiran jauh dan menyediakan strategi pengurusan risiko. Pengurusan risiko bermaksud mengenal pasti potensi ancaman dan mencari cara untuk mengelakkannya. Pengurusan risiko termasuk menentukan jumlah wang yang anda tidak kisah terhangus jika berlaku masalah, menentukan pasaran yang terbaik untuk berdagang, meletakkan sasaran harga untuk menyemat keuntungan dan pesanan henti rugi bagi mengehadkan potensi kerugian, dan menggunakan alat analisis teknikal dan indikator untuk meramalkan trend pasaran pada masa hadapan. Risiko sentiasa menjadi sebahagian daripada perdagangan, tetapi sejauh mana anda menanganinya adalah terpulang kepada anda.

Fahami potensi anda

Adalah penting untuk mempertimbangkan jumlah wang yang anda sedia untuk laburkan dalam perdagangan. Ini akan membantu anda membina strategi perdagangan yang lebih sesuai untuk situasi kewangan semasa anda dan mengetahui keputusan yang manakah yang sesuai untuk anda pada masa ini dari sudut kewangan. Lebih lama anda berdagang, lebih banyak keuntungan yang anda boleh jangkakan. Memahami bahawa ia boleh mengambil masa boleh menyelamatkan anda daripada hilang semangat.

Pertimbangkan untuk menyimpan jurnal perdagangan

Setiap pedagang profesional yang berjaya menyimpan rekod yang terperinci tentang semua urusniaga mereka, sama ada yang berjaya atau yang gagal. Menyimpan jurnal perdagangan ialah cara yang terbaik untuk menganalisis strategi dan teknik mana yang telah terbukti berjaya dan yang mana memerlukan lebih banyak pelarasan. Perkara yang paling biasa yang perlu direkodkan ke dalam jurnal anda ialah tarikh setiap urusniaga, rangka masa, saiz lot, harga beli dan jual, keuntungan, kerugian dan maklumat lain yang anda fikir mungkin berguna untuk rujukan pada masa hadapan.

Semak semula urusniaga anda

Menyemak semula hasil perdagangan anda akan membantu anda untuk menentukan faktor-faktor yang menyumbang kepada kesudahan yang berjaya. Memahami mengapa strategi anda yang berjaya berkesan boleh membantu anda melihat sama ada strategi yang sama ini boleh digunakan pada urusniaga perdagangan anda yang lain dan membawa lebih banyak keuntungan secara keseluruhan.

Pertimbangkan untuk mendapatkan ijazah

Mempunyai ijazah dalam bidang kewangan tidak wajib untuk menjadi seorang pedagang profesional. Namun, ia boleh menjadi sangat berguna kerana ia memberi anda pemahaman yang mendalam tentang cara pasaran kewangan beroperasi dan perkara yang boleh anda lakukan untuk mengoptimumkan dagangan anda. Selain itu, ijazah boleh membantu anda menerima kelayakan untuk mengembangkan pengalaman perdagangan profesional anda dan mencari pekerjaan di syarikat-syarikat.

TRFNEW-2588_03_1280x675.png

Gaji untuk pedagang profesional

Apabila bercakap tentang gaji, ianya berbeza-beza. Bergantung pada lokasi, lokasi tempat berkerja, pengalaman dan kemahiran, pedagang profesional di AS boleh meraih pendapatan bermula daripada $50,000 hingga $160,000, dengan gaji purata adalah sebanyak $91,000. Selain daripada gaji tetap, pedagang profesional juga boleh menerima komisen sehingga $25,000. Berkenaan faedah pula, kebanyakan pedagang biasanya mendapat insurans, cuti keluarga, cuti bergaji, jadual yang fleksibel dan peluang untuk bekerja dari rumah.

Prospek pekerjaan untuk pedagang profesional

Pada masa ini, industri perdagangan dijangka berkembang dalam dekad yang akan datang sebanyak 4–6%, walaupun terdapat penurunan permintaan pada awalnya. Ini berita yang baik untuk semua orang yang sedang mempertimbangkan untuk menjadi pedagang profesional. Sebenarnya, sekarang adalah masa yang tepat untuk menjadi pedagang profesional dan menjana wang sebanyak mungkin sepanjang sedekad yang akan datang.

Kemahiran untuk pedagang profesional

Sudah tentu, pedagang profesional perlu memiliki beberapa kemahiran khusus untuk berjaya dalam bidang ini. Ini termasuk:

  • pemikiran yang analitikal,
  • penyelidikan,
  • penyimpanan rekod,
  • kesabaran,
  • fokus,
  • pengetahuan kewangan,
  • gerak hati,
  • kalis tekanan,
  • kebolehsuaian.

Mujurlah, kemahiran-kemahiran ini tidak sukar untuk diperolehi, dan sesiapa yang mempunyai pengalaman kerja asas biasanya sudah memiliki kebanyakan kemahiran ini dan boleh cuba menerapkannya ke dalam perdagangan profesional.

Persekitaran kerja untuk pedagang profesional

Persekitaran kerja untuk pedagang profesional boleh berbeza-beza dengan ketara, bergantung sama ada anda bekerja sendiri atau bekerja untuk syarikat.

Pedagang yang bekerja sendiri boleh membina jadual mereka sendiri yang disesuaikan dengan gaya hidup mereka. Mereka boleh bekerja pada bila-bila masa sepanjang hari dan dari mana-mana sahaja di seluruh dunia dengan sambungan Internet yang stabil. Pedagang yang bekerja sendiri memerlukan komputer atau komputer riba dan mungkin memerlukan peralatan tambahan untuk menjadikan kerja mereka lebih mudah.

Pedagang profesional yang digajikan oleh syarikat biasanya perlu bekerja pada waktu berkerja yang tetap, namun ini tidak semestinya benar untuk setiap syarikat. Mereka boleh bekerja di premis pejabat atau dari rumah. Walaupun pedagang yang bekerja sendiri mempunyai lebih banyak kebebasan untuk menyesuaikan persekitaran kerja mereka, pedagang profesional mendapat pelbagai faedah dari majikan mereka, seperti cuti berbayar, cuti sakit, bonus, dsb.

Baca lebih lanjut

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.