5 Acara Ikonik Yang Menjemput Anda Hanya Jika Anda Seorang Jutawan
Ada banyak acara-acara mewah yang mana tiketnya berharga setinggi puluhan ribuan dolar. Namun, dalam sesetengah kes, wang sahaja tidak mampu membeli hak untuk masuk ke dalam. Mari kita lihat acara-acara paling ranggi yang anda akan dijemput hanya jika anda berstatus jutawan.
Luxury Property Show, Beijing
Ekspo hartanah elit ini adalah sebuah acara jemputan tertutup yang membuka pintunya hanya kepada para pembeli, pengusaha dan pemilik hartanah yang berada di ranking tertinggi. Exhibitor termasyhur dari 35 negara mempamerkan rumah kediaman dan bangunan komersil gred perdana kepada 6000 pembeli bersasar. Tidak perlu kami katakan, mereka semua adalah jutawan belaka. Jika anda boleh bayangkan sebuah rumah impian – di China atau di mana sahaja di dunia ini – anda pasti akan menemuinya di ekspo Beijing ini. Harga penawaran bermula dari $500,000 sehingga $5,000,000 dan lebih.
Le Bal des Débutantes
Jika anda pernah mengimpikan untuk melawat Bal (pesta tari menari) kurun ke-18, ini peluang anda. Idea di sebalik Le Bal des Débutantes tidak berubah – setiap tahun, acara ini menjadi tuan rumah kepada 20-25 anak-anak gadis berumur 16 hingga 22 tahun yang kaya dan terkenal dari pelbagai negara untuk meraikan majlis couture besar pertama mereka. Gadis-gadis ini berasal dari keluarga-keluarga terkenal dan dianggap sebagai generasi bohemia muda seterusnya. Gadis-gadis sunti memakai gaun rekaan pereka terkenal berharga sekurang-kurangnya $40,000 dan barang-barang kemas sementara para jemputan mendermakan wang kepada kebajikan. Forbes dan beberapa media utama telah menamakan Le Bal sebagai pesta tari menari paling hangat di dunia.
The Elite London
The Elite London adalah sebuah ekspo pesawat terbang dan jenama elit di mana orang-orang kaya boleh menikmati jet peribadi, helikopter, kapal layar, kereta mewah dan bot-bot berkualiti terbaik. Acara ini laksana Disneyland bagi mereka yang gemarkan permainan mahal dan mempunyai wang untuk membelinya. The Elite London adalah sinonim kepada gaya hidup mewah, dan ia mempunyai segala-galanya yang anda mahukan bila anda sudah kaya: kenderaan elit, jam, dan jenama-jenama terkemuka, semua dihimpun dalam atmosfera dan lokasi yang ranggi.
The Met Gala
"The Met Gala adalah majlis meraih dana untuk Metropolitan Museum of Art's Costume Institute di New York City. Orang ramai memanggil acara ini ""The Oscars of Fashion"": setiap tahun ia menarik golongan kaya dan terkenal untuk meraikan “fashion’s biggest night out”. Kos untuk menghadiri Gala ini adalah $30,000 bagi setiap kepala (atau $275,000 bagi setiap meja)."
Setiap tahun, pengurus acara ini memilih sebuah tema pesta. Bagi tahun 2018, temanya adalah “Heavenly Bodies: Fashion and the Catholic Imagination” di mana anda boleh melihat Rihanna, Lana Del Ray, Jared Leto, Madonna, Kylie Jenner, Katy Perry, dan ramai selebriti lain memakai gaun rekaan khas bertema Katolik.
Monaco Grand Prix
Perlumbaan Formula One adalah acara sukan kegemaran golongan kaya dan terkenal kerana minat mereka terhadap kelajuan tinggi dan adrenalin. Setiap tahun, pada bulan Mei jalan-jalan di Monte Carlo dan La Condamine menjadi gelanggan para pelumba terbaik dunia beradu dengan disaksikan oleh orang-orang terkaya di dunia.
Grand Prix sudah pasti salah satu acara perlumbaan paling glamour di dunia. Tiket VIP berharga sehingga $3,000, namun kebanyakan penonton VIP menyaksikan perlumbaan dari kapal-kapal layar dan persiaran mewah serta jet persendirian. Selain dari itu, Monaco telah menjadi destinasi untuk orang-orang kaya sejak zaman berzaman untuk kasino-kasinonya yang elegan, ketiadaan cukai harta, cukai pendapatan dan cukai pusaka, serta vibe elitis keseluruhan kota tersebut.
Baca lebih lanjut
- Dari Budak Penghantar Menjadi Pedagang Berjaya
- Jantina Bukan Halangan
- George Soros – Billionaire Yang Tidak Memandang Duit
- Memperbaiki kehidupan anak-anak sekolah dari Mae Chaem, Thailand
- Adakah Melakukan Persiapan Untuk Persaraan Sekarang Idea Yang Baik?
- Sudahkah Tiba Masa Untuk Anda Meghan Markle-kan Kerja Anda?
- Semarakkan terus semangat anda!