1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Kes perdagangan yang anih: Pedagang FBS bertahan sewaktu bank-bank global tumbang
2024-06-10 • Dikemaskini

Kes perdagangan yang anih: Pedagang FBS bertahan sewaktu bank-bank global tumbang

Sesuatu yang bersejarah telah berlaku di dunia perdagangan baru-baru ini.

Kes ini sungguh menakjubkan sehingga melayakkannya mendapat ruang di blog kami. Terimalah sebuah kisah di mana satu pesanan dagangan yang dibuka di saat yang paling buruk yang mungkin. Ia berlaku di tengah-tengah peristiwa yang menggoncang bank-bank pusat dan melenyapkan banyak broker Forex. Pasaran lumpuh, ramai orang yang muflis tetapi lelaki yang membuka pesanan dengan FBS di hari tersebut berjaya untuk tidak mencatat kerugian.

Bagaimana ini boleh berlaku? Ada kisah di sebaliknya.

Para pedagang berpengalaman mungkin masih ingat kegawatan pasaran EUR/CHF pada Januari 2015. Bagi mereka yang tidak mengalaminya sendiri, berikut adalah gambaran kejadiannya yang tepat:

chart wth.jpg

Sifat kerajaan Switzerland yang mudah diramal dan mempunyai reputasi yang baik telah mendorong para pelabur untuk percaya bahawa franc Switzerland adalah "tempat perlindungan yang selamat" untuk wang. Namun, di ketika para pelabur semakin bergantung kepada franc, ia telah melonjakkan nilainya secara dramatik. 

Masalahnya, franc yang mahal memberi kesan tidak baik untuk Switzerland. Ekonominya bergantung kepada penjualan ke luar: pengeskportan barangan dan perkhidmatan mewakili 70% KDNK. 

Agar ia terus murah, Bank Nasional Switzerland (SNB, Swiss National Bank) telah mengisytiharkan bahawa mereka akan mengekalkan franc Switzerland (CHF) melawan Euro kepada 1.2 tidak kira apa yang ongkosnya. 

Bank pusat itu mengotakan janjinya dan mencetak jutaan franc baru untuk mengimbangi kadar tukaran Euro. Mereka juga telah menjual berbilion franc di Forex untuk memastikan matawangnya lebih murah berbanding Euro.

Tetapi keseronokan bermula pada 15 Januari, bila SNB tiba-tiba mengumumkan bahawa mereka tidak lagi berpegang kepada janji mereka sendiri. Ia telah mencetus panik besar di kalangan para pelabur. 

Nilai franc naik menjulang. 

Pasaran saham Switzerland rebah. 

Salah seorang pedagang kami telah membuka empat pesanan sebaik sebelum ia berlaku.

Bayangkan anda melihat gambar ini sebaik selepas anda memasukkan pesanan

Screencast by unknown Japanese trader

Tetapi ini yang menariknya: pesanan-pesanan yang dibuka beliau kecil-kecil belaka, yang membolehkan beliau mempunyai margin yang cukup untuk dagangannya kekal dalam pasaran. Dan oleh kerana beliau berdagang di akaun "Bebas swap" beliau dapat mengekalkan posisinya sehingga ke hari ini. 

Secara rasminya ia adalah dagangan yang paling lama dalam sejarah FBS. 

Baru-baru ini franc Switzerland berjaya kembali ke 1.2, yang bererti pesanannya telah bertahan menerusi fasa kegawatan pasaran terbesar dalam sejarah dan bertahan cukup lama untuk keluar dari kerugian. 

blog case pic.jpg

Malangnya, pemilik akaun ini telah tidak log masuk sejak 15 Januari dan tiada siapa yang boleh menyalahkan beliau untuk itu, tetapi dalam masa yang sama, dia tidak berpeluang untuk melihat kebangkitan semula ini. Jika tidak, pasti beliau akan terus berdagang di akaun bertuah ini.

Pengajaran moral dari kisah ini, jika ada: jangan percaya pada 'matawang perlindungan' (safe havens) dan selalu-selalulah periksa akaun anda, kawan. 

Beritahu kami di ruang komen, apakah kes-kes anih yang anda tahu atau hantarkan sahaja meme kegemaran anda di ruang komen. Kami suka membacanya.

Kami mengucapkan semoga perdagangan anda menguntungkan!

Baca lebih lanjut

  • 5230

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera