1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Cara Saya Menganalisis Harga Pada Carta Yang Bersih
2024-01-25 • Dikemaskini

Cara Saya Menganalisis Harga Pada Carta Yang Bersih

Cover.png

Helo, traders! Artikel ini akan memberikan beberapa buah fikiran dan pandangan mengenai analisis pada carta Forex yang bersih. Sebagai seorang yang sudah lama berdagang, saya sering ditanyakan tentang cara menganalisis dengan carta yang bersih, dan saya fikir ini adalah salah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian kerana Forex masih menarik ramai pedagang baru - golongan pemula yang mungkin akan mendapati tip-tip berikut berguna.

Dengan itu, mari kita selami selok-belok analisis dengan carta yang bersih.

Mengapa Saya Menggunakan Carta Yang “Bersih” Charts & Cara Menatanya

Jika anda ingin menguasai perdagangan, belajar untuk menganalisis carta yang bersih. Anda boleh memenuhkan carta anda dengan pelbagai indikator, trendline, dll. pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, dan saya memberitahu anda ini dari pengalaman saya sendiri, semakin banyak anda berdagang, semakin anda menyedari kepentingan carta yang bersih dan bagaimana ia dapat meningkatkan prestasi anda.

Saya menggunakan carta yang bersih untuk memberi tumpuan kepada aksi harga dan mengenal pasti aras sokongan dan rintangan utama. Saya dapat melihat trend pasaran dan membuat keputusan perdagangan yang lebih baik apabila semua hal-hal yang tidak perlu dinyahkan daripada carta saya.

Carta yang bersih juga sangat membantu dalam mengelakkan kelumpuhan analisis (analysis paralysis) - sesuatu yang dialami oleh setiap pedagang apabila terlalu banyak indikator dan terlalu banyak garis membawa kepada kekeliruan dan ketidakpastian. itu bukanlah cara terbaik untuk berdagang, percayalah.

IMG 2.png

gambar: Adakah anda benar-benar fikir anda boleh tentukan ke mana harga akan pergi dengan carta yang huru-hara ini?

Untuk analisis carta Forex yang bersih, saya hanya mengekalkan elemen penting seperti purata bergerak (moving average), aras pengunduran Fibonacci (Fibo retracement), dan aras sokongan dan rintangan utama. Saya juga menggunakan carta candlestick untuk gambaran visual pergerakan harga yang jelas.

Saya kemudian menata carta saya dengan skema warna yang bersih. Saya lebih suka menggunakan hanya beberapa warna untuk membezakan antara unsur-unsur yang berbeza. Latar belakang putih dengan kandil hijau dan merah juga berfungsi dengan baik untuk saya, menunjukkan pergerakan bullish dan bearish. Kesederhanaan skema warna ini membantu anda fokus dan meminimumkan gangguan.

IMG 3.png

gambar: Dalam kebanyakan kes, itulah bilangan garisan yang anda perlukan untuk analisis carta yang tepat.

Saya juga menggunakan susun atur yang bersih dan ringkas untuk carta saya. Saya menyusun unsur-unsur dengan cara yang mudah difahami dan menarik secara visual. Ini membantu saya menganalisis trend pasaran dan membuat keputusan perdagangan yang tepat dengan cepat.

Akhir sekali, saya menggunakan pelbagai rangka masa untuk mendapatkan gambaran yang menyeluruh tentang pasaran. Pilihan biasa saya termasuk carta harian, 4 jam, dan 1 jam untuk mengenal pasti trend jangka panjang dan pergerakan harga jangka pendek.

Dengan mengakhiri bahagian ini, saya ingin menekankan bahawa carta yang bersih telah meningkatkan prestasi perdagangan saya dengan ketara. Ia membantu saya fokus dan mengelakkan gangguan yang tidak perlu, yang merupakan salah satu syarat utama untuk mencapai hasil yang positif.

gambar: Carta yang bersih

IMG 4.png

Cara Saya Menganalisis Carta Harga Yang Bersih

Jadi sekarang, mari kita lihat apa yang saya lakukan apabila saya menganalisis carta harga. Mungkin sesetengah daripadanya akan memberi anda idea yang boleh anda terapkan dalam rutin analisis carta Forex anda.

Pertama, saya berikan fokus kepada trend pasaran secara keseluruhan. Saya mencari aras sokongan dan rintangan utama, yang sering dapat dikenal pasti berdasarkan harga tertinggi dan terendah sebelumnya. Aras-aras ini membantu saya memahami kemungkinan arah pergerakan pasaran dan membuat keputusan perdagangan yang bermaklumat.

Kemudian, saya melihat aksi harga: Saya berhasrat untuk mencari pola (pattern) seperti head and shoulder, double tops atau double bottom, dan pola-pola carta yang lain yang boleh memberi signal potensi penyongsangan atau penerusan trend. Ini membantu saya untuk menjangkakan pergerakan harga yang berpotensi berlaku dan menyesuaikan strategi perdagangan saya dengan sewajarnya.

Saya menggunakan purata bergerak untuk mengenal pasti arah umum trend dan kawasan yang berpotensi menjadi sokongan atau rintangan. Persilangan antara dua purata bergerak boleh menunjukkan kemungkinan perubahan dalam trend.

Satu lagi aspek penting dalam menganalisis carta harga yang bersih ialah mengenal pasti aras pengunduran Fibonacci yang utama. Aras-aras ini membantu saya mengenal pasti kawasan sokongan atau rintangan berdasarkan jujukan Fibonacci, alat standard yang digunakan dalam analisis teknikal.

Beri perhatian kepada volum untuk mendapatkan gambaran berharga mengenai sentimen pasaran dan potensi penyongsangan trend. Volum yang tinggi dalam pergerakan harga boleh menunjukkan penyertaan pasaran yang kuat; volum yang rendah boleh menunjukkan kekurangan minat dalam arah tertentu.

Apabila anda menganalisis carta harga yang bersih, anda berikan fokus kepada trend, aras-aras sokongan dan rintangan, pola carta, purata bergerak, aras pengunduran Fibonacci, dan volum. Jika anda membiarkan carta anda penuh dengan butiran yang tidak perlu, anda tidak akan membuat keputusan perdagangan yang lebih baik. Jadi, jika anda sedang mencari analisis pasaran yang tepat, gunakan analisis carta yang bersih.

Sistem Perdagangan Aksi Harga

Perdagangan aksi harga adalah sistem perdagangan yang popular dan digunakan secara meluas yang memberi tumpuan kepada menganalisis carta harga yang bersih. Pendekatan ini menekankan penggunaan pergerakan dan pola harga silam untuk meramalkan pergerakan harga masa depan dan bukannya bergantung pada indikator atau alat teknikal lain.

Perdagangan aksi harga adalah tentang menggunakan pergerakan harga sebagai satu-satunya sumber maklumat yang anda perlukan untuk membuat keputusan perdagangan. Pedagang aksi harga mencari pola, trend, aras sokongan dan rintangan, dan titik harga utama lain untuk mengenal pasti peluang-peluang perdagangan.

Salah satu prinsip utama perdagangan aksi harga mengatakan bahawa pergerakan harga silam cenderung berulang, dan dengan mengkaji pola ini, pedagang boleh menjangkakan pergerakan harga masa depan. Pedagang aksi harga sering menggunakan pola candlestick, pola carta, dan garisan trend untuk mengenal pasti lokasi yang berpotensi dijadikan titik masuk dan keluar urusniaga perdagangan mereka.

gambar: Tinggi yang lebih tinggi dan rendah yang lebih tinggi mengisyaratkan uptrend.

IMG 5.png

gambar: Penyongsangan pin bar memulakan downtrend yang disignalkan oleh paras tertinggi yang lebih rendah dan paras terendah yang lebih rendah.

IMG 6.png

Untuk berasa yakin semasa berdagang dengan aksi harga, anda perlu memahami psikologi dan sentimen pasaran: perhatikan dengan teliti bagaimana harga bertindak balas pada aras tertentu, kerana ini dapat memberikan gambaran yang berharga tentang sentimen pasaran dan potensi penyongsangan trend.

Perdagangan aksi harga itu mudah tetapi berkesan. Ia membolehkan anda membuat keputusan dengan termaklum berdasarkan analisis pergerakan harga yang tepat. Jika anda dapat melatih diri untuk fokus pada elemen-elemen paling kritikal dalam pasaran, anda akan dapat membangunkan pemahaman yang mendalam tentang dinamik pasaran dan membuat keputusan perdagangan yang menguntungkan.

Konsep Smart Money (SMC)

Konsep Smart Money (SMC) atau Wang Pintar dalam perdagangan merujuk kepada idea bahawa pelabur institusi yang besar, seperti dana lindung nilai, bank, dan institusi kewangan lain, memberi kesan yang ketara kepada pergerakan pasaran kewangan. Pelabur institusi ini sering dirujuk sebagai "wang pintar" kerana mereka mempunyai akses kepada sumber yang luas, teknologi canggih, dan analisis pakar yang memberikan mereka kelebihan daya saing dalam pasaran.

Apabila digunakan untuk perdagangan aksi harga, konsep wang pintar adalah penting dalam mengenal pasti trend pasaran. Untuk menjangkakan pergerakan pasaran pada masa depan, pedagang aksi harga sering mencari tanda-tanda kewujudan aktiviti wang pintar di pasaran, seperti perdagangan dalam volum yang besar, pergerakan harga yang ketara, dan pola harga yang luar biasa.

Konsep wang pintar menekankan kepentingan mengikuti arah aliran perdagangan pelabur institusi, kerana mereka sering mempunyai kuasa untuk menggerakkan pasaran dalam arah tertentu. Sebagai pedagang aksi harga, anda boleh mendapatkan pandangan berharga tentang sentimen pasaran dan potensi penyongsangan trend dengan menganalisis tingkah laku wang pintar.

Akhir sekali, jika anda memahami konsep wang pintar, anda akan kurang cenderung untuk menjadi mangsa manipulasi pasaran atau penembusan palsu, kerana pelabur institusi seringkali mampu mempengaruhi pergerakan pasaran untuk kepentingan mereka sendiri.

Pada pendapat saya, menggabungkan konsep wang pintar ke dalam perdagangan aksi harga boleh memberi manfaat kepada perdagangan anda kerana anda akan belajar untuk memahami pasaran dengan lebih baik.

Indikator Aksi Harga

Saya tahu apa yang anda fikirkan: apakah kaitan indikator dengan konsep analisis harga carta yang bersih? Persoalan anda ada kewajarannya; walau bagaimanapun, saya mesti menekankan kepada anda untuk tidak menerima idea itu secara terlalu harfiah (literal). Analisis carta yang bersih akan membantu anda menghindarkan pendekatan yang caca marba dalam pengurusan carta. Itu sahaja. Ia bukan tentang meninggalkan anda tanpa alat yang berguna untuk berdagang. Alat-alat seperti yang akan saya sentuh di bawah.

gambar: Tidak mahu carta anda kelihatan seperti ini? Gunakan analisis carta yang bersih!

IMG 7.png

Pola-pola candlestick

Pola-pola candlestick, seperti doji, pola-pola engulfing, dan pin bar, mengenal pasti kemungkinan penyongsangan trend, pola penerusan trend, dan sentimen pasaran. Pedagang menggunakan pola-pola ini untuk membuat keputusan tentang titik masuk atau keluar urusniaga perdagangan.

Aras sokongan dan rintangan

Aras sokongan dan rintangan adalah indikator aksi harga utama yang membantu pedagang mengenal pasti kawasan di mana harga berkemungkinan akan berpatah balik atau terhenti. Aras-aras ini adalah berdasarkan pergerakan harga silam dan boleh digunakan untuk menetapkan titik masuk dan keluar untuk urusniaga perdagangan.

Garisan trend

Garisan trend dilukis pada carta untuk menghubungkan paras tertinggi atau terendah pergerakan harga, membantu pedagang mengenal pasti arah trend. Garisan trend juga boleh bertindak sebagai aras sokongan atau rintangan dinamik.

Pola aksi harga

Pola-pola aksi harga, seperti head and shoulders, double tops dan double bottoms, dan triangle, memberikan gambaran tentang potensi pergerakan pasaran dan boleh digunakan untuk membuat keputusan perdagangan.

Purata bergerak

Walaupun purata bergerak (moving average) adalah indikator teknikal yang lebih tradisional, ia juga boleh dianggap sebagai indikator aksi harga apabila digunakan untuk mengenal pasti trend dan aras sokongan atau rintangan.

Indikator aksi harga popular dalam kalangan pedagang forex kerana ia memberikan gambaran visual yang jelas tentang dinamik pasaran dan boleh digunakan untuk membuat keputusan perdagangan yang bermaklumat berdasarkan pergerakan harga semasa. Dengan memahami dan mentafsirkan indikator aksi harga, pedagang boleh mendapatkan gambaran berharga tentang sentimen pasaran dan potensi pergerakan harga pada masa depan.

Perdagangan Aksi Harga & Strategi SMC

Saya rasa sudah sampai masanya untuk membincangkan tentang strategi. Saya akan memberi tumpuan kepada strategi yang anda boleh gunakan untuk dua jenis perdagangan yang disebutkan di atas: aksi harga dan konsep smart money (wang pintar).

Strategi penyongsangan pin bar

Strategi ini adalah bertunjangkan pengecaman kemunculan pola candlestick pin bar – bersumbu panjang dan berbadan kecil – yang terbentuk pada aras sokongan atau rintangan utama, serta pada garisan trend atau selepas pergerakan yang kuat di pasaran.

IMG 8.png

Strategi ini memerlukan pencarian pin bar yang telah terbentuk dengan ketara pada carta dan kemudian menunggu pengesahan kemungkinan penyongsangan trend. Pengesahan boleh muncul dalam bentuk penolakan harga (price rejection) pada aras berkenaan, penutupan yang kuat melepasi pin bar, atau candlestick berikutnya yang mengesahkan penyongsangan.

Sebaik sahaja anda telah mengenal pasti pin bar yang sah dan penyongsangan yang disahkan, anda boleh membuka urusniaga dalam arah penyongsangan. Letakkan renti rugi (stop loss) di atas paras tertinggi atau di bawah paras terendah pin bar, bergantung pada arah urusniaga perdagangan.

Strategi penyongsangan pin bar popular dalam kalangan pedagang forex kerana ia menyediakan strategi masuk dan keluar yang jelas berdasarkan indikator aksi harga. Anda boleh menggunakannya dengan alat analisis teknikal lain untuk meningkatkan efisiensi. Walau bagaimanapun, seperti mana-mana strategi perdagangan, adalah lebih baik jika anda mengamalkan pengurusan risiko dan melakukan backtest dan berdagang di akaun demo secara menyeluruh sebelum melaksanakan suatu strategi dalam pasaran sebenar.

Analisis aliran pesanan

Analisis aliran pesanan (order flow analysis) institusi melibatkan pemantauan volum dan pergerakan harga pedagang institusi yang besar, seperti bank, dana lindung nilai, dan institusi kewangan lain, untuk mengenal pasti trend pasaran dan potensi penyongsangannya.

Strategi jenis ini sangat bergantung pada alat seperti indikator "volume profile", perisian analisis aliran pesanan, dan data kedalaman pasaran untuk mengesan aktiviti jual beli pedagang institusi. Untuk meramalkan ke mana arah pasaran akan pergi, anda perlu menganalisis agihan volum pada aras-aras harga yang berbeza dan mengenal pasti zon-zon di mana tekanan beli atau jual adalah signifikan. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan Horizontal Volume Indicator kerana ia salah satu pilihan utama ramai pedagang.

IMG 9.png

Anda juga boleh memberikan perhatian kepada aksi harga di sekitar aras sokongan dan rintangan utama dan penyiaran berita besar dan siaran data ekonomi yang boleh memberi kesan kepada tingkah laku perdagangan institusi.

Analisis aliran pesanan institusi akan membantu anda membuat keputusan yang lebih bermaklumat dan memanfaatkan pergerakan pasaran yang didorong oleh pemain institusi yang besar. Walau bagaimanapun, strategi ini memerlukan pemahaman yang mendalam tentang dinamik pasaran dan mungkin juga memerlukan akses kepada alat dan sumber data khusus. Akhir sekali, seperti mana-mana strategi perdagangan, jangan abaikan pengurusan risiko dan pengujian yang menyeluruh.

Kesimpulan

Analisis harga carta yang bersih adalah kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap pedagang. Kelebihannya tidak dapat dinafikan: apabila anda menganalisis carta harga yang bersih, anda tidak akan terganggu oleh hingar bingar maklumat yang tidak perlu sambil memberi tumpuan kepada perkara yang benar-benar penting.

Cuba gunakan analisis carta Forex jenis ini dalam perdagangan harian anda. Sebaik sahaja anda dapat menyesuaikan diri dengannya, anda akan melihat perubahan positif dalam proses perdagangan anda. Ia akan menjadi lebih lancar, memberikan anda kawalan ke atas apa yang sedang berlaku. Kesannya, perdagangan Forex anda akan menjadi lebih baik.

Untuk maklumat lanjut tentang cara menganalisis carta Forex, sila layari tutorial FBS.

Soalan Lazim

Bagaimana anda menganalisis carta harga?

Carta harga terdiri daripada dua paksi: masa dan harga. Komponen masa carta harga dibaca pada paksi x (kiri ke kanan), dengan setiap batang candlestick atau bar mewakili satu unit masa. Harga instrumen dibaca pada paksi y (atas ke bawah), dengan setiap batang candlestick atau bar mewakili harga buka, tinggi, rendah, dan tutup. Apabila anda membaca carta Forex, anda menjejaki pergerakan harga, iaitu bagaimana harga berubah merentasi tempoh masa yang berbeza.

Analisis carta Forex adalah kemahiran paling asas untuk berdagang Forex. Apabila anda menceburi pasaran, anda mesti belajar cara menganalisis carta Forex untuk membaca aksi harga, mengesan trend, dan memahami dinamik pasaran.

Bagaimana anda menganalisis aksi harga?

Apabila anda menganalisis aksi harga, dua faktor utama yang perlu dipertimbangkan ialah arah harga dan arah volum. Jika harga aset meningkat tatkala volum meningkat, ini menunjukkan keyakinan pasaran yang kuat kerana ramai pelabur membeli pada harga yang lebih tinggi. Sebaliknya, jika volum rendah, aksi harga mungkin tidak begitu meyakinkan kerana kurang pelabur memilih untuk melabur pada aras harga semasa.

Bagaimana anda memilih jenis carta harga?

Analisis carta Forex menawarkan empat bentuk carta harga yang paling biasa: Carta Garisan, Carta Bar, Carta Candlestick, dan Carta Titik & Angka. Setiap jenis carta boleh digunakan untuk tujuan tertentu atau dianggap “boleh dibaca”, kerana pedagang yang berbeza mempunyai pilihan yang berbeza mengenai carta mana yang mereka rasa lebih selesa digunakan.

Bagaimana anda membaca carta matawang?

Dalam pasangan matawang Forex, matawang pertama yang disenaraikan adalah matawang asas, dan yang kedua adalah matawang sebut harga. Sebagai contoh, dalam pasangan EURUSD, Euro adalah matawang asas, dan dolar AS adalah matawang sebut harga.

Kadar pertukaran antara kedua-dua matawang disebut sebagai jumlah matawang sebut harga yang diperlukan untuk membeli satu unit matawang asas. Jadi, jika pasangan EURUSD didagangkan pada 1.20, ini bermakna 1 euro bersamaan dengan 1.20 dolar AS.

  • 2108

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera