1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Bagaimanakah Cara untuk Membina Pelan Perdagangan Forex yang Menguntungkan?
2023-04-27 • Dikemaskini

Bagaimanakah Cara untuk Membina Pelan Perdagangan Forex yang Menguntungkan?

cover.png

Ramai pedagang mula berdagang Forex dengan harapan untuk menjana keuntungan dengan cepat dan mudah. Memang benar bahawa pasaran Forex memberi peluang yang banyak kepada para pedagang untuk memperolehi wang melalui pergerakan harga. Walau bagaimanapun, adalah sukar untuk menjana pendapatan yang konsisten tanpa perancangan yang teliti dan strategi yang baik kerana keputusan yang impulsif dan kawalan diri yang lemah boleh mengubah mana-mana urusniaga menjadi satu kerugian.

Dalam artikel ini, anda akan mengetahui apa itu pelan perdagangan, mengapa ia penting untuk dirangka sebelum anda mula berdagang, serta cara membina pelan perdagangan yang menguntungkan dan boleh membantu anda meningkatkan peluang kejayaan anda dalam perdagangan Forex.

Apakah itu pelan perdagangan?

Secara ringkasnya, pelan perdagangan Forex ialah satu set peraturan dan arahan yang ditetapkan oleh pedagang tersebut untuk diri mereka sendiri untuk mencapai perdagangan yang menguntungkan. Pelan perdagangan biasanya menggariskan beberapa perkara paling penting yang perlu dipertimbangkan oleh seseorang pedagang sebelum membuka posisi baharu: masa, saiz perdagangan, pengurusan risiko, poin untuk masuk dan keluar. Ia juga termasuklah peraturan-peraturan yang lebih umum, seperti gaya perdagangan yang menjadi pilihan para pedagang, aset yang mereka ingin fokuskan, sasaran keuntungan mereka dalam seminggu atau sebulan, dan lain-lain lagi.

Adalah penting untuk diingat bahawa pelan perdagangan anda seharusnya mencerminkan keperluan dan perancangan anda sendiri. Sekiranya anda mengambil pelan orang lain dan menggunakannya dalam perdagangan, anda akan menjadi tidak produktif kerana setiap pedagang mempunyai cara, sumber dan matlamat yang berbeza. Dengan membina pelan perdagangan baharu dari awal, ia boleh membantu anda menilai keupayaan kewangan anda dan memahami kadar yang lebih selesa untuk tahap kemahiran anda.

1288-05.png

Mengapa pelan perdagangan penting?

Sepanjang beberapa dekad lalu, pasaran Forex telah menarik ramai pedagang baharu yang tidak mempunyai banyak pengalaman bekerja dalam pasaran kewangan. Disebabkan perkara ini dan kurangnya had di pasaran secara umumnya, pedagang pemula dan berpengalaman mudah hilang arah bila harga sentiasa berubah-ubah.

Tanpa pelan yang kohesif dan pemahaman tentang matlamat anda, anda berisiko kehilangan peluang yang terbaik untuk membuka atau menutup urusniaga. Walau bagaimanapun, pelan perdagangan dapat memeberi struktur yang sangat diperlukan untuk berdagang, yang dapat membantu anda untuk lebih memahami had dan matlamat anda dan memastikan perdagangan Forex yang menguntungkan . Ia juga adalah cara yang baik untuk menjejak strategi yang menang dan yang kalah, memudahkan anda belajar daripada kesilapan anda dan menggilap kemahiran anda.

10 langkah untuk membina pelan perdagangan yang berjaya

1. Persiapkan diri anda secara mental

Para pedagang Forex perlu bekerja dalam persekitaran pantas yang sangat mendesak di mana setiap saat boleh membawa atau mengambil peluang baharu. Untuk mengikuti perubahan harga yang sentiasa berubah dan membuat keputusan yang cepat dan rasional, anda perlu memberi tumpuan secara eksklusif pada perdagangan.

Walau bagaimanapun, jika anda merasakan yang anda tidak cukup tidur atau menghadapi masalah untuk fokus pada suatu tugasan tanpa gangguan, berdagang dalam keadaan ini mungkin lebih mendatangkan mudarat berbanding kebaikan. Apabila anda tidak dapat menumpukan perhatian, anda menghadapi risiko kehilangan peluang perdagangan, yang boleh menyebabkan kerugian.

Adalah juga penting untuk mengawal emosi anda semasa anda berdagang. Keterikatan pada posisi terbuka walaupun semua tanda memberitahu anda untuk melepaskannya, membuat keputusan yang tidak rasional kerana marah atau terdesak bukan sahaja memudaratkan keadaan mental anda, tetapi juga dompet anda.

Ramai pedagang mengamalkan kesedaran minda dan meditasi untuk mendapatkan minda perdagangan dan menghapuskan gangguan. Ada juga yang menggunakan mantra pasaran dan mengulanginya sebelum memulakan perdagangan. Tidak kira apa jua yang membantu anda untuk kekal fokus, adalah penting untuk dapat menyedari jika tumpuan anda merosot dan kembali berdagang apabila anda berasa lebih bersedia. Dengan mengetahui tentang psikologi perdagangan, ia dapat membantu anda mengenal pasti pola pemikiran yang berbahaya dan dapat mengambil tindakan dengan pantas untuk memastikan dana anda selamat daripada tindakan terburu-buru.

2. Cari peluang

Di satu sudut, perdagangan pada pasaran yang meruap dan tidak dapat diramalkan boleh menjadi sangat sukar dan berisiko jika anda tidak mempunyai pengalaman dalam menangani perubahan harga yang tidak dapat dijangka. Di sudut yang lain, jika pasaran tidak mempunyai sebarang pergerakan, sukar untuk mencari peluang perdagangan yang baik yang boleh menjana keuntungan yang ketara. Itulah sebabnya anda perlu menyedari perkara yang sedang berlaku dalam dunia kewangan kerana ia berpotensi mempengaruhi pasaran dan mencipta atau mengambil peluang-peluang perdagangan.

Untuk melakukan hal ini, anda perlu menjejaki acara-acara dan peristiwa yang boleh memberi kesan ke atas prestasi aset yang menarik minat anda. Anda juga mungkin ingin menyemak kalendar ekonomi FBS untuk penerbitan data ekonomi atau pendapatan kerana ia juga sangat mempengaruhi pasaran. Dengan mengetahui peristiwa tertentu yang telah berlaku sebelum orang ramai yang mengetahui tentang perkara itu, ia dapat membantu anda menganalisis kebarangkalian dengan pantas dan bersedia untuk perubahan pasaran yang berpotensi dan merancang perdagangan anda dengan sewajarnya.

3. Gunakan analisis teknikal

Jika anda telah menamatkan mana-mana kursus pemula, anda sudah mengetahui bahawa analisis teknikal adalah bahagian yang penting dalam perdagangan. Alat-alat analisis teknikal menggunakan data statistik yang dikumpul daripada aktiviti perdagangan dan harga yang lepas untuk meramalkan sebarang pergerakan harga pada masa hadapan. Para pedagang menggunakan analisis teknikal untuk mengkaji tahap penawaran dan permintaan pasaran, yang seterusnya boleh mempengaruhi perubahan harga dan volum aset yang didagangkan serta menyebabkan kemeruapan pasaran.

Pada masa kini, platform-platform perdagangan menawarkan pelbagai alat analisis teknikal: program pengecaman pola carta, osilator, volum, momentum dan indikator purata bergerak, dan sebagainya. Dengan menggunakan alat-alat ini untuk mengesan pola carta yang berbeza, melukis garis sokongan dan rintangan pada carta, dan mengenal pasti trend, ia dapat membantu anda merancang langkah seterusnya dengan lebih baik dan mencari poin untuk masuk dan keluar dengan lebih tepat.

4. Pilih gaya perdagangan anda

Sebelum masuk dan membuka urusniaga pertama anda, anda harus memilih gaya perdagangan yang anda ingin lakukan, sekurang-kurangnya buat sementara waktu. Gaya yang anda pilih bergantung pada masa dan wang yang anda boleh laburkan dalam perdagangan. Secara amnya, kebanyakan pedagang berpegang kepada perdagangan intrahari, swing atau posisi.

  • Perdagangan intrahari melibatkan pembelian dan penjualan aset dalam sehari. Pedagang intrahari biasanya membuka posisi mereka selama beberapa jam, tetapi kadangkala seawal 10–20 minit. Para pedagang intrahari berusaha untuk menjana keuntungan daripada turun naik harga yang pantas dan boleh memegang sehingga 30 atau kadangkala lebih banyak posisi terbuka sekaligus.
  • Para pedagang swing mensasarkan untuk memanfaatkan swing harga. Perdagangan swing dianggap sebagai gaya perdagangan jangka sederhana kerana para pedagagng swing boleh mengekalkan posisi terbuka mereka selama beberapa hari pada satu masa.
  • Perdagangan posisi ialah gaya perdagangan jangka panjang yang melibatkan posisi yang dikekalkan selama beberapa bulan atau tahun. Para pedagang posisi cuba meramalkan trend pasaran asas dan mendapatkan keuntungan daripada pergerakan harga jangka panjang. Perdagangan posisi juga memerlukan modal yang lebih besar untuk mengatasi lembah dan swing yang berpotensi.

Seperti yang anda lihat, setiap gaya perdagangan memerlukan jumlah perhatian yang berbeza daripada para pedagang. Pedagang harian perlu sentiasa memantau carta untuk mencari peluang untuk mendapatkan lebih banyak keuntungan manakala pedagang posisi tidak perlu menyemak posisi mereka setiap hari.

Anda juga boleh melaraskan gaya perdagangan anda bergantung pada keadaan pasaran semasa. Sebagai contoh, jika pasaran sedang dalam trend, mungkin ia lebih baik untuk berpegang kepada perdagangan swing dan mendapatkan pergerakan harga yang besar. Tetapi jika pasaran bergerak dalam julat yang terhad, perdagangan intrahari akan menjana hasil yang lebih baik dan membolehkan anda memanfaatkan perubahan harga yang kecil.

1288-04.png

5. Pilih modal perdagangan anda

Apabila anda meletakkan kesemua modal perdagangan anda ke dalam satu posisi, anda boleh menjana lebih banyak pendapatan, tetapi ini juga boleh membebankan keseluruhan akaun perdagangan anda. Itulah sebabnya pengumpulan hanya sebahagian daripada modal perdagangan anda ke dalam satu urusniaga adalah penting. Dengan cara ini, anda tidak akan kehilangan semua wang anda jika berlaku masalah.

Jumlah modal yang anda gunakan pada satu dagangan bergantung pada toleransi terhadap risiko dan gaya perdagangan anda. Jika anda seorang pedagang posisi dan berharap untuk mendapat pulangan yang tinggi selepas satu jangka masa yang panjang, maka anda mungkin boleh memilih modal perdagangan yang lebih besar untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Sebaliknya, adalah lebih berisiko untuk membelanjakan jumlah wang yang besar untuk perdagangan selama sejam semasa pasaran tidak menentu. Jadi, adalah lebih baik untuk mengagihkan semula jumlah ini kepada beberapa urusniaga berasingan.

Secara umumnya, jumlah risiko yang diperuntukkan untuk satu urusniaga harus sekitar 1–5% daripada modal perdagangan anda. Dengan cara ini, anda tidak akan kehilangan keseluruhan akaun anda jika urusniaga tersebut akhirnya tidak berjaya. Walau bagaimanapun, jika anda menghadapi beberapa siri kerugian, adalah lebih baik untuk anda berehat dan kembali berdagang pada hari yang lain kerana emosi anda boleh menjejaskan urusniaga anda yang seterusnya.

6. Tentukan aras masuk dan keluar

Langkah penting yang seterusnya ialah mencari peluang terbaik untuk masuk dan keluar dari perdagangan. Bertentangan dengan kepercayaan yang popular, ia sebenarnya lebih penting untuk menentukan titik keluar sebelum anda membuka urusniaga lagi. Terlalu ramai pedagang mencurahkan semua usaha mereka untuk membuka posisi tanpa mengetahui terlebih dahulu jika ada peluang untuk menutupnya. Itulah sebabnya anda harus mencari titik keluar sebelum memanfaatkan signal beli.

Jika anda melihat potensi pembukaan, fikirkan di mana anda boleh meletakkan sasaran keuntungan. Sesetengah pedagang merancang titik keluar mereka apabila harga mencecah nombor bulat (seperti $50) atau meningkat pada peratus bernombor bulat (seperti 15%). Tetapi anda harus sentiasa memastikan cita-cita anda dalam lingkungan batasan yang rasional. Menetapkan titik keluar terlalu jauh mungkin membahayakan posisi anda dan menghalang anda daripada mengambil keuntungan yang lebih rendah tetapi lebih boleh dicapai.

Menetapkan peraturan masuk posisi adalah lebih mudah. Anda perlu mencari signal dan menyemak sama ada terdapat sasaran keuntungan minimum dalam julat yang tersedia. Jika syarat-syarat yang anda tetapkan untuk perdagangan telah dipenuhi, anda boleh membuka posisi. Walau bagaimanapun, cuba jangan terlalu rumitkan peraturan kemasukan anda. Adalah sukar untuk mencari peluang jika anda mempunyai senarai syarat-syarat yang telalu panjang yang mesti dipenuhi sebelum membuka urusniaga. Anda boleh menetapkan beberapa peraturan kemasukan yang tidak boleh diubah yang tidak menghadkan peluang perdagangan anda, jadi pilih signal masuk anda dengan bijak.

7. Urus risiko anda

Sebaik sahaja anda menemui titik masuk dan keluar, adalah penting untuk melindungi diri anda daripada pergerakan harga yang tidak dijangka. Terdapat banyak alat pengurusan risiko yang tersedia untuk para pedagang, tetapi perkara paling asas yang boleh anda lakukan ialah membuat pesanan stop. Pesanan ini akan dilaksanakan sebaik sahaja harga mencapai tahap tertentu dan menghalang ia daripada bergerak melepasi paras tertentu. Ini membolehkan anda menghadkan potensi kerugian anda. Anda juga boleh menggunakan pesanan ambilan untung atau pesanan limit semasa merancang poin keluar anda untuk menutup posisi secara automatik tanpa perlu melakukannya secara manual.

Satu lagi strategi pengurusan risiko yang perlu anda gunakan ialah pempelbagaian (diversification). Jika anda memfokus pada perdagangan Forex, adalah lebih baik untuk membuka posisi untuk pelbagai pasangan matawang. Dengan cara ini, jika satu pasaran mengalami kejatuhan mendadak, pasaran lain yang mengalami pergerakan yang lebih kukuh boleh membantu mengimbangi kerugian anda.

8. Simpan rekod dagangan anda

Menyimpan rekod dagangan anda adalah tabiat yang sangat berguna. Malah, para pedagang profesional yang berpengalaman selama bertahun-tahun atau berdekad-dekad pun melakukan perkara itu. Anda perlu menulis setiap butiran penting tentang dagangan anda: poin masuk dan keluar, masa, aras sokongan dan rintangan, aras harga pembukaan dan penutupan harian pasaran. Maklumat ini boleh membantu anda untuk mendapatkan pemahaman tentang perkara yang menyumbang kepada urusniaga-urusniaga anda yang berjaya atau tidak berjaya. Adalah berguna untuk memahami semua faktor dan keadaan di sekeliling dagangan anda untuk meningkatkan strategi perdagangan dan kemahiran anda.

9. Analisis keuntungan dan kerugian anda

Adalah penting untuk mengetahui jumlah wang yang anda raih atau rugikan semasa berdagang. Memang benar bahawa terperangkap dalam aspek kewangan perdagangan boleh membahayakan perdagangan anda di masa hadapan, tetapi akhirnya, perdagangan adalah perniagaan dan wang selalunya penting apabila ia melibatkan kejayaan dalam perniagaan. Jadi, analisis keuntungan bersih anda ialah cara yang baik untuk memahami sama ada pelan perdagangan semasa anda berfungsi atau jika anda perlu melaraskannya untuk memenuhi matlamat perdagangan anda.

10. Jangan berhenti untuk menjadi lebih baik

Malangnya, tiada pelan perdagangan Forex yang sesuai untuk semua jenis urusniaga. Kadangkala rancangan pertama anda tidak berjaya seperti yang anda fikirkan. Pada masa yang lain, ia berfungsi pada permulaanya, tetapi kemudian berhenti membawa hasil yang sama. Ia juga sangat munasabah bahawa keperluan dan matlamat perdagangan anda boleh berubah dari semasa ke semasa, jadi anda perlu mencipta pelan perdagangan baharu dengan mengambil kira perkara ini. Perdagangan memerlukan pertumbuhan dan peningkatan yang berterusan. Anda boleh menggunakan pelan perdagangan masa lalu anda yang berjaya sebagai asas untuk pelan yang baharu, tetapi anda harus sentiasa berusaha untuk mencari penyelesaian baharu untuk menjadikan ia lebih baik.

Kesimpulan

Dunia perdagangan Forex sentiasa bergerak pantas, jadi ia mudah untuk anda tersesat dalam harga yang sentiasa berubah-ubah dan emosi anda sendiri. Cara yang terbaik untuk memastikan perdagangan anda berjaya ialah menyusun pelan perdagangan yang menjejaki semua yang anda perlu beri perhatian sebagai seorang pedagang sebelum membuka urusniaga baharu. Pelan perdagangan yang baik boleh membantu anda menavigasi persekitaran pantas pasaran Forex, memastikan anda fokus dan rasional, dan meningkatkan kemahiran perdagangan anda dengan lebih pantas, berbanding jika anda berdagang tanpanya.

  • 667

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera