1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Psikologi Pedagang: Bagaimana Cara Untuk Menangani FOMO?
2023-07-14 • Dikemaskini

Psikologi Pedagang: Bagaimana Cara Untuk Menangani FOMO?

cover.png

Pernahkah anda terperangkap dalam situasi di mana anda berasa cemas kerana takut terlepas peluang perdagangan tertentu? Jika ya, anda harus mempelajari cara bagaimana untuk mengatasinya. Jika tidak, lebih baik anda terokai isu ini sekarang kerana sesal kemudian tidak berguna. Artikel ini menggariskan teras sindrom FOMO dalam perdagangan, bagaimana ia mengganggu kerjaya perdagangan anda, dan nasihat-nasihat untuk mengatasinya.

Apakah itu FOMO dalam perdagangan?

FOMO adalah akronim untuk “Fear of Missing Out (Perasaan Takut Ketinggalan),” isu psikologi yang berleluasa dalam kalangan pedagang. FOMO berlaku apabila pedagang berasa tidak senang duduk kerana takut terlepas peluang perdagangan yang berpotensi menguntungkan.

Kita semua sedia maklum bahawa proses membuat keputusan adalah suatu jalan yang berliku, terutamanya dalam perdagangan. Kadangkala, emosi pedagang yang taksub dengan pulangan yang tinggi menjadi tidak stabil dan mereka melakukan kesilapan kerana tamak atau rasa kegagalan. Jadi keputusan yang tidak munasabah ini merosakkan potensi kejayaan pedagang.

Tingkah laku FOMO dalam perdagangan

Selalunya, fenomena FOMO berlaku apabila pedagang membandingkan diri mereka dengan profesional yang berjaya dengan pencapaian tinggi dan kekayaan yang tidak terperi. Pedagang biasa merasa putus asa dan mengikuti trend pasaran tanpa analisis yang komprehensif dan pemikiran yang jelas untuk mencapai imej pedagang yang sempurna.

Sebagai contoh, FOMO muncul apabila trend bullish berkembang. Perdagangan anda dipengaruhi oleh sentimen pasaran, berita dan keghairahan yang semakin meningkat untuk masuk atau keluar pasaran disebabkan oleh pertumbuhan harga yang stabil. Jadi, FOMO mengaburi minda pedagang dan memaksa mereka membuat keputusan berdasarkan rasa takut keuntungan terlepas dari genggaman. Katakan anda membuka dagangan pada puncak pertumbuhan. Kemudian, pasaran mengundur, dan anda masih belum menutup dagangan kerana FOMO, memikirkan bahawa ia masih belum berakhir. Walau bagaimanapun, trend menurun yang berpanjangan berlaku, dan anda menyedari kegagalan anda.

1992_fomo_graph 2.png

Dalam perdagangan, FOMO adalah kecenderungan untuk melakukan perdagangan akibat tekanan naluri kumpulan (herd instinct), pengaruh media sosial, atau perasaan cemburu, sehingga terlupa strategi. Berjuta-juta pedagang masih merasa menyesal kerana tidak membeli bitcoin ketika harganya masih tidak seberapa. Begitu juga dengan saham Tesla apabila syarikat itu muncul di pasaran pada tahun 2010 dengan tawaran awam awal sebanyak $17 sesaham. Para pedagang percaya mereka terlepas peluang besar untuk menjadi kaya dan berjaya dengan menaikkan harga aset ini, manakala yang lain berjaya memperolehi berjuta-juta dan berbilion-bilion dolar. Akibatnya, mereka dirasuk FOMO bila berhadapan peluang serupa yang seterusnya. Siaran-siaran di media sosial daripada para pedagang yang dikatakan berjaya hanya menyemarakkan lagi FOMO.

Satu lagi contoh tingkah laku FOMO ialah memasuki semula pasaran, bergerak dalam arah yang sama selepas mengambil untung. Pedagang-pedagang ini menganggap bahawa dengan menjana keuntungan pada separuh daripada trend pasaran, mereka kalah kepada lebih ramai pedagang yang berfikiran ke hadapan. Jadi, mereka berusaha untuk segera memperbetulkan keadaan dengan membuka semula posisi.

FOMO mendorong para pedagang untuk bertindak secara melulu dengan perasaan kesal, tamak dan cemburu. Itulah sebabnya mereka berpandu pada banyak faktor yang tidak sepatutnya, bukannya pada analisis pasaran yang komprehensif dengan strategi perdagangan yang dirancang dengan baik. Penggerak pasaran utama tidak pernah melepaskan peluang untuk memanipulasi para pedagang dengan FOMO dengan memprovokasi mereka untuk membuat keputusan yang tidak munasabah. Kebanyakan mereka yang mengikuti khalayak ini akhirnya kecundang. Dimaklumkan bahawa kira-kira 56% pedagang mengalami FOMO.

Ciri-ciri pedagang FOMO

Di sini kami telah menyediakan senarai ciri pedagang FOMO:

  • berpandukan naluri kumpulan;
  • menunjukkan sifat tidak sabar;
  • memberi tumpuan kepada kekayaan yang tidak diketahui;
  • berasa kurang yakin diri;
  • beroperasi tanpa strategi perdagangan yang komprehensif dan pelan pengurusan risiko.

1992-02.png

Faktor-faktor yang boleh menyebabkan FOMO

Oleh kerana FOMO adalah kondisi psikologi, pelbagai pencetus boleh menyebabkannya dalam minda para pedagang. Mari kita bincangkan beberapa pencetus ini.

  • Media sosial dan saluran Telegram. Media sosial seperti Facebook, Instagram dan Reddit mempunyai pelbagai komuniti perdagangan, yang menyediakan maklumat perdagangan dan perniagaan, termasuklah nasihat, tips, iklan dan seruan untuk aktiviti perdagangan tertentu serta saluran Telegram perdagangan yang mengandungi jenis-jenis maklumat yang sama. Sumber-sumber ini mungkin mencipta suatu imej khalayak yang berjaya berdasarkan idea-idea mereka, yang meningkatkan rasa gusar di kalangan pedagang harian bahawa mereka mungkin sedang ketinggalan bilamana semua orang lain kelihatan seperti sedang menjana keuntungan yang banyak.
  • Berita. Kepentingan berita dalam perdagangan suatu yang sudah pasti. Berita sentiasa menjana perasaan tertentu. Sesetengah berita menyebabkan rasa panik dan bimbang, memprovokasi para pedagang untuk membuat keputusan yang cepat dan tidak munasabah. Jadi, seseorang pedagang mungkin memasuki pasaran untuk mengelak daripada terlepas peluang keuntungan akibat FOMO yang timbul daripada beberapa berita.
  • Kemeruapan pasaran. FOMO lebih berkemungkinan akan muncul ketika kemeruapan pasaran sedang tinggi. Apabila pedagang menyaksikan turun naik harga yang mendadak, terdapat keinginan yang besar untuk memasuki pasaran tanpa analisis yang komprehensif.
  • Kemenangan berturut. Apabila anda melakukan banyak dagangan yang berjaya, anda menjadi tidak terhalang dan teruja untuk terus menang lagi. Walau bagaimanapun, usaha anda untuk menang dan takut kehilangan keuntungan yang seterusnya boleh mengaburkan fikiran anda dan membuat anda melakukan perkara yang melebihi pelan perdagangan anda, yang menyebabkan malapetaka.
  • Kekalahan berturut. Jika seorang pedagang menghadapi banyak kerugian dalam perdagangan yang berturut-turut, dia mungkin akan menjadi gementar dan kecewa, dan ingin mendapatkan semula kerugiannya. Keadaan yang menyedihkan ini menimbulkan rasa takut untuk terlepas sebarang keuntungan yang lumayan ketika harga bergerak dalam arah yang menggalakkan. Jadi seseorang pedagang memasuki pasaran yang didahului oleh emosi dan bukannya logik dan pemikiran yang kritis.

Mengapa FOMO membawa padah kepada pedagang

Seperti yang telah kami nyatakan, FOMO agak merosakkan bagi para pedagang. Ia adalah penghalang besar terhadap kemajuan anda sebagai seorang pedagang, menghalang minda yang sihat dan rasional dalam perdagangan. Semua pedagang harus berusaha untuk mengelakkan FOMO. Inilah sebab-sebabnya mengapa:

  • Kerugian yang tidak dapat dielakkan. Dalam perdagangan, adalah penting untuk kekal tenang dan objektif, manakala FOMO membawa kepada emosi yang berlebihan dan hilang pertimbangan. Hanya dengan berpegang kepada pelan dagangan yang dibangunkan dengan melakukan analisis pasaran yang komprehensif, dan mewujudkan pelan pengurusan risiko yang lengkap, anda boleh menjadi seorang pedagang pro. Jika tidak, kes-kes di mana keuntungan berjaya dijana tanpa alat perdagangan yang disebut adalah jarang dan hanya menunggu masa untuk kerugian yang ketara.
  • Pelanggaran disiplin. Semua orang tahu bahawa disiplin adalah penting dalam perdagangan. Ia memastikan kelangsungan kerjaya perdagangan anda dan membantu mengelakkan kegagalan dan kelesuan profesional. Tingkah laku FOMO merosakkan disiplin perdagangan anda, membawa kepada risiko yang lebih teruk, meninggalkan pelan dagangan, ketidakstabilan emosi, dan, akhirnya, kerugian yang ketara.
  • Masalah meletakkan pesanan renti rugi. Terdapat kebarangkalian yang tinggi bahawa disebabkan oleh rasa takut ketinggalan perdagangan yang menguntungkan, anda melompat ke dalam pasaran apabila rali telah bermula dan harga berada dalam pertengahan julat sasaran harga. FOMO membuatkan anda membuka dagangan lewat dan mendedahkan anda kepada risiko lebih banyak surutan.
  • Drawdown. Jadi, anda mungkin mengalami drawdown yang ketara, dan kadar ganjaran yang anda perlukan adalah rendah kerana anda perlu meletakkan kedudukan renti rugi yang luas untuk terus hidup.
  • Tabiat perdagangan yang tidak baik. Membuat keuntungan daripada beberapa perdagangan akibat rasa takut ketinggalan perdagangan yang berpotensi menguntungkan tidak bermakna anda harus sentiasa berdagang dengan cara ini. Akhirnya, kemenangan yang berturut berakhir, dan anda akan mengalami kerugian yang dahsyat.

Bagaimana Menguruskan FOMO

FOMO adalah musuh anda, dan anda mesti tahu cara-cara untuk meredamnya jika anda mahu meneruskan kembara anda ke arah pencapaian yang tinggi dalam perdagangan. Di sini kami telah menyediakan senarai tips tentang cara mengelakkan rasa takut ketinggalan:

  1. Reda dengan masalah itu.

    Jangan cuba untuk lari dari perasaan takut terlepas beberapa peluang perdagangan. Menerima masalah psikologi anda adalah langkah pertama untuk penyembuhan dan perdagangan yang berjaya.

  2. Bangunkan disiplin perdagangan anda.

    Adalah penting untuk merancang rutin perdagangan anda. Menetapkan masa bekerja dan berehat anda amat membantu dalam hal ini, di mana masa bekerja juga dirancang secara terperinci. Pengurusan diri ini menjadikan para pedagang yakin dan stabil dalam prestasi mereka, menghindarkan perdagangan panik dan tindakan yang tidak munasabah.

  3. Tetapkan matlamat perdagangan anda.

    Perdagangan tanpa tujuan akan sentiasa gagal. Dalam kes ini, anda akan dipandu oleh keinginan yang tidak semena-mena yang menimbulkan tingkah laku FOMO.

  4. Berpegang pada pelan dan strategi perdagangan anda.

    Peraturan pertama pedagang yang berjaya – cipta pelan perdagangan yang lengkap dengan syarat masuk dan keluar, peraturan untuk saiz posisi anda, dan pelan pengurusan risiko disediakan.

  5. Jaga mentaliti anda.

    Jangan lupa tentang kesihatan mental anda. Seorang pedagang harus sentiasa mendapat tidur yang cukup dan aktiviti fizikal untuk kekal bekerja keras dan tidak berat sebelah. Kami telah menyediakan kertas tentang meditasi untuk anda sebagai salah satu sumber untuk memulihkan tenaga emosi anda.

  6. Kembangkan ufuk perdagangan anda.

    Jangan pernah berhenti untuk memajukan diri anda sebagai seorang pedagang. Belajar perkara yang baharu setiap hari. Kami syorkan agar anda mempelajari semua jenis analisis dagangan yang berbeza, seperti fundamental, teknikal dan sentimen. Kemudian, cuba sesuaikan analisis anda dengan keadaan pasaran yang berubah.

  7. Laburkan dana yang anda mampu rugikan.

    Jika perdagangan tidak memihak kepada anda, anda harus berpuas hati dengan jumlah modal yang anda akan rugi. Pelaburan yang kukuh akan menghapuskan gangguan emosi dan kekeliruan.

  8. Mempunyai jurnal perdagangan.

    Jejaki perdagangan anda dalam jurnal perdagangan. Catatan ini akan membantu anda mempelajari perkara yang berkesan dan perkara yang tidak sesuai untuk berkembang sebagai seorang pedagang dan mempunyai pulangan yang lebih tinggi. Logik dan analisis membolehkan anda mengelakkan FOMO.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, FOMO adalah tingkah laku yang merosakkan yang menyebabkan kerugian ketara yang tidak dapat dielakkan dan memusnahkan kerjaya perdagangan anda secara amnya. Menguruskan FOMO adalah kemahiran penting dalam perdagangan kerana, dengan sisi psikologi yang dipertingkatkan, adalah mungkin untuk menjadi seorang profesional dengan pulangan yang stabil. Panduan dan cadangan kami akan membantu anda mengatasi FOMO dan maju sebagai seorang pedagang. Sertai kami dan rintis kembara epik perdagangan anda dengan FBS.

  • 3388

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

 1
 93
 355
 213
 1684
 376
 244
 1264
 672
 1268
 54
 374
 297
 61
 43
 994
 1242
 973
 880
 1246
 375
 32
 501
 229
 1441
 975
 591
 387
 267
 55
 246
 673
 359
 226
 257
 855
 237
 1
 238
 1345
 236
 235
 56
 86
 61
 61
 57
 269
 242
 243
 682
 506
 225
 385
 53
 357
 420
 45
 253
 1767
 1809
 593
 20
 503
 240
 291
 372
 251
 500
 298
 679
 358
 33
 594
 689
 241
 220
 995
 49
 233
 350
 30
 299
 1473
 590
 1671
 502
 224
 245
 592
 509
 39
 504
 852
 36
 354
 91
 62
 98
 964
 353
 44
 972
 39
 1876
 81
 962
 7
 254
 686
 850
 82
 965
 996
 856
 371
 961
 266
 231
 218
 423
 370
 352
 853
 389
 261
 265
 60
 960
 223
 356
 692
 596
 222
 230
 262
 52
 691
 373
 377
 976
 382
 1664
 212
 258
 95
 264
 674
 977
 31
 599
 687
 64
 505
 227
 234
 683
 672
 1670
 47
 968
 92
 680
 970
 507
 675
 595
 51
 63
 64
 48
 351
 1787
 974
 262
 40
 7
 250
 590
 290
 1869
 1758
 590
 508
 1784
 685
 378
 239
 966
 221
 381
 248
 232
 65
 421
 386
 677
 252
 27
 500
 34
 94
 249
 597
 268
 46
 41
 963
 886
 992
 255
 66
 670
 228
 690
 676
 1868
 216
 90
 993
 1649
 688
 256
 380
 971
 44
 1
 1
 598
 998
 678
 58
 84
 1284
 1
 681
 2
 967
 260
 263
00:00
00:00
00:00
01:00
02:00
03:00
04:00
05:00
06:00
07:00
08:00
09:00
10:00
11:00
12:00
13:00
14:00
15:00
16:00
17:00
18:00
19:00
20:00
21:00
22:00
23:00
23:00
23:00
00:00
01:00
02:00
03:00
04:00
05:00
06:00
07:00
08:00
09:00
10:00
11:00
12:00
13:00
14:00
15:00
16:00
17:00
18:00
19:00
20:00
21:00
22:00
23:00

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera