1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Jurnal Perdagangan - Masuk dan Keluar
2024-06-10 • Dikemaskini

Jurnal Perdagangan - Masuk dan Keluar

1.jpg

Baiklah, terlebih dahulu mari kita semak definisi penjurnalan. Jangan google — tapi bayangkan! Saya percaya anda membayangkan seorang anak dara sunti sedang mencoretkan mata pena ketika merakamkan pengalamannya dilamun cinta pertama. Atau anda melihat seorang anak muda yang kecelaruan hormon, meluahkan fikirannya ke atas kertas, kemudian menggumpalkannya. Nah, konotasi ini menyimpang jauh dari realiti dunia dewasa. Namun, benarkah?

Penjurnalan Perdagangan adalah suatu yang benar dan serius, dan ia tiada kaitan dengan drama emosi dan krisis identiti remaja. Ia satu ruang untuk anda rekodkan log aktiviti perdagangan serta fikiran anda sebelum dan selepas urusniaga. Ia perkakas yang sudah terbukti ampuh untuk penilaian diri, disiplin, dan perancangan. Tiada pedagang yang berjaya berasa malu bila bercakap tentang jurnal perdagangan mereka. Malahan sebaliknya, mereka berbangga betapa mudahnya mereka berjaya menambah baik prestasi mereka menerusi penguasaan emosi peribadi dengan menerapkan metrik-metrik yang ringkas, dan mematuhi pelan perdagangan mereka dengan tepat.

Kenapa Perlu Buat Jurnal?

Sejujurnya, penyelenggaraan jurnal menuntut banyak masa dan tenaga. Terutamanya bila anda baru sahaja bermula dan tidak nampak di mana pengaruh positifnya, laman yang kosong boleh melumpuhkan semangat. Sungguh begitu, selepas dua atau tiga minggu, anda akan rasa gembira melihat kesannya yang pertama dan bersyukur kerana tidak berputus asa pada mulanya.

Mengapa pula saya perlu membuat jurnal? Saya baik-baik sahaja, memang saya ada rugi di sana sini, tetapi semua orang pun begitu!’ — Mungkin begini suara memberontak di minda anda.

Soalan itu wajar-wajar sahaja, dan saya ada jawapan yang mudah dan pendek. Jurnal perdagangan akan mendisiplinkan anda dan mendidik anda untuk tidak menyerah kepada emosi, mematuhi pelan, dan menjadikan strategi anda berkesan. Setelah sekian waktu, kerugian anda akan menjadi semakin tidak rawak dan luar jangkaan, manakala trend pasaran jadi lebih mudah difahami dan dijangka.

Jadi, lakukanlah — CATAT!

3.jpg

C — Catat apa sahaja yang anda mahu. Anda boleh pilih untuk catatkan apa-apa maklumat, fikiran, emosi, dsb. yang mungkin berguna untuk anda kemudian. Tiada garis panduan yang ketat di sini. Namun, di bahagian selanjutnya artikel ini, saya akan berikan beberapa tips tentang poin-poin yang dinasihatkan oleh pakar untuk didokumenkan di dalam jurnal anda.

A — Analisa baik dan buruk keputusan yang diambil. Adalah penting untuk fokus bukan sahaja pada kegagalan anda. Urusniaga yang menguntungkan tidak kurang pentingnya kerana ia matlamat akhir anda.

T — Teliti pedagang-pedagang yang berjaya. Anda perlu sedari apakah pola-pola tipikal yang membawa kepada urusniaga yang menguntungkan. Cara paling mudah untuk meneroka hal ini adalah dengan mengikuti dan meniru pemain-pemain terbaik pasaran. FBS membolehkan ini dilakukan menerusi app CopyTrade kami. Selain itu, ia juga komuniti yang baik untuk pedagang-pedagang yang berkongsi minat!

A — Ambil screenshot. Tiada yang lebih deskriptif dari gambar pergerakan harga yang sebenar. Jadi jangan teragak-agak unutk menyimpan carta-carta berkenaan dan tinggalkan komen anda tentang apa yang anda lihat dan bagaimana pasaran akan berubah di masa terdekat.

T — Terokai emosi anda. Emosi adalah musuh terbesar anda, dan ia juga satu-satunya senjata anda. Percayai dan kawal ia! Bila anda lihat ia diperihalkan di atas sekeping kertas, ia tidaklah nampak begitu berkuasa dan dramatik seperti yang anda rasakan sewaktu berdagang. Jadi sedikit demi sedikit, anda akan belajar menyalurkan emosi ke arah kemenangan.

Apa Yang Perlu Dicatat Ke Dalam Jurnal?

Anda sudah cukup bersemangat? Inilah momen di mana anda memulakan lembaran baru. Saya telah sediakan satu senarai perkara-perkara yang anda mungkin mahu rakamkan ke dalam jurnal perdagangan anda.

1. Suasana pasaran

Pertama sekali, putuskan bagaimana anda melihat pasaran secara am dan siapakah anda sebagai seorang pedagang. Anda boleh jawab kuiz kami dan ketahui anda jenis pedagang yang bagaimana, atau pilih satu gaya yang sajak dengan personaliti dan keperluan anda.

Dengan seorang alter ego yang anda pilih untuk dunia perdagangan, kini anda harus membiasakan diri dengan persekitarannya. Pasaran kewangan bukanlah tempat yang anda boleh melepak berfoya-foya, tetapi lebih kepada tempat yang 'tenang sebelum ribut dan halilintar menggila'. Sungguh pun begitu, ia ada peraturan dan pola tingkah laku yang anda boleh kaji, urus, dan gunakan untuk strategi-strategi anda.

Kaji faktor-faktor yang boleh mempengaruhi trend pasaran hari ini dan catatkan mana yang paling signifikan. Untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan, gunakan signal-signal perdagangan, baca tentang tips-tips untuk pedagang, dan berita Forex.

Dengan pengalaman dan gerak hati tentang pasaran, keyakinan akan timbul dalam diri dan membolehkan anda bukan hanya berasa seperti raja di dunia itu tetapi juga mengharungi kerugian dengan bermaruah.

2. Keadaan mental anda

Rekodkan perasaan anda sebelum suatu urusniaga. Sama ada sedang gembira atau gemuruh pada peringkat permulaan, ini semua boleh mempengaruhi tingkah laku, konsentrasi, dan kebolehan untuk bertindak pantas dengan kritikal. Sesetengah urusniaga langsung tidak menyentuh emosi, manakala yang lain pula membuatkan anda keluh kesah dan berdoa mohon tolak bala. Jadi perasaan anda sewaktu berdagang sebenarnya signifikan.

Praktis ini membolehkan anda memahami fikiran perkara-perkara yang mencetus fikiran dan emosi di sebalik setiap urusniaga anda. Anda akan lebih jelas tentang apakah keadaan yang anda harus elakkan, melatih anda menangani tekanan, dan menggunakan kekuatan yang ada pada anda.

Bila anda sudah mengenali dan memahami tingkah laku anda, urusniaga yang anda tutup anda mendapat kelebihan yang ia perlukan!

2.jpg

3. Senario suatu urusniaga

Saya tidak mahu 'potong stim' atau kedengaran seperti guru yang perengus, tetapi saya terpaksa. Berdagang bukanlah seperti suka-suka berjudi dengan wang percuma. Jika anda masih lihat ia dengan sudut pandang seperti ini, saya cadangkan anda berhenti sebelum terlambat dan akaun anda berseri dengan angka SIFAR yang bulat dan cantik.

Ada banyak jalan yang boleh membawa anda kepada kejayaan dalam dunia perdagangan, tetapi sesetengah metrik menjadikan pasaran dan tingkah laku anda lebih terancang dan berstruktur.

Untuk merangkumkan semua maklumat yang telah disebut, berikut adalah poin-poin yang anda boleh gunakan dalam jurnal anda. Contoh ini tidak menggunakan pengiraan dan harga sebenar dari pasaran.

Tarikh: 26 September

Instrumen perdagangan: EUR/USD

Rangkamasa: 15 minit

Masuk: 1.09445 10:48

Keluar: 1.09017 12:48

Saiz posisi: 3

Baki ketika masuk: £20,000

Baki ketika keluar: £21,035

Untung/rugi: +£1,035

Screenshot:

Screenshot untuk titik kemasukan dengan penjelasan terperinci mengapa anda mula berdagang di titik ini dan di mana anda pasangkan garisan renti rugi. Carta anda ketika keluar juga tidak kurang pentingnya kerana anda akan dapat melihat dengan lebih jelas selepas anda meninggalkan suatu urusniaga. Kemudian, anda boleh analisa sama ada ia pilihan titik keluar yang terbaik, atau tidak.

Analisis fundamental

Tuliskan beberapa ayat tentang sebarang peristiwa atau berita yang telah mempengaruhi keputusan anda untuk berdagang.

Analisis teknikal

Jelaskan mengapa anda mulakan urusnaiga berdasarkan kepada analisis carta anda.

Mindset

Catatkan bagaimana perasaan anda. Analisa jika emosi anda neutral, atau jika anda rasa stres, gemuruh, dan marah.

Pelan perdagangan

Di sini anda harus jujur akui sama anda mengikut pelan anda dan melaksanakan tindakan selaras dengan sistem perdagangan anda, atau apakah anda telah dipengaruhi faktor-faktor tertentu, keadaan emosi, dan akhirnya terpesong dari arah yang nak dituju. Jujurlah, jangan tak jujur!

Kesimpulan dan analisis

Jangan langkau seksyen ini! Semua langkah sebelum ini perlu dilakukan hanya untuk mendapatkan bahagian yang ini. Fikirkan tentang semua keputusan-keputusan anda, yang betul, yang gagal, dan situasi pasaran yang tidak dijangka. Kelak, anda akan dapat memformulakan keadaan yang paling menyumbang kepada keputusan terbaik. Selain itu, anda juga akan lebih komited dengan perdagangan anda, konsisten, dan berdisiplin merekodkan jurnal.

Mula Catat Jurnal Hari Ini Juga!

4.jpg

Gunakan peluang untuk melabur pada pembangunan diri dan menambah baik prestasi. Ya, ia kedengaran seperti rumit sekali! Tetapi ia berbaloi 100%!

Di dalam jurnal anda, anda boleh jujur kepada diri sendiri. Tiada siapa yang boleh beritahu anda apa, bagaimana, dan bila anda harus lakukan catatan. Anda boleh jadi diri anda sendiri — seorang yang mandiri dengan semangat yang luar biasa dan keinginan yang tak terbatas untuk ilmu pengetahuan.

Satu hari nanti dengan jurnal anda, anda akan dapat menjadi pedagang yang berdisiplin, mematuhi pelan seperti robot, meramalkan kesan dari kemeruwapan pasaran, dan mempunyai jalan panjang menuju kejayaan terdokumentasi dengan baik di dalam 'wahai diari' profesional anda.

Ini bukan sekadar cakap-cakap manis bersira madu, tetapi percubaan ikhlas dari saya untuk membuatkan anda berasa lebih yakin dengan diri anda sebagai seorang pedagang! Anda seorang yang teliti dan menyeluruh — pedagang yang boleh dan akan menjadi lebih baik dengan FBS di sisi anda.

Kirimkan salam dan sayang saya kepada diari perdagangan anda! Semoga pembelajaran kalian membuahkan hasil, Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian!

Baca lebih lanjut

  • 4436

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

 1
 93
 355
 213
 1684
 376
 244
 1264
 672
 1268
 54
 374
 297
 61
 43
 994
 1242
 973
 880
 1246
 375
 32
 501
 229
 1441
 975
 591
 387
 267
 55
 246
 673
 359
 226
 257
 855
 237
 1
 238
 1345
 236
 235
 56
 86
 61
 61
 57
 269
 242
 243
 682
 506
 225
 385
 53
 357
 420
 45
 253
 1767
 1809
 593
 20
 503
 240
 291
 372
 251
 500
 298
 679
 358
 33
 594
 689
 241
 220
 995
 49
 233
 350
 30
 299
 1473
 590
 1671
 502
 224
 245
 592
 509
 39
 504
 852
 36
 354
 91
 62
 98
 964
 353
 44
 972
 39
 1876
 81
 962
 7
 254
 686
 850
 82
 965
 996
 856
 371
 961
 266
 231
 218
 423
 370
 352
 853
 389
 261
 265
 60
 960
 223
 356
 692
 596
 222
 230
 262
 52
 691
 373
 377
 976
 382
 1664
 212
 258
 95
 264
 674
 977
 31
 599
 687
 64
 505
 227
 234
 683
 672
 1670
 47
 968
 92
 680
 970
 507
 675
 595
 51
 63
 64
 48
 351
 1787
 974
 262
 40
 7
 250
 590
 290
 1869
 1758
 590
 508
 1784
 685
 378
 239
 966
 221
 381
 248
 232
 65
 421
 386
 677
 252
 27
 500
 34
 94
 249
 597
 268
 46
 41
 963
 886
 992
 255
 66
 670
 228
 690
 676
 1868
 216
 90
 993
 1649
 688
 256
 380
 971
 44
 1
 1
 598
 998
 678
 58
 84
 1284
 1
 681
 2
 967
 260
 263
00:00
00:00
00:00
01:00
02:00
03:00
04:00
05:00
06:00
07:00
08:00
09:00
10:00
11:00
12:00
13:00
14:00
15:00
16:00
17:00
18:00
19:00
20:00
21:00
22:00
23:00
23:00
23:00
00:00
01:00
02:00
03:00
04:00
05:00
06:00
07:00
08:00
09:00
10:00
11:00
12:00
13:00
14:00
15:00
16:00
17:00
18:00
19:00
20:00
21:00
22:00
23:00

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera