1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Apakah itu Indeks Big Mac?
2024-06-10 • Dikemaskini

Apakah itu Indeks Big Mac?

1_642x361_cover.png

Walaupun terpalit dengan pelbagai kontroversi kononnya ia makanan rapu, Big Mac tetap dikenali dan disukai oleh orang ramai di serata dunia. Tetapi tahukah anda bahawa Big Mac juga merupakan satu indikator ekonomi?

Baca artikel ini untuk belajar berkenaan Indeks Big Mac, apakah maksudnya, bagaimana ia dicipta, dan bagaimana cara anda menggunakannya dalam perdagangan.

Dua patti daging lembu 100%

Tak kira di mana sahaja anda tinggal – Tokyo, Moscow, Colombo, atau Oslo – anda hanya perlu keluar dari rumah dan pergi ke cawangan McDonalds yang terdekat, dan akan dapat menikmati dua keping patti daging lembu, salad, keju, jeruk, dan bawang, dan ia disiram dengan sos istimewa dan diapit di antara dua keping roti. Anda akan dapat menikmati satu Big Mac – 500 kalori penuh kegembiraan. Ataupun tidak, bergantung kepada tabiat pemakanan anda.

Tatkala, dari sebuah negara ke negara yang lain, Big Mac akan berbeza sedikit dari segi rupa, saiz dan kalori, namun, formula asas untuk hamburger paling terkenal di dunia tetap sama.

Ramuan Big Mac termasuk beberapa produk makanan yang paling banyak dan mudah didapati di kebanyakan negara. Sesuatu yang dibeli oleh pelanggan pada setiap hari di kedai runcit tempatan: bawang, daging, salad, keju, jeruk, dll. Anda boleh memanggilnya bakul barangan yang sedia untuk digunakan. Itulah sebabnya pada pertengahan tahun 80-an, The Economist memilih harga burger ini sebagai perkakas ringkas untuk analisis ekonomi.

Memperkenalkan Indeks Big Mac

1_642x361_2.png

Indeks Big Mac telah dicipta pada tahun 1986 oleh The Economist, salah satu majalah paling berpengaruh berkenaan perniagaan antarabangsa, politik, teknologi, dan budaya.

Dengan sejarah lebih dari 170 tahun, The Economist dianggap sebagai piawai emas (gold standard) untuk berita ekonomi dan laporan hal ehwal dunia. Kakitangan majalah itu terdiri daripada wartawan yang berbakat dan sangat terlatih.

Sepanjang kewujudannya, The Economist telah memperkenalkan beberapa lagi indeks, termasuklah Indeks Demokrasi, Indeks Siling Kaca, Indeks Kota Paling Berbahaya, Indeks Harga-Komoditi, dan Indeks Big Mac. Berdasarkan harga Big Mac di beberapa negara, Indeks akan memberikan kita, kerana tiada istilah yang lebih baik, penilaian mata wang yang lebih tepat.

Sebagai contoh, kita mempunyai dua negara, AS dan China. Kita membandingkan harga Big Mac di dua negara ini dalam matawang tempatan. Perbezaan harga tersebut akan memberikan kita kadar pertukaran Big Mac, yang kebiasaanya berbeza daripada apa yang kita terima daripada sumber rasmi. Kemudian, kita boleh menilai sendiri sekiranya matawang yang dipertimbangkan tersebut terlebih atau terkurang nilai.

Dengan kadar pertukaran Big Mac dollar-yuan, kita mendapat nisbah perbandingan kasar 1:4 – $5.93 untuk burger tersebut di AS and ¥24.9 di China. Keputusan tersebut akan memberikan kita idea alternatif berapakah kos sebenar Yuan China: ¥4.20 untuk setiap $1 berbanding kadar rasmi iaitu ¥6.7 untuk setiap satu dolar.

Pendekatan gastronomi ini juga dipanggil Burgernomics. Ia berdasarkan teori PPP, yang bermaksud Pariti Kuasa Beli (Purchasing Power Parity). Konsep ini menawarkan idea bahawa kadar pertukaran, dalam jangka panjang, harus bergerak ke arah penyamaan harga bagi bakul barangan dan perkhidmatan yang sama di mana-mana dua negara. Dalam kes ini, bakul barangan tersebut adalah Big Mac.

Apakah yang ditunjukkan oleh Indeks Big Mac?

Walaupun Big Mac Index tidak boleh digunakan sebagau perkakas yang tepat untuk menunjukkan nilai matawang, namun, data itu boleh memberikan beberapa keputusan dan idea yang tidak dijangka untuk difikirkan.

Sebagai contoh, menurut indeks Big Mac, ruble Rusia ialah matawang paling rendah nilai (-69.9%) di dunia. Setakat keluaran terbaru, satu dolar berharga lebih 70 rubel, manakala Big Mac di Rusia berharga hanya $1.74, harga burger paling rendah di dunia! Jadi daripada perspektif Indeks Big Mac, kos satu dolar adalah 23 rubel.

1_642x361_3.png

Matawang lain yang dinilai rendah termasuk lira Turki, paun Lubnan, ringgit Malaysia, rupiah Indonesia dan leu Romania.

Indeks Big Mac menunjukkan bahawa franc Switzerland merupakan matawang bernilai paling tinggi di dunia. Satu Big Mac akan menelan kos sebanyak 6.98 dolar AS di Switzerland dengan kadar Indeks Big Mac sebanyak 1.12 franc untuk setiap dolar. Namun, pasaran pertukaran matawang menunjukkan bahawa kadar USDCHF adalah 0.93. Ini bermakna matawang Swiss adalah terlebih nilai sebanyak 20.16%. Sekali lagi, pilihan ini adalah jika kita memilih untuk memudahkan ekonomi, dengan mengetepikan semua data dan faktor yang berkaitan.

Bolehkah kita menggunakan perbezaan harga Big Mac untuk perdagangan?

Walaupun namanya yang lucu, Indeks Big Mac atau Burgernomics bukan sekadar kaedah yang lucu untuk bermain dengan ekonomi. Ia telah menjadi standard global selama ini. Hari ini, beberapa buku teks ekonomi dan pelbagai jenis kajian akademik menggunakannya sebagai perkakas yang berguna untuk perbandingan matawang.

Tetapi adakah ia perkakas unjuran yang baik untuk kita gunakan dalam perdagangan?

Salah satu sebab mengapa pedagang boleh menggunakan Indeks ini untuk unjuran pasaran adalah untuk mewujudkan potensi hala tuju pasaran. Namun, kita perlu mengambil kira pelbagai faktor yang akan memberikan kesan kepada harga burger. Selain dari itu, kadar pertukaran juga bukanlah indikator paling tepat yang akan menunjukkan pergerakan pasaran.

Kesimpulan

Adalah penting untuk diingat bahawa Indeks Big Mac tidak mempertimbangkan turun naik kecil pasaran Forex untuk jangka pendek. Ia memfokuskan hanya untuk jangka panjang. Walau bagaimanapun, apabila digunakan bersama-sama indikator lain dan disandarkan dengan sekumpulan data pasaran yang berbeza, Indeks mungkin berguna, dan ia akan menambah senjata perdagangan anda yang sedia ada.

Sebagai contoh, anda boleh menggunakan Indeks Big Mac apabila berdagang Forex di FBS dan anda boleh melihat bagaimana ia akan memberikan kesan kepada strategi dan hasil dagangan tersebut.

Soalan lazim

Apakah itu Indeks Big Mac?

Indeks Big Mac merupakan perkakas yang dicipta oleh The Economist pada tahun 1986 bagi mengukur ketidakseimbangan pada kuasa membeli pengguna antara negara. Indeks tersebut menggunakan burger sebagai pengganti kepada "bakul barangan", indikator ekonomi tradisional bagi perbezaan harga pengguna.

Apakah yang dibandingkan oleh Indeks Big Mac?

Indeks Big Mac membandingkan harga burger terkenal di negara yang berbeza untuk memberikan pandangan alternatif tentang cara matawang sesebuah negara itu dinilai. Hasilnya akan berbeza daripada kadar pertukaran rasmi.

Bagaimanakah matawang boleh dinilai terlebih atau terkurang?

Matawang menjadi terlebih atau terkurang nilai kerana ia bergantung samada terdapat keperluan untuk mengimbangi perdagangan. Dengan matawang yang terkurang nilai, barangan negara tersebut adalah lebih mampu untuk dibeli di pasaran global. Matawang yang terlebih nilai akan meningkatan perbelanjaan import.

Adakah Indeks Big Mac merupakan ujian yang sesuai untuk PPP?

Indeks Big Mac merupakan contoh terbaik bagaimana PPP berfungsi. Namun, kita tidak boleh menjadikan Indeks ini sebagai perkakas perbandingan matawang yang universal.

Apakah itu Big Mac PPP?

Big Mac PPP (Purchasing Power Parity) merupakan laporan tahunan yang membandingkan pelbagai matawang berdasarkan harga relatif Big Mac di serata dunia.

Baca lebih lanjut

  • 2422

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera