1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Kaum Hawa Forex: Mengapa Bilangan Mereka Terlalu Sedikit Dan Mengapa Ia Harus Berubah
2023-04-03 • Dikemaskini

Kaum Hawa Forex: Mengapa Bilangan Mereka Terlalu Sedikit Dan Mengapa Ia Harus Berubah

1-01.jpg

Forex bermula sebagai tempat di mana kaum Adam membincangkan hal-hal duit dan wanita pula tidak dibenarkan. Masa telah berubah, tetapi kehadiran wanita meningkat begitu perlahan sekali. Mengapa?

Perjuangan untuk hak wanita selama lebih seabad akhirnya telah membentuk dunia yang hampir neutral jantina: hari ini wanita boleh membina karier dan membuat keputusan dalam hidup yang sama – dengan beberapa pengecualian – seperti lelaki. Bagaimana pun, perdagangan dan pelaburan masih lagi didominasi orang lelaki dengan hanya seperatusan kecil pemain wanita terlibat. Mengapakah? Sebab-sebabnya mungkin akan memeranjatkan anda.

Sebelum kita mengintai misteri wanita dalam perdagangan, mari kita lihat dahulu beberapa mitos yang lazim berkenaan fenomena ini.

Mitos #1. Wanita tidak cekap dengan nombor

1-03.jpg

Mitos yang ini mudah disangkal dengan statistik kajian jantina mendedahkan nisbah lelaki-wanita untuk beberapa pekerjaan.

1-05.jpg
Juruwang – 73.5%; Kerani kewangan – 63.9%; Akauntan dan auditor – 62.2%; Pakar operasi perniagaan – 60.9%; Pakar kewangan – 56.1%; Penganalisis bajet – 51.4%

Jelas sekali, wanita baik-baik sahaja dengan angka dan boleh berkerja dengan baik dalam pekerjaan yang melibatkan matematik, walaupun statistik berbeza dari satu negara ke satu negara lain. Namun tetap sahaja hanya ada 20% wanita dalam Forex.

Mitos #2. Wanita fikir perdagangan itu merbahaya

Salah lagi. Wanita lebih cenderung berhati-hati bila menguruskan wang dan kurang mengambil risiko, namun ini adalah kualiti yang bagus untuk perdagangan. Faktanya, wanita sebenarnya pedagang yang leibh baik dari lelaki – mereka terlepas dari kesilapan-kesilapan lazim berdagang atas pendekatan yang lebih bertanggungjawab dalam pengurusan risiko dan hasilnya mereka beroleh lebih banyak. Tamak dan impulsif adalah musuh nyata di pasaran global, dan wanita berkebolehan untuk mengambil risiko tanpa hilang kawalan diri. Lagi pun, mereka boleh tangani kanak-kanak, kerja-kerja rumah, dan kerja di pejabat dalam masa yang sama – yang mana ini membawa kita kepada mitos seterusnya.

Mitos #3. Mereka tidak punyai masa untuk membuat kajian

1-04.jpg

Jika anda mahu berdagang dengan baik, anda perlu mendalami sisi teknikalnya dahulu. Sesetengah orang percaya bahawa rata-rata wanita tidak akan melaburkan masa mereka pada sesuatu yang memakan masa seperti analisis teknikal dan fundamental. Sebenarnya, Forex menarik minat ramai orang kerana ia tidak memerlukan ijazah ekonomi dan ia mudah difahami walaupun untuk pedatang baru. Selain dari itu, anda boleh menemui banyak bahan bacaan percuma (seperti seksyen "Analitik dan Pendidikan" di laman web FBS) dan pelajari asas-asas Forex sesingkat beberapa minggu sahaja.

Mengambil kira yang tersebut, jelaslah tiada antara usul-usul tersebut yang cukup legit untuk menjelaskan mengapa perdagangan tidak popular di kalangan wanita. Jadi jika wang tiada jantina, mengapa wanita tidak menceburi Forex?

Kebenaran yang tidak disangka-sangka

DRUM ROLL DRAMATIS

Tidak ada sebab pun mengapa ini berlaku, melainkan dari "self-censorship" di kalangan wanita akibat dari ketidaksamaan jantina setelah sekian lama, salah tanggapan dan stereotaip. Zaman di mana perdagangan adalah prerogatif eksklusif lelaki serius bersut mahal sudah berlalu – hari ini semua halangan sudah tiada lagi dan perdagangan terbuka kepada semua, walaupun Forex masih lagi didominasi dengan "bro-culture".

Memang benar wanita mempunyai mindset yang berbeza berkenaan wang – mereka lebih gemar mencari sumber pendapatan yang stabil dan boleh diramal serta boleh dirancang untuk jangka masa panjang, tetapi pelbagai strategi perdagangan juga memberikan opsyen yang tidak kurang hebatnya untuk perkara tersebut. Tampaknya perdagangan di kalangan wanita sesuatu yang perlu dipertimbangkan semula di masa mendatang – dan ini cara-cara bagaimana kita boleh mempercepatkannya.

Bagaimana caranya untuk memperkenalkan lebih ramai wanita kepada pasaran?

1-02.jpg

Kita boleh mulakan dengan memadamkan tanggapan "ia untuk lelaki bersut mahal". Stereotaip sukar dikikis, namun angin perubahan perlahan-lahan mengubah lanskap pasaran, menyaksikan sedikit demi sedikit peningkatan wanita di beberapa tahun kebelakangan ini.

Selain itu, untuk meneruskan lagi trend ini, wanita perlu pelajari beberapa perkara tentang perdagangan Forex.

  1. FBS menawarkan sejumlah besar bahan pendidikan berkualiti tinggi untuk membantu pembelajaran asas-asas Forex dan untuk bermula walaupun tanpa pengalaman. Bahan-bahan ini termasuklah video-video tutorial, webinar dan analisis FBS, petua-petua berdagang dan banyak lagi.
  2. Forex tidak memerlukan pelaburan yang besar – anda boleh memasuki pasaran dengan hanya $100 atau cuba akaun Demo untuk pandu uji kinerjanya dan putuskan sama ada ia berbaloi untuk didalami lebih lanjut.
  3. Akhir sekali – Forex bukanlah tempat yang menakutkan. Perkakas pengurusan risiko yang ringkas akan menjaga keselamatan dana dan mengurangkan kebimbangan, dan petua-petua psikologi perdagangan yang asas akan membantu anda terus tenang dan yakin. Selain dari itu, FX adalah pasaran yang legit di mana jutaan manusia membuat wang dengannya setiap hari – sama seperti apa-apa pekerjaan lain, tetapi dengan suasana dan perspektif yang lebih baik.

Ibu-ibu berkerjaya, pelajar, wanita dari wilayah-wilayah yang tinggi pengangguran, atau gadis-gadis muda yang mahu mandiri secara kewangan – ini sebahagian dari golongan wanita yang boleh meraih manfaat dari idea membuat duit dari rumah dan waktu kerja yang anjal.

Tidak ada cabaran yang tidak mampu dipikul oleh mana-mana wanita. Ayuh!

Baca lebih lanjut

  • 4625

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

 1
 93
 355
 213
 1684
 376
 244
 1264
 672
 1268
 54
 374
 297
 61
 43
 994
 1242
 973
 880
 1246
 375
 32
 501
 229
 1441
 975
 591
 387
 267
 55
 246
 673
 359
 226
 257
 855
 237
 1
 238
 1345
 236
 235
 56
 86
 61
 61
 57
 269
 242
 243
 682
 506
 225
 385
 53
 357
 420
 45
 253
 1767
 1809
 593
 20
 503
 240
 291
 372
 251
 500
 298
 679
 358
 33
 594
 689
 241
 220
 995
 49
 233
 350
 30
 299
 1473
 590
 1671
 502
 224
 245
 592
 509
 39
 504
 852
 36
 354
 91
 62
 98
 964
 353
 44
 972
 39
 1876
 81
 962
 7
 254
 686
 850
 82
 965
 996
 856
 371
 961
 266
 231
 218
 423
 370
 352
 853
 389
 261
 265
 60
 960
 223
 356
 692
 596
 222
 230
 262
 52
 691
 373
 377
 976
 382
 1664
 212
 258
 95
 264
 674
 977
 31
 599
 687
 64
 505
 227
 234
 683
 672
 1670
 47
 968
 92
 680
 970
 507
 675
 595
 51
 63
 64
 48
 351
 1787
 974
 262
 40
 7
 250
 590
 290
 1869
 1758
 590
 508
 1784
 685
 378
 239
 966
 221
 381
 248
 232
 65
 421
 386
 677
 252
 27
 500
 34
 94
 249
 597
 268
 46
 41
 963
 886
 992
 255
 66
 670
 228
 690
 676
 1868
 216
 90
 993
 1649
 688
 256
 380
 971
 44
 1
 1
 598
 998
 678
 58
 84
 1284
 1
 681
 2
 967
 260
 263
00:00
00:00
00:00
01:00
02:00
03:00
04:00
05:00
06:00
07:00
08:00
09:00
10:00
11:00
12:00
13:00
14:00
15:00
16:00
17:00
18:00
19:00
20:00
21:00
22:00
23:00
23:00
23:00
00:00
01:00
02:00
03:00
04:00
05:00
06:00
07:00
08:00
09:00
10:00
11:00
12:00
13:00
14:00
15:00
16:00
17:00
18:00
19:00
20:00
21:00
22:00
23:00

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera