1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Checklist untuk menjadi seorang pedagang profesional
2024-06-10 • Dikemaskini

Checklist untuk menjadi seorang pedagang profesional

GM-3616 обложка_Как стать профессиональным трейдером.jpg

Di era di mana perdagangan dalam talian menjadi elemen yang besar dan penting dalam kehidupan sosial, semakin ramai yang berminat dengannya. Kini, ia bukan lagi untuk mentransformasi diri menjadi "wolf of Wall Street", tetapi tentang melakukan aktiviti yang dilakukan oleh semua orang yang berjaya. Lihat sekeliling anda dengan jujur: rakan sekerja anda mungkin seorang pedagang harian, instrumen kegemaran jiran anda ialah EUR/GBP, dan pemuda yang anda temui secara rawak di jalan baru sahaja meraih keuntungan yang lumayan dengan saham Tesla. Kami yakin anda mahu ikut menyertai mereka dan mencuba sebaik yang mungkin! Artikel ini akan membantu anda bermula dalam perdagangan dengan bijak. Namun anda jangan harapkan kisah yang manis-manis dan nasihat yang tidak masuk akal. Di sini anda akan mempelajari kit asasi untuk menjadi seorang pedagang sejati.

GM-3616 внутренняя_Как стать профессиональным трейдером.jpg
  • Pilih broker

Perjalanan yang baik bergantung pada syarikat, perkahwinan yang bahagia bergantung pada pasangan, dan perdagangan yang berjaya bermula dengan broker yang anda pilih. Broker adalah syarikat yang menghubungkan pedagang dengan arus antarabangsa dan menyediakan akses ke pasaran saham dan Forex. Walaupun ada banyak sekali broker, pedagang perlu memperhatikan tiga ramuan utama yang membentuk sebuah syarikat yang berkalibar: reputasi, kepakaran bertahun-tahun, dan kawalan selia. Itulah sebabnya mengapa ramai yang memilih FBS: ia broker besar yang berlesen, yang sudah beroperasi sejak tahun 2009 lagi. Ia menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dan terkenal sebagai salah satu peneraju dalam industri Fintech.

  • Muat turun alat terbaik untuk pengalaman perdagangan anda

Anda boleh menemui banyak perisian di Internet yang mampu memberikan anda akses ke pasaran. Namun, adakah ia berbaloi dengan masa anda? Lihatlah MetaTrader 4 dan MetaTrader 5: program-program ini direka untuk membolehkan anda memasuki pasaran dengan keselesaan yang maksimum. Kedua-duanya menawarkan pelbagai jenis pesanan, beraneka indikator, dan juga alat penguji strategi. Perbezaan paling utama antara keduanya terletak pada ketersediaan instrumen. MetaTrader 5 memberi pedagang akses kepada perdagangan saham . Anda tidak boleh membeli saham fizikal di sini, tetapi anda boleh meraih manfaat dari prestasinya, hebat bukan? Sekiranya anda bosan berdagang di komputer riba dan ingin mencuba sesuatu yang baru, lihat FBS Trader! Ia aplikasi perdagangan yang mesra pengguna, yang mempunyai semua yang anda perlukan untuk pengalaman perdagangan yang termaju, di mana sahaja anda berada.

  • Sentiasa menimba ilmu mengenai perdagangan

Nah, anda sudah memuat turun perisian anda dan semuanya nampak baik-baik sahaja. Tetapi di mana anda harus bermula? Pertama, pelajari asas-asas pasaran Forex. Antara topik-topik yang umum termasuklah jenis-jenis pesanan, pengenalan kepada leveraj dan margin, dan (ini penting) pengiraan keuntungan. Mujurlah, FBS sudah mengumpulkan semua yang anda perlu ketahui mengenai perdagangan di dalam sebuah panduan perdagangan forex yang khusus untuk anda! Ia disusun dalam beberapa tahap yang berbeza, jadi anda boleh gunakan pendekatan langkah demi langkah untuk pendidikan perdagangan anda. Setelah anda menyelesaikan bahagian "Pemula", pergi ke bahagian "Asas"! Dalam masa beberapa minggu, anda akan merangkumi segalanya dari indikator-indikator ringkas sehinggalah topik Gelombang Elliot!

  • Kukuhkan ilmu perdagangan

Anda boleh membaca berjuta-juta buku namun masih tidak berjaya mencapai hasil yang diharapkan. Ini adalah kesilapan yang biasa di kalangan pedagang-pedagang baru: membaca banyak kisah kejayaan namun tidak pernah berlatih. Platform perdagangan FBS mempunyai ciri-ciri yang hebat untuk mereka yang ingin menerapkan kemahiran yang baru dipelajari dalam latihan. Ia dipanggil akaun demo dan membolehkan anda cuba merasai dunia pasaran yang sebenar. Apabila anda membuka akaun demo, anda berpeluang berdagang menggunakan wang maya. Anda tidak boleh mengeluarkannya, tetapi anda boleh membuka posisi di pelbagai instrumen dan menguji strategi perdagangan. Jangan lupa tentang perangkap psikologi: anda biasanya tidak merasakan betapa signifikannya kerugian yang anda alami bila berdagang dengan wang maya. Itulah sebabnya lebih baik menggunakan amaun yang mampu anda modalkan sendiri dan bayangkan ia keuntungan dan kerugian sebenar. Dengan cara ini, anda tidak akan meranapkan akaun demo secara membabi buta dan boleh belajar dari kesilapan anda.

  • Bina pelan perdagangan anda

Sangat sukar untuk menjadi hebat dalam sesuatu jika anda meloncat-loncat dari satu pendekatan perdagangan ke pendekatan yang lain. Sekiranya anda ingin menjadi pro dalam perdagangan, anda perlu menguasai pelan perdagangan yang spesifik. Adakah anda jenis pedagang yang intrahari, atau scalper? Instrumen apa yang paling sesuai untuk strategi perdagangan anda? Indikator mana yang anda perlukan? Apa peraturan untuk pengurusan saiz posisi? Sekiranya anda seorang pemula, sukar untuk menjawab soalan-soalan ini dengan mudah. Jadi, kami mengesyorkan anda untuk belajar berdagang forex dan cuba mengamalkan pelbagai strategi yang berbeza sebelum memasuki persekitaran pasaran yang sebenar.

  • Fahami potensi risiko dan keuntungan anda

Adalah lebih selamat untuk mengira berapa banyak wang yang anda sedia risikokan dan berapakah ganjaran yang boleh anda raih setelah anda berlatih sekian lama. Seorang pedagang yang terkawal tahu menggunakan peraturan pengurusan risiko untuk kebaikan dirinya sendiri. Ingat peraturan keramat yang menjadi pegangan pedagang-pedagang berpengalaman dan jangan mengambil risiko lebih dari 1-2% amaun deposit dalam satu-satu urusniaga dan jangan lupa tentang mempelbagaikan (diversify) portfolio.

Dengan mengikuti 6 petua penting di atas, anda dapat meningkatkan pengalaman perdagangan anda dan beranjak menjadi profesional. Untuk menyelami alam perdagangan dengan lebih mendalam, jangan lupa untuk memeriksa berita Forex dan menjejaki data ekonomi penting.

Baca lebih lanjut

  • 2874

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera