Pelajaran 3. Membuat persiapan 7-9 minit untuk dibaca

Sekarang, setelah anda membiasakan diri dengan idea-idea utama perdagangan dalam talian, tiba masanya untuk memulakan perjalanan anda sendiri!

Di mana harus anda mulakan? Pertama sekali, anda perlu menjalin hubungan dengan FBS untuk mengakses pasaran. Anda tidak perlu melakukan silap mata di sini. Untuk membuka portal ke pasaran, anda hanya memerlukan perisian khas yang dipasang pada komputer atau telefon anda.

Platform perdagangan

Jika anda memutuskan untuk berdagang dengan FBS (tahniah, anda mempunyai citarasa yang tinggi!), anda boleh memilih sama ada FBS Trader atau MetaTrader.

"Wah, begitu banyak platform perdagangan! Tetapi bagaimana saya boleh tentukan yang mana lebih sesuai untuk saya?"

Jangan risau, kami akan menerangkan perbezaan utama antara kedua-duanya dan membantu anda memilih yang paling sesuai untuk anda!

1.png

Pertama sekali, siapkan telefon pintar anda, pedagang yang dihormati sekalian, kerana kami akan memperkenalkan anda dengan… aplikasi FBS Trader! Jika anda lebih membawa urusniaga anda ke mana sahaja anda berada, maka aplikasi ini sememangnya sesuai untuk anda. Program ini membolehkan anda menjejaki semua instrumen kegemaran anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada pasangan matawang, saham dan logam. Antaramukanya tampak sangat bergaya dan mesra pengguna sehingga anda tidak akan membazirkan banyak masa untuk memahami fungsinya. Anda boleh deposit dan mengeluarkan wang serta-merta. Selain itu, jika anda menghadapi sebarang masalah, pasukan khidmat pelanggan kami yang profesional akan membantu anda dengan senang hati. Anda boleh dapatkannya di laman web FBS, serta di App Store dan Google Play.

"Bagaimana jika saya mahu berdagang menggunakan laptop saya? Dan mengkaji pelbagai carta dengan lebih terperinci?"

Jika anda mahu berdagang dari PC atau laptop anda, maka MetaTrader harus menjadi pilihan anda!

Para pedagang yang 'old-school' sukakan MetaTrader. Pertama, perisian yang terkenal ini membolehkan aktiviti perdagangan dilakukan menerusi komputer peribadi, laptop dan telefon mudah alih. Sebab kedua pedagang lebih menyukai MT berbanding program lain adalah kerana fungsinya. Ya, sekilas pandang program ini mungkin kelihatan agak rumit, tetapi apabila anda sudah mengenalinya dengan lebih baik, anda akan membuka pintu ke dunia perdagangan profesional dengan seluas-luasnya. Di situlah semuanya berlaku secara profesional. MetaTrader mempunyai pelbagai alat bantuan yang menjadi impian para pedagang: pelbagai jenis instrumen perdagangan, indikator dari pelbagai kategori, alat untuk melukis rajah di carta, kalendar, dan juga berita!

Ia boleh didapati di dalam dua versi: MT4 dan MT5.

"Wow, dan apakah perbezaan di antara kedua-duanya?"

Sejujurnya, ini hanyalah dua versi bagi perisian yang sama. Walau bagaimanapun, kelebihan utama MetaTrader 5 ialah anda boleh dagangkan saham dengannya. Di samping itu, MT5 mengandungi lebih banyak indikator dan perkakas carta berbanding pendahulunya, dan 6 jenis pesanan tertangguh (pending orders).

"Hebat sekali, tetapi adakah saya sudah bersedia? Bagaimana jika saya gagal?"

Sabar dulu, kawan! Sebelum anda mula berdagang dan menjadi seorang profesional, anda perlu banyak berlatih. Ingat ini selalu – latihan adalah sahabat baik kejayaan. Anda boleh bermula dengan berdagang dengan akaun demo! Dengan cara ini, anda akan meningkatkan kemahiran anda secara beransur-ansur.

Akaun Demo

Apabila seseorang bercita-cita untuk menjadi doktor, mereka akan banyak berlatih terlebih dahulu bagi mendapatkan pengalaman dan membiasakan diri dengan carta. Begitu juga dalam perdagangan: pedagang boleh membina keyakinan dan kemahiran mereka dengan akaun demo sebelum menggunakan wang sebenar. Akaun demo akan membantu anda memahami bagaimana perdagangan di FBS berfungsi tanpa perlu melaburkan walau satu sen pun.

"Maksud anda, saya boleh terus mula berdagang, tetapi wang itu adalah wang maya? Adakah saya masih boleh meraih pendapatan?"

Anda betul – akaun demo memberikan anda akses kepada persekitaran pasaran sebenar. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh melakukan deposit atau mengeluarkan wang sebenar di sana. Namun begitu, anda boleh meminta wang maya daripada sistem. Ia akan menambah sebanyak mana wang maya yang anda mahu. Tetapi jangan meminta terlalu banyak, kerana ia akan menjadikan pengalaman anda tidak realistik dan anda tidak akan dapat memahami kerugian yang sebenar. Pura-pura seolah-olah segala-galanya adalah benar dan sempurnakan pendekatan perdagangan anda.

Cara memasang MetaTrader

"OK. Saya sudah buka sebuah akaun demo di Laman Peribadi saya. Seterusnya, apa lagi? Bagaimana cara mengoperasikan MetaTrader?"

Biar kami bimbing anda melalui proses ini.

[New video link]

Selepas anda memuat turun dan memasang terminal MT4 atau MT5, anda boleh log masuk ke akaun anda menggunakan login dan kata laluan yang diberikan kepada anda oleh FBS ketika pendaftaran. Biasanya pengguna mudah terlupa tentang data-data ini. Jika anda terlupa maklumat ini, anda boleh semak butiran tersebut dalam emel pendaftaran yang dihantarkan kepada anda oleh syarikat atau buat kata laluan baru di dalam Laman Peribadi anda.

"Faham. Bagaimana untuk saya ketahui jika saya sudah berjaya tersambung ke pelayan?"

Mudah sahaja! Lihat di sudut bawah-kanan, jika anda dapat melihat kelajuan sambungan internet anda di situ, itu bermakna anda sedang menerima sebut harga pasaran secara live.

2.png

3.png

"Adakah wujud MetaTrader untuk telefon pintar?"

Ya, anda juga boleh berdagang menggunakan MetaTrader versi iOS atau Android. Muat turun aplikasi daripada App Store atau Google Play. Kemudian buka aplikasi dan pilih sama ada anda mahu log masuk dengan akaun sedia ada atau pilih untuk membuka akaun demo. Satu tetingkap baharu akan dipaparkan apabila anda mengklik sama ada Log masuk dengan akaun sedia ada/Buka akaun demo. Masukkan FBS dalam medan carian. Klik ikon FBS-Demo jika anda mahu menggunakan akaun demo, atau FBS-Real jika anda mahu menggunakan akaun sebenar. Masukkan login dan kata laluan anda dan mula berdagang!

4.jpg

Membuka urusniaga perdagangan di MetaTrader

Untuk membuka urusniaga, anda perlu membuka tetingkap “New order”. Cara yang paling mudah untuk melakukannya adalah dengan mengklik butang “New Order” pada toolbar di atas carta harga atau menekan F9 di papan kekunci.

Selepas itu, anda akan melihat tetingkap tersebut di mana anda perlu memasukkan parameter urusniaga perdagangan anda.

5.png

Di sini pilih saiz posisi anda (Volume). Anda boleh memilih sama ada anda mahu pesanan anda dilaksanakan dengan segera (Market Execution – pilihan ini aktif secara lalai) atau pada aras harga yang tertentu yang anda jangka akan dicapai oleh harga pada masa hadapan (Pending Order). Anda juga boleh menetapkan Renti Rugi (Stop Loss) dan Ambilan Untung (Take Profit) – arahan yang akan menutup urusniaga perdagangan anda secara automatik pada aras yang anda inginkan. Anda akan mengetahui lebih lanjut tentang opsyen-opsyen ini dalam pelajaran seterusnya.

Jika butang "Sell" dan "Buy" tidak aktif, ini bermakna anda telah memilih volum pesanan yang salah untuk jenis akaun ini. Sila semak volum pesanan pada tetapan anda dan bandingkan ia dengan syarat perdagangan yang dinyatakan di laman web kami.

6.png

Anda boleh jejak kemajuan urusniaga anda di tetingkap Terminal dengan mengklik tab Trade.

7.png

8.png

Untuk menutup urusniaga anda pada bila-bila masa, klik butang kanan tetikus di nama pesanan dan pilih “Close order.”

Ringkasan pelajaran

  • MetaTrader 4 dan MetaTrader 5 adalah platform klasik untuk perdagangan yang terkenal dalam kalangan jutaan pedagang;

  • Akaun demo membolehkan pedagang berlatih berdagang tanpa melaburkan wang sebenar;

  • Untuk membuka urusniaga di MetaTrader, aktifkan tetingkap ‘New Order’ dan pilih volum bagi urusniaga berkenaan.

Seterusnya

Dalam pelajaran seterusnya, anda akan mempelajari istilah-istilah penting pasaran dan definisinya. Teruskan usahamu!

Kongsi kepada rakan-rakan: