-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.
AAPL
AAPL
Apple Inc. adalah sebuah syarikat teknologi multinasional Amerika yang mengkhusus dalam sektor elektronik pengguna, perisian komputer, dan perkhidmatan dalam talian. Apple adalah syarikat teknologi yang terbesar di dunia berdasarkan pendapatan dan sejak Januari 2021 adalah syarikat yang paling berharga di dunia dengan permodalan pasaran melebihi $2.4 trilion. Apple memberikan kepada dunia produk-produk yang inovatif dan penting seperti iPod, iPad, iPhone, Apple Watch dan banyak lagi.
Harga saham Apple tidak begitu meruap dan cenderung stabil, biar pun pertumbuhannya perlahan. Itulah sebabnya mengapa para pelabur suka memasukkannya ke dalam portfolio mereka. Apple memperoleh sebahagian besar nilainya dari produk bukan fizikal, termasuk jenama yang hebat dan sistem operasi iOS yang menggabungkan perkakasan dan perisian dengan lancar.
Bagaimana cara berdagang saham dalam talian dengan FBS?
Anda boleh dagangkan kontrak untuk perbezaan (CFD) AAPL. CFD mencerminkan pergerakan harga saham AAPL. Ia membolehkan anda berdagang dalam kedua-dua arah. Dengan kata lain, anda boleh meraih keuntungan dari kenaikan harga dan juga dari turunnya harga.
Anda juga boleh menggunakan leveraj. Ini bermakna dengan hanya sejumlah kecil wang anda boleh mengawal posisi kewangan yang jauh lebih besar. Sentiasa ingat bahawa leveraj memberi anda peluang untuk menggandakan akaun anda. Melihat dari sisi negatifnya, anda juga boleh mencatat sejumlah besar kerugian jika pasaran bergerak bertentangan dengan arah urusniaga anda. Selain mematuhi prinsip pengurusan wang untuk berjaya dalam perdagangan, penting untuk memilih saham yang sesuai untuk diperdagangkan dan kemudian jangan ragu untuk melihat senarai perdagangan saham FBS untuk mencari saham yang ingin anda jual.
Apa yang mendorong harga saham Apple?
Seperti semua syarikat besar, berita kecil tidak begitu memberikan kesan ke atas Apple. Akan tetapi, laporan perolehan dijamin hampir setiap kalinya akan memberi impak, jadi pastikan anda membaca artikel panduan berdagang di musim perolehan. Pertama sekali, adalah penting untuk mencari pendapatan sesyer dan nilai pendapatan dan membandingkannya dengan angka yang diunjurkan. Selain itu, perhatikan juga aksi harga di masa lalu: jika harganya telah pun naik lantaran dari jangkaan, laporan pendapatan yang cemerlang sekali pun boleh menyebabkan penurunan harga. Selain dari laporan perolehan, Apple adalah syarikat teknologi, jadi pada suatu ketika bila mana industri teknologi berada di bawah tekanan, AAPL juga boleh tenggelam sama.
2024-05-28 • Dikemaskini