-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.
ALCOA
ALCOA
Alcoa Corporation (gabungan perkataan dari nama Aluminum Company of America) adalah sebuah syarikat perindustrian Amerika. Alcoa adalah pengeluar utama aluminium primer, aluminium buatan, dan alumina, melalui penyertaan aktifnya dalam semua aspek utama industri: teknologi, perlombongan, penapisan, peleburan, pembuatan, dan kitar semula. Ia adalah pengeluar aluminium yang kelapan terbesar di dunia. Lihat carta live saham Alcoa di sini!
Syarikat ini telah mulai beroperasi pada tahun 1888, dua tahun setelah Charles Martin Hall menemui proses peleburan aluminium dari bijih bauksit. Pada abad berikutnya, ia terus memperoleh pegangan dalam syarikat lain, membuka kilang baru, dan memperluas bidangnya. Pada 1 November 2016, Alcoa Inc. berpecah kepada dua entiti baru: Alcoa Corporation, yang terlibat dalam perlombongan dan pengeluaran aluminium mentah, dan Arconic, yang memproses aluminium serta logam lain. Baru-baru ini pada tahun 2020, Alcoa Corp telah menghasilkan 48 juta tan metrik bauksit. Buat masa ini, Alcoa mempunyai permodalan pasaran bernilai lebih dari $7.77 bilion.
Bagaimana cara berdagang saham dalam talian dengan FBS?
Anda boleh memperdagangkan kontrak untuk perbezaan (CFD) saham Alcoa. CFD mencerminkan pergerakan harga saham ALCOA. Ia membolehkan anda berdagang dalam kedua-dua arah. Dengan kata lain, anda boleh meraih keuntungan dari kenaikan harga dan juga dari turunnya harga.
Anda juga boleh menggunakan leveraj. Ini bermakna dengan hanya sejumlah kecil wang anda boleh mengawal posisi kewangan yang jauh lebih besar. Sentiasa ingat bahawa leveraj memberi anda peluang untuk menggandakan akaun anda. Melihat dari sisi negatifnya, anda juga boleh mencatat sejumlah besar kerugian jika pasaran bergerak bertentangan dengan arah urusniaga anda.
Apa yang mendorong harga saham ALCOA?
Sebagai syarikat industri, pendapatan Alcoa bergantung pada pengeluaran bauksit, pengeluaran alumina, dan pengeluaran aluminium utama. Laporan Alcoa pada 15 Julai 2021, menunjukkan EPS sebanyak $1.49 berbanding unjuran $1.61 dan pendapatan $2.8 bilion berbanding anggaran $2.6 bilion, yang mendorong pergerakan bearish sebanyak 10%. Laporan perolehan menawarkan peluang yang unik untuk para pedagang. Pelajari cara berdagang di musim laporan perolehan agar tidak ketinggalan.
Carta H1 ALCOA
Buat masa ini, sudah 5 tahun ALCOA tidak membayar dividen kepada pelabur, tetapi jika anda ingin mencari syarikat yang membayar dividen, lihat kalendar dividen kami.
2024-05-20 • Dikemaskini