-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.
Investor
Pelabur
Pelabur adalah orang atau entiti, yang menggunakan aset mereka untuk menerima pulangan kewangan pada masa akan datang. Terdapat pelbagai instrumen yang boleh dimanfaatkan oleh pelabur, termasuk saham, bon, komoditi, dana dagangan bursa (ETF), tukaran matawang asing, hartanah, dan banyak lagi.
Adalah disyorkan untuk membezakan antara pelabur pasif dan aktif. Pelabur pasif cenderung memaksimumkan pulangan mereka dengan meminimumkan keterlibatan mereka di pasaran. Mereka berusaha untuk mengelakkan fi dan menyimpan aset mereka untuk jangka masa yang lebih lama. Mereka tidak berusaha untuk mendapatkan keuntungan daripada turun naik jangka pendek di pasaran. Salah satu jenis pelaburan pasif adalah berkaitan dengan perdagangan sosial. Semasa menggunakan platform untuk copytrading, pelabur mungkin mendapat keuntungan dengan meniru aksi para pedagang profesional yang menunjukkan prestasi terbaik. Ini membantu beliau membina portfolio yang baik dan menjana pendapatan yang stabil. Sebaliknya, pelabur aktif pula memberi tumpuan kepada peluang jangka pendek dan membuka lebih banyak urusniaga dalam jangka masa yang pendek. Keputusan pasaran mereka melibatkan lebih banyak risiko berbanding pelabur pasif. Perlu disebutkan bahawa pelaburan aktif memerlukan pendidikan yang lebih intensif untuk berjaya. Namun, jika pelabur aktif arif dengan analisis teknikal dan fundamental, dan berpegang pada nisbah risiko-ganjaran yang berpatutan, dia mampu mendapatkan pulangan yang lebih tinggi berbanding dengan pelabur pasif.
2023-05-08 • Dikemaskini