Precious metals

Logam-logam berharga

Emas, perak dan platinum, yang dikenali sebagai logam berharga, adalah perkakas yang cekap untuk mempelbagaikan perdagangan anda untuk mengurangkan risiko. Lebih-lebih lagi, logam-logam ini, terutamanya emas, adalah aset perlindungan yang selamat dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi. Sebagai petua, harga logam berharga meningkat jika berlaku kemelesetan, dan ia jatuh sekiranya keadaan ekonomi bertambah baik. Walau bagaimanapun, kenyataannya lebih rumit daripada itu, jadi kita perlu bergantung bukan hanya pada siaran berita dan siaran ekonomi, tetapi juga pada carta harga dan analisis teknikal.

Mari kita mulakan dengan emas atau XAU (akronim perdagangan). Berikut adalah beberapa strategi kemenangan untuk anda.

Pertama, ada satu konsep yang mudah: anda harus berpegang pada arah trend jangka panjang. Sebagai contoh, pada carta di bawah anda dapat melihat bahawa walaupun terdapat beberapa pembetulan ke arah bawah, iaitu penurunan, harga masih mengikuti arah trend menaik. Sekiranya anda melihat ada pola penyongsangan bullish berhampiran dengan garis sokongan, pertimbangkan untuk membuka urusniaga beli.

Kedua, lihat dengan teliti penembusan di aras-aras utama. Sekiranya XAU/USD menerobos garisan rintangan, ia akan terus naik dengan agresif. Nah, sertai gerakan ini! Sekiranya bullish, anda boleh letakkan renti rugi di aras harga terendah kebelakangan ini dan mengambil untung pada harga tertinggi kebelakangan ini untuk melindungi diri anda.

44.jpg

Akhir sekali, urus risiko anda dengan betul. Pastikan saiz lot anda sesuai dengan saiz akaun anda. Ini akan membantu anda mengekalkan modal perdagangan anda untuk terus berdagang untuk jangka masa panjang. Pelaburan yang sukses dengan logam berharga adalah salah satu skop yang harus diberi tumpuan oleh para pedagang.

Mari kita bincangkan mengenai perak. Ia tidak begitu berharga, tidak seperti emas. Juga, perak tidak hanya dianggap sebagai simpanan nilai, tetapi juga sebagai logam industri. Itulah sebabnya, turun naik harga di pasaran perak lebih tidak stabil berbanding dengan harga emas. Walau bagaimanapun, jika kita bandingkan carta perak dan emas, kita pasti akan melihat bahawa kedua-duanya didagangkan agak sejajar.

Bezanya, perak dipengaruhi bukan sahaja oleh permintaan pelaburan, tetapi juga oleh permintaan atau penawaran industri. Ia digunakan secara besar-besaran dalam industri fotografi, elektronik dan perubatan.

Logam paling langka di antara ketiga-tiga logam berharga ini adalah platinum. Seperti perak, platinum adalah logam industri. Ia digunakan terutamanya untuk industri automotif dan perhiasan. Industri kimia dan komputer menggunakan selebihnya. Afrika dan Rusia adalah pengeluar utama platinum. Ini mewujudkan potensi yang lebih besar untuk tindakan ala-kartel yang akan menyokong atau bahkan menaikkan harga platinum secara artifisial. Itulah sebabnya ia logam berharga paling meruap, tetapi anda boleh gunakan kemeruapan logam berharga untuk meraih keuntungan.

Pasukan FBS ada menyediakan analisis pasaran dan strategi perdagangan mingguan untuk emas untuk memberi maklumat kepada pedagang mengenai peluang perdagangan yang paling berpotensi.

Undur

2023-02-27 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Apakah itu logam berharga?

    Di pasaran Forex, ia adalah emas, perak. Emas adalah yang paling menarik dan yang paling didagangkan. Bagaimana pun, logam-logam yang lain, terutamanya perak, menunjukkan ia juga mampu meruap, seterusnya memberikan banyak peluang perdagangan. Memasukkan logam berharga ke dalam portfolio bukan hanya membantu merencamkannya (diversify), tetapi ia meningkatkan kadar keberuntungan jangka panjang.

  • Bagaimana cara untuk dagangkan logam?

    Ada beberapa faktor yang menjadikan perdagangan logam berharga dan emas sangat menarik. Yang paling utama adalah kebolehramalan fundamental harga emas berdasarkan hubungan songsang dengan trend ekonomi semasa. Jika situasi memburuk, para pelabur mencari perlindungan dengan emas – dan harganya meningkat. Jika ekonomi global sedang mencanak-canak dan mood optimis mendorong para pedagang untuk mengambil lebih banyak risiko – harga emas biasanya akan merosot. Inilah sebabnya mengapa krisis koronavirus 2020 membuat harga emas mencapai paras tertinggi sepanjang zaman lebih dari $2000!

  • Apakah manfaat berdagang logam berharga?

    Logam berharga dianggap secara meluas sebagai aset perlindungan, menawarkan lindung nilai terhadap inflasi dan pempelbagaian portfolio. Dengan tahap kecairan yang lebih tinggi, ia juga memberikan banyak peluang perdagangan yang baik, terutamanya semasa ekonomi tidak menentu.

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera