-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.
Stock Market
Pasaran Saham
Sama seperti tukaran matawang asing dan perdagangan dalam talian, bursa saham adalah tempat saham diperdagangkan. Peniaga individu boleh mengakses bursa saham melalui broker dan dagangkan saham secara dalam talian.
Pasaran saham mempunyai pusing ganti (turnover) yang jauh lebih rendah berbanding pasaran Forex dari segi nilai wang. Walau bagaimanapun, bilangan nama saham jauh lebih besar berbanding bilangan mata wang kerana sebanyak mana bilangan syarikat awam yang ada, sebanyak itulah bilangan saham yang wujud. Oleh itu, mungkin menjadi masalah untuk memilih saham mana yang hendak diperdagangkan dan di mana anda boleh mencari maklumat yang boleh diikuti. Bagi pedagang yang tidak lalu untuk meneliti berita-berita korporat, mereka ada pilihan untuk memperdagangkan indeks-indeks saham. Ia representasi sebahagian besar dari suatu bursa dan prestasinya.
Secara umum, pasaran saham mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri, tetapi pada dasarnya, ia tertakluk kepada faktor-faktor yang sama yang mempengaruhi pasaran matawang dan sektor-sektor lain ekonomi global.
2023-08-01 • Dikemaskini