Tapering

Penirusan

Penirusan merupakan proses ekonomi yang penting, walaupun terma nya agak rumit. Mari kita cuba cari tahu.

Apakah itu penirusan?

Penirusan merupakan terma yang akhirnya memasuki leksikon kewangan pada 22 Mei 2013, apabila Pengerusi Fed Bernanke memberitahu Kongres bahawa Fed akan meniruskan program pembelian balik asetnya untuk beberapa bulan yang akan datang.

Penirusan ialah penolakan secara beransur-ansur strategi pelonggaran kuantitatif bank pusat yang bertujuan untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi. Ia hanya boleh dilakukan sekiranya program stimulus yang lain telah dicuba.

Ketika krisis ekonomi, Rizab Persekutuan akan memulakan proses yang dikenali sebagai pelonggaran kuantitatif (QE). Ia membeli bond kerajaan dan sekuriti bersandarkan gadai janji (mortgage-backed securities) dengan amaun yang banyak untuk meningkatkan aliran penawaran wang, menggalakkan pinjaman, dan akan menurunkan kadar faedah untuk merancakkan ekonomi yang perlahan. Apabila ia pulih, Fed akan memberhentikan pembelian ini secara berperingkat dan akan menaikkan kadar faedah bagi membolehkan ekonomi stabil. Itu adalah proses penirusan.

Bagaimanakah penirusan akan memberikan kesan?

Fed mempunyai dua cara yang ketara untuk merangsang ekonomi: menurunkan kadar Dana Persekutuan dan pembelian aset dengan skala besar, terutamanya sekuriti pendapatan tetap (juga dipanggil pelonggaran kuantitatif). Instrumen-instrumen ini akan membantu merendahkan kadar faedah untuk jangka pendek dan panjang, masing-masing, untuk menjadikan pinjaman wang lebih murah. Harapannya adalah wang yang murah ini akan merancakkan perbelanjaan dan ekonomi.

Fed membeli bon adalah satu kaedah untuk menurunkan kadar faedah jangka masa panjang. Memandangkan Fed membeli lebih banyak bon, jadi hanya tinggal sedikit sahaja bon dalam pasaran. Ini akan menjurus kepada kenaikan nilai bon sedia ada. Memandangkan harga bon dan kadar faedah adalah berkadar songsang, ini akan mengakibatkan penurunan kadar faedah jangka masa panjang.

Tambahan kepada menurunkan kadar faedah, QE juga akan meningkatkan penawaran dan jumlah wang di dalam ekonomi, yang akan membantu mewujudkan kecairan semasa ketidaktentuan berlaku. Di samping itu, dasar ini membantu membina keyakinan dalam pasaran kerana ia menunjukkan bahawa Fed bersedia untuk campur tangan dan membantu semasa berlakunya kegawatan ekonomi.

Penirusan dan krisis

Polisi pelonggaran kuantitatif telah dilaksanakan selepas krisis kewangan pada tahun 2007-2008 dan memberikan kesan yang baik kepada saham dan harga bon di pasaran kewangan AS. Hasilnya, para pelabur gusar terhadap impak penirusan polisi ini.

Pada tahun 2013, taper tantrum berlaku. Orang menjadi panik dan itu telah menyebabkan pulangan Perbendaharaan AS melonjak. Ia berlaku selepas para pelabur mendapat tahu bahawa Rizab Persekutuan sedang memberhentikan program pelonggaran kuantitatifnya (QE) secara perlahan-lahan. Kebimbangan utama di sebalik taper tantrum berpunca daripada kebimbangan bahawa pasaran akan rebah kerana berakhirnya QE. Akhirnya, panik histeria adalah sia-sia kerana pasaran terus pulih selepas penirusan sebenarnya bermula.

Ia mungkin boleh dilakukan secara teorinya —malah, ia tidak pernah dilaksanakan sepenuhnya oleh bank pusat yang telah memperkenalkan rangsangan ekonomi berdasarkan pelonggaran kuantitatif— sukar untuk menyatakan dengan tepat apakah kesan pengurangan itu terhadap pasaran saham. Namun, penganalisis pada waktu terdahulu sangat percaya bahawa sebaik sahaja Fed mula menaikkan stimulus ekonomi secara perlahan-lahan, pasaran saham akan memberi reaksi yang negatif.

Semasa wabak COVID-19, tindakan Fed adalah menyasarkan untuk memulihkan kelancaran pasaran Perbendaharaan dan Sekuriti Bersandarkan Gadai Janji (MBS). Pada bulan Mac 2020, Fed menukar sasaran QE nya untuk menyokong ekonomi. Mereka mengatakan bahawa mereka akan membeli sekurang-kurangnya $500 bilion sekuriti Perbendaharaan dan $200 bilion MBS yang disokong kerajaan "untuk beberapa bulan akan datang." Pada 23 Mac 2020, Fed membuat pembelian berterusan, menyatakan bahawa ia akan membeli sekuriti "dalam kuantiti yang diperlukan untuk memastikan pasaran berfungsi dengan lancar dan pemindahan efektif dasar monetari kepada terma kewangan yang lebih luas". Ia memperluaskan tujuan pembelian bon yang dinyatakan termasuklah bagi menyokong ekonomi.

Pada bulan November 2021, menganggap bahawa ujiannya telah lulus, Fed mula mengurangkan kadar pembelian asetnya sebanyak $10 bilion untuk Perbendaharaan dan $5 bilion untuk MBS setiap bulan. Pada mesyuarat FOMC berikutnya, Fed menggandakan kadar pemotongan ini.

Penirusan dan impaknya kepada pasaran

Mengejutkan, penirusan memberikan kesan berbeza kepada pelbagai pasaran. Kita akan membincangkan dua jenis pasaran yang paling penting kepada kita, yang terlibat semasa krisis pada tahun 2013.

Pasaran saham

Pasaran saham AS menghadapi sedikit kemerupan untuk beberapa minggu selepas itu. Cboe VIX, yang dipanggil sebagai "fear indicator", mengukur jangkaan kemeruapan pada pasaran opsyen, dan ia melonjak pada bulan Jun 2013. Indeks saham utama, seperti S&P 500 dan Dow Jones, juga mengalami sell-off, tetapi melantun semula dan ditutup pada tahun tersebut dengan kenaikan masing-masing sebanyak 10.74% dan 7.73%.

Dolar AS dan pasaran yang baru muncul

Selepas Fed mengumumkan pengurangan stimulus sebagai petanda untuk ia mengetatkan dasar monetari, dolar AS menguat dengan sangat mendadak. Apabila pasaran baru muncul mengalami defisit perdagangan, mereka sering mengumpul hutang luar dalam denominasi dolar untuk menampung defisit. Pengumuman mengenai penirusan itu memberikan kesan buruk kepada mereka kerana dua sebab: dengan peningkatan hasil AS, membiayai pasaran baru muncul menjadi lebih sukar apabila pelabur mengagihkan semula dana mereka ke pasaran hutang AS; dan mata wang pasaran baru muncul menyusut nilai berbanding dolar, menjadikan barangan dan perkhidmatan AS mahal untuk dibeli, dan seterusnya meningkatkan tekanan ke atas imbangan pembayaran. Hasilnya ialah kegawatan pasaran saham dan pengetatan monetari di banyak pasaran baru muncul.

Undur

2022-09-19 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera