Pengesahan adalah perlu untuk keselamatan, mencegah akses tanpa kebenaran ke atas data peribadi dan dana yang terkandung di akaun FBS anda, serta pengeluaran yang lancar.
Berikut adalah empat langkah untuk mengesahkan Laman Pedagang anda:
Klik "Tetapan profil" pada menu di sebelah kanan:
Di bahagian "Pengesahan", klik "Pengesahan ID".
Isikan ruangan yang berkenaan. Sila masukkan data dengan betul, pastikan ia serupa dengan apa yang tertera di dokumen rasmi anda.
Muat naik salinan warna pasport atau kad pengenalan yang dikeluarkan oleh kerajaan dengan bukti foto dan alamat anda dalam format 'jpeg', 'png', 'bmp' atau 'pdf' dengan ukuran keseluruhan tidak melebihi 5 Mb.
Klik butang "Hantar permohonan". Ia akan diproses tidak lama selepas itu.
Sila maklum bahawa anda boleh menyemak status permohonan pengesahan anda dilaman Pengesahan di dalam Laman Pedagang anda. Sebaik sahaja permohonan anda diterima atau ditolak, status permohonan anda akan berubah.
Sila nantikan emel notifikasi tiba di inbox emel anda sebaik pengesahan anda selesai. Kami menghargai kesabaran dan kerjasama anda.