RBA ! inflasi rupanya makin menganas
Fundamental :
Bacaan terbaru inflasi Australia pastinya bukan sahaja mengejutkan pasaran, tetapi juga Reserve Bank of Australia (RBA) yang telah memperlahankan kenaikan kadar faedahnya awal bulan ini.
Tanpa dijangka, indeks harga pengguna (CPI) Australia melonjak 1.8% pada suku ketiga, mengatasi ramalan pasaran untuk kenaikan 1.6%.
Selain itu, data yang didedagkan Biro Perangkaan Australia (ABS) turut menunjukkan bahawa inflasi tahunan meroket 7.3% daripada 6.1%, tertinggi sejak 1990 dan hampir tiga kali ganda kadar pertumbuhan gaji.
Ukuran inflasi teras juga meningkat 1.8% pada suku yang sama, sekali gus meningkatkan kadar tahunan kepada 6.1% dan jauh tersasar daripada unjuran 5.6%.
Pasangan mata wang GBPUSD pada hari ini di lihat berpotensi akan membuat kenaikan sementara menuju Resistance terdekat 1.16320 - 1.16840. Dan di jangka akan membuat penurunan untuk mencari Support terdekat 1.14780, Jika harga semasa berjaya menembusi Support tersebut maka harga semasa akan penurunan lagi untuk menguji Support seterusnya berada di sekitar harga 1.13560.