Bagaimana cara membuka dan menutup pesanan dalam MetaTrader?
Log Masuk ke Akaun Perdagangan
Sekarang anda sudah sedia untuk berdagang. Buka terminal perdagangan MT4 anda (prosedur untuk MT5 adalah sama sahaja). Gunakan login dan kata laluan yang diberikan oleh FBS kepada anda semasa pendaftaran. Jika anda terlupa maklumat ini, anda boleh menyemak e-mel pendaftaran yang dihantar oleh syarikat kepada anda atau tetapkan kata laluan baru di laman peribadi anda.
Anda mungkin perlu mencuba lebih dari sekali untuk log masuk. Jika percubaan pertama anda gagal, klik “File” dan kemudian “Login to Trade Account”. Isikan maklumat log masuk anda dengan teliti sambil memastikan anda menggunakan nama pelayan yang betul.
Pastikan anda telah disambungkan: lajur di penjuru kanan sebelah bawah hendaklah berwarna hijau dan biru. Jika anda melihat kelajuan sambungan internet anda di situ, semuanya baik-baik sahaja: itu bermakna anda sedang menerima sebutharga pasaran secara masa nyata. Masa untuk mula berdagang!
Membuka Pesanan Baru
Untuk berdagang, anda perlu memberi arahan kepada broker anda untuk membuka posisi perdagangan untuk anda. Arahan seperti ini dipanggil “pesanan”.
Terdapat beberapa cara untuk membuka tetingkap timbul “New Order”:
- Pilih “Tools” – “New order” pada menu program.
- Klik kanan pada carta; pergi ke “Trading” – “New order”.
- Klik dua kali pada nama instrumen perdagangan di tetingkap “Market Watch”.
- Klik pada butang “New Order” pada toolbar di atas carta harga.
- Tekan kekunci F9 di papan kekunci.
Tetingkap “New Order” akan muncul. Di sini anda perlu memilih parameter-parameter perdagangan anda.
Penyesuaian Parameter Perdagangan
Simbol MetaTrader
“Simbol (symbol)” adalah aset yang anda mahu dagangkan. Secara lalai, simbol pada carta yang sedang aktif akan dipilih untuk perdagangan, tetapi anda boleh memilih aset lain daripada senarai berjuntai (drop-down list). Carta tick yang sepadan akan muncul di sebelah kiri.
Volum Pesanan
Langkah seterusnya ialah menentukan saiz posisi anda dan tuliskan ia pada medan “Volume”. Di MetaTrader anda tetapkan saiz posisi anda dalam sebutan lot: 1.0 bersamaan dengan 1 lot, atau 100,000 unit. Anda boleh membaca tentang cara memilih saiz posisi dalam artikel “Bagaimana cara menentukan saiz posisi?”.
Stop Loss dan Take Profit dalam MetaTrader
Sekarang tetapkan “Stop Loss” (Renti Rugi) dan “Take Profit” (Ambilan Untung). Ruang-ruang ini kosong secara lalai. Anda boleh masukkan terus maklumat ini atau masukkan ia kemudian, atau pilih untuk sama sekali tidak menetapkan aras-aras ini.
Stop loss (SL) atau Renti Rugi ialah kadar pertukaran pada mana perdagangan anda akan ditutup secara automatik jika harga bergerak dalam arah yang merugikan. Oleh itu, SL mengehadkan kerugian yang boleh anda tanggung: dalam senario yang paling buruk, anda tidak akan rugi lebih daripada jumlah yang anda pilih sebagai renti rugi.
Take profit (TP) atau Ambilan Untung adalah kadar pertukaran di mana perdagangan anda akan ditutup secara automatik jika harga memihak kepada anda. Dengan kata lain, ia sasaran keuntungan anda.
Jika nilai renti rugi dan ambilan untung ditetapkan, nilai tersebut akan muncul pada carta sebagai satu garisan mendatar pada aras-aras harga yang sepadan yang memudahkan anda untuk memantau perdagangan yang sedang aktif/terbuka. Jika aras-aras SL dan TP ditetapkan terlalu hampir dengan harga semasa, anda akan melihat mesej ralat: “Incorrect S/L or T/P”. Anda perlu menggerakkan aras-aras tersebut lebih jauh daripada harga semasa dan mengulangi permintaan.
Market Orders dan Pending Orders
Ruang penting seterusnya ialah “Type”. Terdapat dua jenis pesanan – market orders (pesanan pasaran) dan pending orders (pesanan tertangguh). Perbezaan utama antara kedua-dua jenis ini ialah pesanan pasaran dibuka secara automatik pada harga semasa pasaran, manakala pesanan tertangguh boleh ditetapkan untuk suatu harga yang spesifik pada masa hadapan.
Jika anda memilih pelaksanaan pasaran, pesanan anda akan dibuka sebaik sahaja anda menekan butang “Sell by market” atau “Buy by market”. Jika anda memilih pilihan pesanan tertangguh, anda akan dapat memilih aras kemasukan terlebih dahulu. Dalam kes ini, pesanan akan dibuka secara automatik apabila aras harga yang anda pilih dicapai, dan anda tidak perlu berada di hadapan monitor apabila ia terjadi. Baca tentang jenis-jenis pesanan tertangguh dalam “Jenis-jenis pesanan”.
Jika butang “Sell” dan “Buy” tidak aktif, ini bermakna anda telah memilih volum pesanan yang salah untuk jenis akaun tersebut. Sila semak tetapan volum pesanan anda dan bandingkan ia dengan syarat-syarat perdagangan yang dipaparkan di laman web kami.
Pesanan terbuka boleh dilihat di tetingkap Terminal dengan mengklik tab Trade. Untuk membuka tetingkap Terminal, klik “View” – “Toolbox” atau gunakan kombinasi kekunci “CTRL + T”.
Perdagangan satu klik
Anda boleh berdagang dengan lebih pantas dengan memilih perdagangan satu klik (one-click trading). Untuk mengaktifkannya, klik menu “Tools” – “Options”.
Pilih tab “Trade” dan letak tanda semak pada pilihan “One Click Trading”.
Sebaik sahaja perdagangan satu klik diaktifkan, anda boleh membuka pesanan untuk berurusniaga, menggunakan butang beli dan jual dengan pilihan untuk mengubahsuai volum di penjuru kiri sebelah atas carta.
Bagaimanakah cara untuk menutup pesanan?
Untuk menutup posisi yang sedang aktif, klik “x” pada tab Trade pada tetingkap Terminal.
Atau klik kanan garis pesanan pada carta dan pilih “close”.
Jika anda mahu menutup hanya sebahagian daripada suatu posisi, klik kanan pada pesanan aktif tersebut dan pilih “Modify”. Kemudian, dalam ruang Type, pilih "market execution" dan pilih sebesar mana yang ingin anda tutup dari keseluruhan posisi tersebut.
Kesimpulan
Seperti yang anda lihat, membuka dan menutup pesanan anda di MT4 adalah sangat intuitif, dan ia hanya memerlukan satu klik. Log masuk ke laman peribadi anda, buka akaun dan cubalah berdagang dengan FBS!
Mula berdagang2024-05-16 • Dikemaskini
Artikel-artikel lain di bahagian ini
- Bagaimana Cara Untuk Mula Trade Forex?
- Cara Membuat Duit Dengan Forex
- Kalendar Ekonomi: Cara Membaca dan Menggunakannya
- Berapa Banyak Yang Anda Perlukan Untuk Mula Berdagang Forex
- Akaun Demo Forex
- Saiz posisi tahap risiko
- Leveraj Dan Margin: Bagaimana Anda Boleh Manfaatkannya Dalam Perdagangan Forex?
- Apakah Itu Rollover Dan Swap Serta Bagaimana Cara Menggunakannya Bila Berdagang?
- Jenis-Jenis Pesanan Perdagangan: Pasaran, Limit, Stop, Trailing Stop, Stop-Limit
- Bilakah Waktu Operasi Pasaran Forex?
- Spread Bid-Ask
- Mengira keuntungan
- Apakah itu Lot, Poin, dan Leveraj
- Bagaimana cara berdagang?
- Pasangan Matawang Dalam Perdagangan Forex
- Apakah Perisian Yang Anda Perlukan Untuk Berdagang?
- Kelebihan dan Risiko Berdagang Forex
- Apakah itu Perdagangan Forex?