Carta Renko
Carta Renko mendapat namanya daripada perkataan Jepun "renga" yang bermaksud "batu bata". Perbezaan utama antara carta Renko dan carta candlestick Jepun adalah bagaimana carta Renko tidak mengambil kira tentang masa.
Bata Renko (Renko bricks) muncul bila harga menjangkau suatu jarak yang tertentu dan ia tidak mempedulikan seberapa lama masa yang telah berlalu. Sebagai contoh, jika anda pilih 20 pip sebagai saiz bata, suatu bata akan muncul jika harga bergerak 20 pip ke atas atau 20 pip ke bawah. Bata bullish dan bearish mempunyai warna yang berbeza. Bata-bata sama saiznya. Ia tidak pernah muncul bersebelahan dengan bata yang lain. Setiap bata yang menyusul bata lain dilukis pada sudut 45 darjah dari bata sebelumnya. Bata tidak akan berubah lagi setelah ia dilukis.
Cara-cara memasang di carta
MetaTrader tidak mempunyai carta Renko didalam tetapan default. Anda perlu memuat turun perkakas ini dari web. Ia boleh berbentuk indikator dan juga expert advisor. Indikator tampak seperti opsyen yang lebih mudah dan ringkas. Berikut adalah apa yang anda perlu lakukan:
- Muat turun indikator Muat turun Carta Renko Metatrader.
- Di MT4, klik pada item "File" di menu dan pilih "Open Data Folder". Buka folder "MQL4" dan seterusnya klik pada "indikator". Letakkan fail indikator di dalam folder ini.
- Tutup dan lancarkan semula MT4. Klik "Insert", kemudian "Indicators", pilih "Custom" dan seterusnya "LuckScout-Renko".
Di tetapan indikator tersebut, anda pilih sendiri saiz bata Renko bergantung kepada kemeruwapan aset serta rangkamasa dagangan anda. Anda perlu bereksperimen dengan pelbagai saiz bata sebelum menemui yang optimal. Carta Renko mempunyai kelebihan seperti yang berikut:
- Ia mudah dibaca
- Ia membantu menghapus hingar pasaran.
- Indikator dan expert advisor boleh berfungsi dengan lebih baik dengan Renko.
Menggunakan carta Renko biasanya disyorkan untuk para pedagang jangka pendek (scalpers). Signal-signal dari Renko di rangka masa intra hari dianggap lebih efisien dari yang ada di carta harian.
Tiada perkakas yang sempurna, jadi kami harus jelaskan juga kekurangan carta Renko:
- Adakalanya satu-satu bata itu mengambil masa yang terlalu panjang untuk terbentuk. Ini boleh terjadi bila harga mengukuh. Pedagang boleh berasa gemuruh di waktu-waktu begini.
- Jika saiz bata adalah kecil, anda boleh mengesan penyongsangan lebih awal. Namun, dengan cara ini anda tidak dapat menyaring hingar dengan berkesan. Pilihlah dengan bijak!
- Ketika suatu trend, ada banyak bata dalam satu arah. Kesannya, titik masuk anda tidak akan setepat yang anda mahukan.
Cara-cara menggunakan carta Renko untuk berdagang
Signal utama yang dihasilkan oleh carta Renko adalah perubahan warna bata: ia menandakan kebarangkalian yang besar tentang perubahn di pasaran. Walaupun ada masa-masanya di mana carta Renko memberikan signal di penghujung trend yang tidak bertahan lama, secara keseluruhannya Renko membolehkan para pedagang menumpang trend-trend besar.Tambahan lagi, carta Renko membolehkan anda mengenal pasti capahan (divergence) di antara harga dan osilator (contohnya RSI), walaupun untuk capahan yang kecil.
Kesimpulan
Carta Renko hanyalah satu jenis lain untuk carta. Ia mempunyai kekuatan dan kelemahan. Jika anda menggunakan carta Renko, mungkin lebih mudah untuk anda mengenal pasti trend, aras sokongan dan rintangan, serta capahan dengan osilator. Namun anda mungkin masih lebih menggemari candlestick, dan itu normal-normal sahaja. Ketahuilah bahawa ada sungguh banyak sekali perkakas analitikal untuk para pedagang Forex dan gunakanlah ia untuk kelebihan anda.
Mula berdagang2022-03-16 • Dikemaskini
Artikel-artikel lain di bahagian ini
- Osilator McClellan
- Strategi Perdagangan Indikator Aroon
- Kekuatan matawang
- Rangka Masa Terbaik Untuk Perdagangan
- Jenis-jenis carta
- Bagaimanakah Cara Untuk Menggunakan Carta Heikin-Ashi?
- Dasar Pelonggaran Kuantitatif (QE)
- Titik Pivot
- Apakah itu indikator ZigZag?
- Purata Bergerak: cara mudah untuk mengesan trend
- Williams’ Percent Range (%R)
- Apakah itu Relative Vigor Index (Indikator RVI)?
- Momentum
- Force Index
- Apakah Itu Indikator Envelopes?
- Bulls Power dan Bears Power
- Average True Range
- Bagamana cara berdagang berdasarkan keputusan bank pusat?
- CCI (Commodity Channel Index)
- Sisihan Piawai
- Parabolic SAR
- Berdagang dengan Osilator Stokastik
- Relative Strength Index
- MACD (Moving Average Convergence/Divergence)
- Osilator
- Indikator ADX: Cara Menggunakannya Untuk Analisis Trend Forex Yang Berkesan
- Jalur Bollinger
- Indikator trend
- Pengenalan kepada indikator-indikator teknikal
- Sokongan dan rintangan
- Trend
- Analisis Teknikal
- Bank Pusat: polisi dan akibat
- Faktor Fundamental
- Analisis Fundamental di dalam perdagangan Forex dan saham
- Analisis fundamental vs teknikal