Ada kalanya carta atau pola candlestick boleh memberikan signal masuk yang baik jika ia terletak pada aras tertentu. Pin Bar salah satu pola candlestick yang paling andal dan terkenal, dan apabila pedagang menemuinya di carta, mereka menjangkakan harga akan berubah arah tidak lama lagi.
Strategi scalping yang anda dambakan
2023-04-14 • Dikemaskini
Kita semua tahu anda suka scalping, betul? Pendekatan perdagangan ini membantu anda mengambil kesempatan berdagang dengan jangka masa yang singkat (kurang dari 1 jam). Di dalam artikel ini, kami akan memperkenalkan anda dengan satu lagi strategi scalping yang memerlukan penggunaan indikator Jalur Bollinger (Bollinger Bands).
Peraturan strategi ini
Rangka masa: M5
Pasangan matawang: GBP/USD, EUR/USD
Indikator: Jalur Bollinger dengan tetapan berikut: tempoh (period) adalah 20, sisihan piawai (standard deviation) adalah 2; Osilator Stokastik dengan tetapan standard (14, 5, 3) sebagai penyaring.
Keseluruhan strategi berkisar seputar pencarian Jalur Bollinger yang rata. Ini bermakna, kita sedang mencari situasi pasaran yang rata, di mana harganya tidak membuat harga tinggi atau harga rendah yang baru. Anda dianjurkan untuk berdagang dengan strategi ini pada waktu pagi atau pada waktu malam ketika Eropah masih tidur dan kemeruapan pasaran rendah. Algoritma perdagangan strategi ini sangat mudah. Anda hanya perlu ikuti langkah-langkah yang dijelaskan di bawah.
Algoritma perdagangan untuk entri long
1. Buka posisi long bila harga menyentuh jalur Bollinger bawah dan osilator stokastik berada di dalam zon terlebih jual (oversold zone).
2. Anda boleh letakkan Renti Rugi 10 pip di bawah aras pesanan anda.
Sekiranya anda berpendapat bahawa Renti Rugi ini terlalu berisiko untuk pendekatan anda, anda boleh ukur jarak di antara jalur Bollinger tengah dan bawah. Semakin jauh jarak di antara dua jalur Bollinger tersebut, semakin besar Renti Rugi anda.
3. Tutup posisi anda apabila harga menyentuh jalur Bollinger atas.
Mari kita pertimbangkan contoh untuk GBP/USD. Pasangan ini didagangkan secara mendatar pada 12 Januari, antara pukul 00:00 - 07:15 masa MT. Ketika harga menyentuh jalur Bollinger bawah, kami rujuk Osilator Stokastik pula. Pada ketika itu, ia sudah memasuki zon terlebih jual. Kami telah buka posisi long di 1.3507. Kami letakkan Renti Rugi 10 pip di bawah entri iaitu di 1.3497. Ambilan Untung terletak di jalur Bollinger atas pada 1.3527. Kami berjaya meraih 20 pip!
Algoritma untuk penjual pula sebaliknya.
Algoritma perdagangan untuk entri short
1. Buka pesanan short apabila harga menyentuh jalur Bollinger atas dan Osilator Stokastik berada di zon terlebih beli.
2. Letakkan Renti Rugi 10 pip di atas aras pesanan short anda.
Satu lagi pilihan lain untuk kedudukan Renti Rugi: kira jarak di antara jalur Bollinger atas dan tengah. Campurkan angka yang anda dapat dengan harga entri anda. Jawapan yang anda dapat adalah aras di mana anda boleh letakkan Renti Rugi anda.
3. Tutup posisi anda apabila harga menyentuh jalur Bollinger bawah.
Sebagai contoh untuk strategi ini, kita akan melihat carta M5 GBP/USD sekali lagi. Pada 14 Januari, antara jam 23:00 dan 05:00 waktu MT, GBPUSD didapati mengukuh. Kami menanti sehingga harga menyentuh jalur Bollinger atas dan Osilator Stokastik memasuki zon terlebih beli. Kami buka posisi short di 1.3695. Kali ini, kami cuba gunakan kaedah alternatif untuk pengiraan jarak Renti Rugi. Mula-mula, kami kira jarak di antara entri kami dan jalur Bollinger tengah (1.3695-1.3688 = 0.0007). Oleh itu, Renti Rugi berada 7 pip di atas aras entri (1.3702). Ambilan Untung terletak di aras 1.3680 (di mana harga menyentuh jalur Bollinger bawah). Hasilnya, kami dapat memperoleh 15 pip.
Kesimpulan
Strategi yang kami jelaskan di atas mempunyai beberapa kelebihan yang jelas. Pertama sekali, ia sangat mudah dipraktikkan dan hanya memerlukan dua osilator. Kedua, ia membolehkan anda berdagang ketika "pasaran mengantuk" iaitu di waktu kemeruapan rendah dan anda tidak tahu apa yang harus dilakukan. Akhirnya, ia scalping, disukai oleh semua! Jadi, mengapa tidak mencubanya?
Baca lebih lanjut
- Strategi Pola Penyongsangan 1-2-3
- Strategi Perdagangan 30 Pip Sehari
- Strategi Perdagangan Base-150
- Bina strategi anda dengan RSI
- Strategi 'Carry Trade'
- Kesan gelombang dengan strategi swing trading
- Strategi trading Cherry-blossom
- Strategi Intrahari Yang Mudah (Pola Candlestick + RSI)
- Strategi scalping yang mudah
- STRATEGI PERDAGANGAN FIFTH ELEMENT DAN POWER RANGER
- Strategi perdagangan Forex Archer
Serupa
Di antara beratus-ratus indikator dan alat teknikal yang berbeza untuk pedagang, Indeks Kekuatan Relatif (RSI, Relative Strength Index) salah satu yang paling popular kerana keringkasannya dan, pada masa yang sama, keampuhannya dalam pelbagai senario perdagangan. Di dalam artikel ini, kami ingin memberitahu anda tentang satu lagi alat yang serupa dengan RSI tetapi dengan beberapa pelarasan yang hebat.
Terdapat banyak strategi berharga yang memerlukan pengetahuan tentang pola candlestick dan osilator. Walau bagaimanapun, bukan semua strategi tersebut menguntungkan. Apabila anda mula berdagang dengannya, anda boleh berhadapan dengan situasi di mana strategi tidak berfungsi mengikut jangkaan anda.
-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.