Cara Untuk Survive Dan Untung Di Forex: Tip-tip Pengurusan Bajet
Kelemahan pada kemahiran pengurusan dana mampu menghapuskan segalanya yang ada di akaun dagangan anda – walaupun anda hebat dalam semua aspek yang lain. Apakah yang boleh anda lakukan untuk masuk, kekal dan mengecap keuntungan di pasaran dengan pengurusan dana? Teruskan membaca dan saksikan.
Malang sekali, kemahiran pengurusan kewangan peribadi yang baik biasanya satu tabiat. Jika anda dari kalangan mereka yang terlepas didikan berharga ini di masa muda, anda mungkin sedang bergelut dengan sikap boros dan kekurangan wang simpanan. Jelas sekali, ia satu masalah baik untuk pedagang mahu pun pelabur. Berita baik untuk anda, masih belum terlambat untuk menanam tabiat ini.
Kami telah menganalisa beberapa strategi pengurusan dana yang paling popular, dan telah memilih tip-tip paling mantap untuk mereka yang mahu memaksimakan pelaburan mereka. Untuk memudahkan anda, kami telah membahagikannya kepada 2 kategori: tip-tip survival dan tip-tip membuat duit. Tujuan kami berbuat begitu adalah kerana strategi bagi pendatang baru Forex adalah berdasarkan kepada survival: anda terus kekal selamat dan terapung pada peringkat awal, dan keuntungan akan datang kemudian. Berikut adalah petua-petuanya.
SURVIVAL
Fikirkan tentang risiko. Setiap masa.
Ini tip #1 untuk sesiapa yang baru hendak bermula di Forex. Dipendekkan cerita, anda mesti tahu berapa banyak wang yang anda sanggup risikokan bagi satu dagangan tunggal. Biasanya, had siling risiko per dagangan anda haruslah sekitar 2% dari akaun dagangan anda. Anda disyorkan menggunakan kalkulator pedagang untuk melihat seberapa menguntungkan suatu dagangan itu. Pengurusan risiko adalah penting jika anda tidak mahu sejujuk dagangan yang kerugian belaka menyebabkan anda berakhir dengan baki akaun yang kontang.
Adalah satu idea yang bagus untuk menggunakan renti rugi (stop losses) bagi setiap satu dagangan yang anda buka. Ia akan melindungi pelaburan anda dari pergerakan pasaran yang tidak diduga: tetapkan pesanan renti rugi anda tidak melebihi dari 2% nilai baki akaun anda, dan anda akan terus berada di dalam bajet walaupun pasaran dilanda ribut taufan. Anda boleh mencuba "equity stop", "volitility stop", "chart stop" (analisis teknikal) atau margin stop bergantung kepada apa yang perlu imbangi.
Jinakkan emosi anda
Para pedagang sering mendengarkan nasihat ini: jangan biarkan emosi mengawal diri anda, kerana inilah perkara yang menarik pendatang baru menjauh dari pasaran sebelum mereka membuat keuntungan pertama mereka lagi. Stres, dendam, dan tamak akan menjadi musuh utama anda, jadi pastikan anda sudah tahu cara mengatasi mereka (sebagai contoh, di sini. Menggerakkan renti rugi bila suatu dagangan sudah pun dibuka, keluar posisi awal, atau melampau-lampau dengan leveraj adalah simtom-simtom tipikal pedagang yang lemah kawalan emosinya.
KEUNTUNGAN
Gunakan leveraj… berpada-pada
Leveraj adalah pengganda keuntungan yang tiada tandingan, tetapi ia harus diguna dengan cermat. Selain berpotensi membesarkan keuntungan, ia juga membesarkan risiko. Menggunakan leveraj yang tinggi mungkin bukan idea yang terbaik untuk newbie, tetapi bila anda sudah lebih yakin ia boleh membawakan keuntungan yang lumayan seperti yang anda bayangkan ketika anda mula-mula memasuki dunia Forex. Luangkan sedikit masa untuk menentukan saiz posisi dan leveraj anda berdasarkan pada renti rugi (dalam unit pips) untuk mengelak dari kerugian yang signifikan.
Tetapkan aras ambilan untung yang munasabah
Di Forex, kepantasan reaksi anda membezakan antara kejayaan dan kegagalan. Anda harus tahu sedari awal lagi di mana anda boleh tutup posisi anda bila ia sudah mula menghasilkan keuntungan – inilah intipati aras ambilan untung (take profit level).
Kesimpulan
Menguruskan aliran wang anda adakalanya lebih sukar dari membuat wang itu sendiri. Manakala pengurusan dana yang baik menjurus kepada pendapatan yang lebih tinggi. Jangan bimbang – kita semua melakukan kesilapan kewangan yang membuatkan kita tertanya-tanya ke mana wang kita pergi. Hanya pastikan anda melakukan langkah-langkah yang betul untuk survive bagi beberapa bulan pertama, pelajari mekanisme pasaran dan bermain dengan pelbagai strategi (anda boleh temui semuanya yang anda perlukan di seksyen Analitik dan Pendidikan kami), dan cari wang seberapa banyak yang anda boleh bayangkan bila anda kali pertama mengenali Forex.
Baca lebih lanjut
- Panik di pasaran! Bagaimana cara menukar ketakutan menjadi duit
- Bagaimanakah cara untuk menghasilkan $50,000 di dalam 5 hari. Kisah kejayaan Phongphat Wetchakarn
- Cara-cara Untuk Mempelbagaikan Pelaburan Dan Hidup Bahagia
- Bagaimana Cara Untuk Menjadi Pedagang Profesional?
- Bagaimana hendak bermula di Forex?