Apa yang anime boleh ajarkan kepada anda tentang perdagangan Forex

Baca artikel ini di laman web FBS

Pernahkah anda perasan betapa banyak strategi Forex dan Expert Advisor sama ada mempunyai nama yang diambil, atau berbunyi seakan-akan diambil, dari anime? Nampaknya kecintaan seluruh dunia terhadap anime semakin kuat. 

Anda mungkin sedari betapa ia telah meresap ke hampir segenap kehidupan kita. Malahan jenama-jenama besar seperti Amazon, Nike, McDonald's, Nissan, Sony, New Balance dan banyak lagi telah mengiktiraf pengaruh anime dan menaja banyak judul yang terkenal. 

anime_trump.jpg

(Presiden A.S, Donald Trump, telah muncuk di sekurang-kurangnya 4 anime. Sebuah petikan dari Inuyashiki)

Sudah diketahui ramai bahawa pedagang yang bagus melihat makna dalam setiap perkara dan belajar dari mana-mana yang boleh. Jadi kami putuskan untuk mengingati beberapa pengajaran dari anime yang boleh diaplikasikan kepada perdagangan Forex.

Naruto mengajarkan kita untuk tidak berputus asa

Ini mungkin yang paling mudah sekali, dan sukar untuk menemui seseorang yang tidak pernah mendengar tentang rancangan popular ini. Anda mungkin menyukai anime ini, mungkin juga tidak, tetapi semua orang akan setuju bahawa tiada contoh yang lebih baik tentang penambahbaikan berterusan (seperti yang cuba dicapai oleh para pedagang) daripada Naruto. 

Ada corak yang berulang setiap beberapa episod: hero utama gagal, prestasinya merudum teruk dari semua orang lain, dia kemudian tidak berputus asa walau apa pun terjadi, muncul semula dengan strategi atau teknik baru dan akhirnya menang. 

Hal yang sama boleh diaplikasikan kepada perdagangan Forex. Untuk berjaya, anda perlu belajar, berlatih, mencari teknik yang berkesan untuk anda, dan menjadi seorang Hokage mencapai keuntungan secara berterusan. 

Little Witch Academia mengajar kita untuk selalu pelajari perkara baru, tetapi tidak melupakan masa lalu

Ia adalah salah satu anime yang paling comel yang anda boleh temui, tetapi anda akan terkejut mendapat banyak mesej rahsia orang dewasa yang dibawakannya. Anime ini adalah sesuatu yang anda boleh tunjukkan kepada anak-anak anda jika anda mahu mengajarkan mereka kepentingan berkerja keras, sifat tanggungjawab, dan pengurusan kewangan. 

Di dalam satu episodnya, heroin utama menyadari bahawa sekolah mereka sedang menanggung hutang yang besar, mereka berhutang wang yang banyak dengan naga Fatnir yang terkenal. Bila mereka mendatangi dia untuk merundingkan semula syarat-syarat, mereka tidak nampak naga seperti yang di dalam lagenda, tetapi mereka nampak Fatnir duduk di dalam pejabatnya memakai jubah mandi dan selipar, dikelilingi oleh monitor yang memaparkan carta.

fafnir_trader.jpg

Di waktu purba, naga ini biasanya tidur di atas longgokan emasnya, tetapi bila dunia mula berubah dia telah merebut peluang dan mula membuat wang menerusi pelaburan moden.

Makhluk yang paling purba di dunia ini pun ada kesedaran tentang keperluan mempelajari perkara baru. Dan Little Witch Academia menunjukkan kepada kita betapa untuk menjadi kaya dan berkuasa, anda mesti mencari cara yang lebih baik untuk melaburkan wang anda, duduk di atas emas tidak pernah berkesan.

One Piece mengajarkan kita untuk mengambil risiko jika anda mahu mengubah sesuatu

“Jika anda tidak mengambil risiko, anda tidak boleh membina sebuah masa hadapan“ – kata hero utamanya, Monkey D. Luffy. 

Sesiapa yang mempunyai sasaran di dalam hidup akan mendapati Luffy berkongsi pandangan dengan mereka. Beliau bukan model tauladan yang sempurna, tetapi yang bagusnya tentang beliau adalah sifat tekad dan realistiknya. Dia memahami betapa dengan duduk di rumah dan melakukan rutin biasa anda, anda tidak akan mengubah hidup anda ke arah yang lebih baik. 

Untuk mencapai sasaran anda, anda perlu keluar dari zon selesa, buat sebuah pelan dan sentiasa bergerak ke hadapan. Mungkin Luffy bukan contoh terbaik bagi pengurusan risiko, tetapi dia menunjukkan bahawa sesiapa pun boleh mencapai cita-citanya jika dia cukup tekun dan bersedia membuat sedikit perubahan. 

one piece BTC.png

“Aku mempunyai cita-cita, kau juga begitu. Ini bermakna kau harus teruskan berjalan ke hadapan menuju matlamat tersebut.“

Death Note menunjukkan kepada kita betapa terlebih yakin boleh memusnahkan walaupun pelan yang paling sempurna

Hero utamanya adalah pelajar yang luar biasa: dia cemerlang di dalam setiap subjek, menerima gred tertinggi, menempa rekod di sekolah dan menghabiskan masa senggangnya belajar di rumah. Beliau pintar di dalam segala-galanya, namun bila tiba masanya untuk memenuhi perancangannya, dia terlebih yakin, membuatkannya cuai.

Ini adalah sesuatu yang ramai pedagang hadapi setiap hari. Mereka menyediakan pelan yang sempurna, tetapi bila mereka mula berdagang, ego menguasai diri dan menyimpang dari strategi asal.

Apa yang boleh anda pelajari dari Death Note adalah anda tidak harus biarkan ego menghanyutkan anda dari pelan anda, atau segala yang anda telah usahakan boleh runtuh menjadi debu.

One Punch Man mengajarkan kita latihan membawa kepada kesempurnaan

Adakalanya perkara terbaik anda boleh lakukan dengan hidup anda adalah untuk melakukan apa yang tidak dilakukan oleh orang lain. Hero utama anime ini adalah seorang lelaki yang ringkas, yang sudah muak dengan hidupnya yang membosankan dan memutuskan untuk berhenti dari pekerjaannya di pejabat untuk menjadi seorang hero. Bukan sahaja dia berjaya mencapai impiannya, tetapi dia juga menjadi hero terkuat yang mampu mengalahkan sebarang musuh dengan hanya satu tumbukan.

Dia tidak mempunyai apa-apa kuasa sakti dan bila ditanya bagaimana dia menjadi kuat, dia hanya menjawab "100 tekan tubi, 100 bangun tubi, 100 angkat tinggung, dan larian 10km setiap hari". Tiada rahsia istimewa, tiada labah-labah radioaktif, tiada meteor, hanya rutin harian biasa, itulah yang membuatkan anda berjaya.

"Jika anda benar-benar mahu menjadi kuat... Berhenti peduli apa orang lain katakan tentang anda!" Siapa yang menentukan hadnya? Dan berdasarkan kepada apa? Anda kata anda kerja keras? Mungkin anda perlu kerja lebih keras lagi. Adakah itu benar-benar had kekuatan anda? Bolehkah anda hari esok mengalahkan anda hari ini? Daripada mengalah, lebih baik bergerak ke hadapan. — Saitama kepada Fubuki

One Punch Man mengajarkan kita bahawa segalanya mungkin jika anda dedikasikan diri anda kepada matlamat anda dan lakukan sesuatu yang tidak ramai boleh lakukan - menjadi gigih. Kerana jika anda mahu mencapai sesuatu anda harus melakukannya sendiri, tiada siapa akan melakukannya untuk anda.

JoJo's Bizarre Adventure mengajarkan kita kepentingan pengurusan wang

harvest1.jpg

Judul anime ini sangat cocok dengan ceritanya, plotnya ganjil dan mempersona tetapi ia mempunyai banyak pengajaran yang boleh diajarkan kepada kita. Salah satunya adalah bagaimana kita harus menguruskan simpanan kita.

Di dalam salah satu episodnya, protagonis utama Josuke dan Okuyasu menyadari bahawa mereka tidak mempunyai wang yang cukup walau untuk membeli minuman sekali pun. Namun mereka bertembung dengan seorang lelaki yang telah membuat banyak wang dengan mengutip syiling yang tercicir yang tiada siapa pedulikan. Menggunakan keupayaan istimewanya, dia mengumpul modal yang besar dengan membuat keuntungan kecil di sini dan di sana.

Ini tidak ada bezanya dengan perdagangan. Anda boleh elakkan risiko besar dan akhirnya mencapai aras pendapatan yang stabil dengan berdagang amaun kecil-kecilan lebih sering. Jika anda mahu membuat wang, jangan tamak, tetapi bersabarlah. Ingatlah bidalan kata – yang perlahan tetapi berterusan itulah yang menang dalam perlumbaan.

Poputepipikku mengajarkan bahawa kita tidak perlu terlalu serius dengan apa pun

Ada masanya keupayaan untuk menemui sesuatu yang lucu di dalam situasi buruk membantu anda untuk mendapatkan kekuatan untuk menguruskannya. Ramai pedagang terlalu taksub dengan berdagang, membaca berita, mencuba strategi, sehingga mereka terlupa tentang dunia luar.

Terlebih berdagang tidak akan membuat sesiapa bahagia, jangan lupa ada masa untuk berkerja dan ada masa untuk berehat. Otak anda tidak boleh terus produktif berada dalam tekanan berterusan. Jadi nikmati rehat sekali-sekala, baca artikel yang menyeronokkan dan jangan ambil terlalu serius tentang apa jua, otak anda akan berterima kasih kepada anda untuk ini.

BERDAGANG SEKARANG

Baca lebih lanjut

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.