1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Kisah kejayaan: bagaimana cara menggandakan keuntungan anda 300% dengan perdagangan sosial
2024-06-10 • Dikemaskini

Kisah kejayaan: bagaimana cara menggandakan keuntungan anda 300% dengan perdagangan sosial

1.jpg

Kami telah berikan anda banyak kisah kejayaan para pedagang di Forex, tetapi kali ini kami ingin kongsikan satu kisah kejayaan yang agak istimewa — kisah yang dicapai di aplikasi FBS CopyTrade.

Pertama sekali anda tidak perlu tahu banyak tentang Forex untuk meraih keuntungan dengan app ini. Ia jauh lebih ringkas. Anda boleh buat pelaburan, ikuti strategi para pedagang profesional di app tersebut, tiru para pedagang yang paling cemerlang dan raih keuntungan lumayan.

Sebaik sahaja anda menyertai rangkaian perdagangan tersebut, secara automatik anda akan mendapat fitur-fitur seperti katalog pemain pasaran berprestasi terbaik, maklumat terperinci setiap pedagang, carta statistik prestasi pedagang, dsb. Dengan kemaskini yang terbaru, anda juga boleh mula meraih keuntungan dengan pelaburan yang minimum dan sedikit komisen pada kadar malar 5% dari keuntungan anda sebagai ganjaran kepada mana-mana pedagang yang terlibat.

2.jpg

Dengan FBS CopyTrade, anda boleh gunakan lebih 100 sistem pembayaran untuk mendeposit dan mengeluarkan dana, boleh menata senarai pedagang kegemaran, lihat sejarah pelaburan anda, dan mendapatkan khidmat bantuan pelanggan 24/7 dalam bahasa tempatan anda.

Jom, mari kita berkenalan dengan Josias da Silva Filho, jejaka bertuah dari Brazil yang berjaya menggandakan pelaburan beliau 3 kali ganda. Dengan deposit sebanyak $8359 beliau berjaya meraih keuntungan sebanyak $28 589.36!

— Apakah strategi yang anda gunakan di FBS CopyTrade?

Memang saya ada strategi saya sendiri. Saya memantau para pedagang untuk satu-satu masa yang lama sebelum membuat pelaburan. Saya perhatikan mereka yang berdagang sempena berita dan juga mereka yang hanya berdagang sekali-sekala sahaja. Saya pilih beberapa pedagang yang terbaik.

Saya telah mengkaji pedagang-pedagang yang lebih konsisten. Saya baca semua maklumat di ruangan komentar di Play Store juga. Akhirnya saya berjaya.

Di bulan Mei, misalnya, saya mendapat keuntungan yang besar! Saya telah untung 19 ribu dolar dari hanya satu pelaburan!

— Adakah anda menggunakan apa-apa strategi khusus bila membuat deposit?

Saya gunakan Neteller dan saya punyai ramai rakan di kumpulan WhatsApp, jadi saya terima maklumat tentang hari-hari terbaik untuk membeli dollar dan saya membelinya dari mereka yang ada di kumpulan tersebut.

Saya ada pedagang tertentu yang biasanya menerima lebih pelaburan dari saya, tetapi saya juga sering pilih pedagang-pedagang lain untuk mengembangkan strategi saya.

— Anda ada mengalami apa-apa kerugian?

Sebenarnya, saya mula mencatat keuntungan tidak lama selepas bermula kerana saya ada sertai kumpulan WhatsApp. Mereka yang ada di situ memberitahu saya pedagang yang betul untuk diikut. Inilah sebabnya mengapa saya untung sejak dari awal lagi.

— Apa yang anda boleh cadangkan kepada pelabur-pelabur lain di CopyTrade?

Sentiasa perhatikan pedagang-pedagang lain, mulakan dengan berhati-hati, tetapi dalam masa yang sama harus berani juga.

Saya berjaya bila saya berani dan mula melaburkan lebih banyak. Laburkan sedikit sehingga anda dapat memahami rentak sistem, kemudian anda harus labur lebih dengan berani dan yakin!

Dengar naluri anda! Percaya bahawa ia berkesan, percaya dan jangan putus asa. Saya pernah rugikan keuntungan yang saya dapat, tapi bukan modal permulaan yang saya laburkan dan saya tidak pernah rasa serik.

— Apa pendapat anda tentang app kami?

Saya rasa aplikasi itu bagus. Ia bagus, dan selamat. Semua hasil yang saya dapat adalah tepat!

3.jpg

Seperti yang anda lihat, Encik da Silva Filho berjaya kerana beliau mempercayai naluri beliau, sentiasa memantau pasaran dan pedagang-pedagang lain, dan beliau berani untuk memanfaatkan peluang baik yang melintas di depan mata. ia bukan magik — hanya gabungan antara usaha dan persepsi. Sesiapa pun boleh lakukannya!

Cuba nasib anda hari ini! Gunakan FBS CopyTrade dan mungkin di lain kali kami akan memberitahu orang ramai tentang kejayaan anda pula!

  • 4614

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera