1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Pasaran yang sesuai bagi orang baru: Forex vs. Saham
2024-05-30 • Dikemaskini

Pasaran yang sesuai bagi orang baru: Forex vs. Saham

Jika anda sedang berada di ambang permulaan karier perdagangan atau pelaburan, anda harus tahu bahawa inilah keputusan terbaik yang anda pernah lakukan. Anda hampir dengan saat di mana wang anda akan membuat lebih banyak wang untuk anda. Namun, sebelum angin perubahan mula meniup layar bahtera anda, anda perlu memutuskan ke arah mana pelayaran harus dituju. Dalam lain perkataan, anda harus memilih pasaran kewangan yang lebih sesuai dengan personaliti dan pendekatan pelaburan anda.

Forex saham

Perbezaan utama

Secara ringkasnya, pasaran kewangan adalah tempat atau persekitaran di mana para pedagang membeli atau menjual aset. pasaran kewangan agak rencam, dari bonds sehinggalah komodiit, dan tiada jawapan yang mudah tentang yang mana satu yang lebih baik. Namun, dua medan pelaburan yang paling popular adalah Saham dan Forex.

Pertama sekali, anda harus ingat bahawa dua pasaran ini mempunyai perbezaan dari segi gaya, tahap keperluan latihan yang tinggi, pengetahuan-pengetahuan yang khusus, pendidikan, penggunaan perkakasan sokongan, dan tahap kemahiran pengurusan risiko yang diperoleh seiring dengan masa dan sebanyak mana seseorang itu belajar. Perbezaan lain adalah pada jenis instrumen, di mana pedagang berhadapan dengan matawang asing di satu pasaran dan di satu pasaran lain pula dia berhadapan dengan saham syarikat tertentu, peraturan pasaran, pihak-pihak yang terlibat dengan transaksi, dan aspek-aspek lain.

Pasaran Saham

Untuk ramai orang, pasaran Saham tampak sebagai cara yang lebih tradisional untuk membuat keuntungan menerusi pelaburan. Secara ringkasnya, untuk melaburkan wang anda perlu membeli sekian jumlah saham sesebuah syarikat. Bila syarikat itu berjaya, harga sahamnya meningkat. Sesetengah saham membayar dividen bila syarikat itu berprestasi cemerlang. Oleh kerana anda berdagang dengan bangun jatuh sesebuah syarikat, anda perlu sentiasa awas dengan perkembangan berita dan khabar angin berbanding analisis teknikal, dan ia memang mengujakan. Mana-mana pedagang pun boleh membeli saham syarikat-syarikat tersohor dunia seperti Apple, Google atau Facebook dan meraih keuntungan sehingga 20%.

Dalam masa yang sama, ada beberapa kelemahan berdagang di pasaran saham. Dengan puluhan ribu syarikat untuk dipilih bila melabur, ia boleh melemahkan semangat. Pasaran saham juga rumit. Anda harus sentiasa awas, kita tidak tahu bila sesebuah syarikat itu memutuskan untuk memfailkan kebankrapan atau melakukan penggabungan.

Malangnya, untuk bermula di pasaran saham, anda perlukan sekurang-kurangnya $2000, dan ini biasanya jumlah minimum. Untuk portfolio yang sihat, anda malah dinasihatkan untuk mempunyai sekurang-kurangnya $10,000 untuk bermula, dan inilah yang membuatkan para pedagang novis tidak mampu menceburi pasaran saham.

saham peniaga

Pasaran tukaran matawang asing

Pasaran tukaran matawang asing adalah pasaran matawang global yang terpencar (tidak berpusat), di mana matawang sejumlah Us$5.3 trilion didagangkan setiap hari. Ia aktif merentasi hampir setiap zon masa dan memberikan para pedagang peluang untuk berdagang 24 jam sehari, 5 hari seminggu. Bila pasaran tutup di Amerika Syarikat, hari perdagangan baru bermula di Tokyo dan Hong Kong. Fleksibiliti masa sebegini sangat menyamankan bagi para pedagang yang mempunyai jadual kerja yang sibuk. Anda tidak perlu risau tentang waktu pembukaan dan penutupan pasaran, dan bebas mengatur masa berdagang anda bila-bila masa anda mahu.

Pelaburan

Jutaan pelabur yang memilih untuk berdagang Forex membuktikan bahawa ia peluang pelaburan dan penghasilan pendapatan yang terbaik. Kini sesiapa sahaja boleh menjadi seorang pedagang Forex dan menguruskan transaksi dari rumah atau malah mana-mana sahaja dengan memasang platform perdagangan versi mudah alih ke telefon pintar. Teknologi Maklumat yang canggih membolehkan saiz Forex berkembang sekali ganda dalam tempoh sedekad kebelakangan ini.

saham

Apa yang paling bermanfaat bagi pedagang novis adalah anda tidak perlu banyak wang untuk bermula dengan perdagangan Forex. Broker forex secara purata memerlukan sekurang-kurangnya $100 untuk membuka akaun dan memulakan perdagangan, tetapi ada tawaran yang sangat menarik yang menampilkan akaun-akaun standard, micro dan malah cent dengan deposit pertama dari serendah Us$1. Spread terapung dari 1 pip, 200 posisi aktif dan tertunda, leveraj sehingga 1:1000 - lengkap serba-serbi. Bagus bukan?

Kelemahan terbesar Pasaran Forex pula adalah akibat daripada kelebihan utamanya sendiri. Ia besar, dan kerana itulah mengapa seseorang itu mungkin akan mendapati ianya sukar untuk mengikuti semua pasangan matawang. Pergerakan harga matawang biasanya didorong oleh berita-berita terkini, khabar angin, fundamental, isu-isu politik dan peristiwa-peristiwa global atau serantau. Pasaran matawang adalah sangat dinamik dan sukar diramal. Namun dengan strategi yang pintar, dengan kesabaran dan ilmu, membuat keputusan bermaklumat dan pengurusan risiko, perdagangan Forex boleh menjadikan seseorang itu jutawan. Tidak banyak perkara yang perlu dilakukan untuk mencuba sendiri perdagangan Forex, jadi mengapa tidak terus cuba sahaja sekarang?

Baca lebih lanjut

  • 27918

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera