Trend Indicators

Indikator Trend

Terdapat dua pendekatan untuk berdagang: berdagang mengikut arah pergerakan semasa (perdagangan trend) dan perdagangan melawan arah itu (perdagangan melawan trend), dan adalah lebih baik jika pedagang dapat menggabungkan kedua-dua pendekatan tersebut.

Untuk melakukan perkara ini dengan cekap, pedagang perlu belajar menggunakan indikator-indikator tertentu yang membantu beliau mengenal pasti trend ini.

Apakah itu perdagangan trend?

Perdagangan mengikut trend adalah berdagang mengikut arah pergerakan semasa pasaran. Sebagai contoh, jika aset bergerak naik, pergerakan sedemikian dipanggil pergerakan bull. Para pedagang yang mengikuti trend akan cuba membuka urusniaga beli pada aset dan mengambil keuntungan apabila harga aset tersebut naik.

Apabila harga aset bergerak turun, trend itu dipanggil bearish, dan perdagangan pada trend tersebut akan melibatkan pembukaan urusniaga jual (menurun). Apabila aset jatuh secukupnya, urusniaga tersebut akan ditutup.

Perdagangan trend - kita berenang mengikut arus.

Apakah itu perdagangan melawan trend?

Perdagangan melawan trend adalah berdagang melawan arah pergerakan semasa pasaran. Dalam kes ini, pedagang cuba untuk menentukan bila penyongsangan trend berlaku. Biasanya, ini dilakukan apabila harga telah menyimpang terlalu jauh daripada nilai puratanya dan kembali semula.

Apakah itu indikator trend?

Indikator trend ialah indikator yang membolehkan anda menentukan trend semasa dan masa perubahannya.

Indikator trend boleh digunakan hanya apabila ada trend bullish atau bearish. Semasa pasaran mendatar, indikator trend tidak boleh digunakan.

Contoh-contoh indikator trend

Berikut adalah senarai beberapa indikator trend yang paling popular:

  • Purata bergerak (Moving averages)
  • Jalur Bollinger (Bollinger Bands)
  • Parabolic SAR
  • Garisan MACD
  • Awan Ichimoku

Bagaimanakah cara menggunakan purata bergerak?

Pembinaan purata bergerak, moving average paling kerap dilakukan dengan menutup harga.

Purata bergerak yang mudah dikira sebagai purata aritmetik mudah bagi harga penutup untuk suatu tempoh yang dipilih.

Apabila membina purata bergerak wajaran (weighted moving average), ia mengambil kira bahawa harga terkini adalah lebih penting. Oleh itu, harga diberikan pemberat tertentu dalam pengiraan tersebut. Pengiraan dilakukan dengan menjumlahkan hasil pemberat dengan nilai harga yang dibahagikan dengan jumlah pemberat.

Purata pergerakan eksponen dikira mengikut formula yang lebih kompleks dan menganggap penyingkiran harga yang lebih "terlicin" daripada pengiraan tersebut. Oleh itu, EMA adalah lebih "pintar" berbanding purata bergerak yang lain.

Purata bergerak terlicin (smoothed moving average) hampir sama seperti MA ringkas. Malah, purata bergerak yang mudah sedang dilicinkan untuk mendapatkan lebih sedikit signal-signal palsu.

Pesanan purata bergerak dipilih mengikut budi bicara peserta-peserta pasaran. Pesanan purata bergerak yang paling banyak digunakan ialah 10, 13, 21, 50, 89, 144, dan 200.

Signal paling jelas yang dihasilkan oleh purata bergerak melepasi suatu purata dengan harga.

Jika harga melepasi purata bergerak ke bawah, itu adalah signal jual.

Jika ia melepasi ke atas - itu adalah isyarat untuk beli.

Rajah 1. Contoh signal Beli dan signal Jual.

Image 1.png

Purata bergerak bagi pesanan yang lebih tinggi (cth. ke-200) digunakan untuk menentukan trend global dan strategi perdagangan keseluruhan. Pedagang harus bergerak mengikut arah trend jika harga kekal konsisten dengan purata bergerak tersebut. Tetapi jika sisihannya cukup kuat, strategi melawan trend boleh dipilih, yang menjangkakan bahawa harga akan kembali ke purata bergerak secara beransur-ansur.

Purata bergerak boleh digunakan sebagai tahap sokongan atau rintangan dinamik. Apabila harga menghampiri purata bergerak, ada kemungkinan ia akan melantun semula. Itulah sebabnya kami amat mengesyorkan agar anda memberi perhatian kepada purata bergerak dan menggunakannya apabila mengambil keputusan tentang apa yang perlu dilakukan dalam pasaran.

Rajah 2. Strategi trend dan melawan trend

Image 2.png

Indikator Jalur Bollinger

Jalur Bollinger dibina berdasarkan purata bergerak mudah (simple moving average, SMA) dan merupakan tiga jalur, di tengah-tengahnya ialah SMA, jalur di atas dan di bawah - garisan yang dibina pada jarak sisihan piawai daripada jalur purata.

Jalur tersebut membentuk satu koridor di mana harga tersebut bergerak di dalamnya. Jalur dilukis supaya 95 peratus harga jatuh di dalam jalur dan 5 peratus kekal di luar. Ia membolehkan kita meramal masa penyongsangan harga, iaitu, pergerakan harga keluar dari jalur yang bermaksud ada kebarangkalian yang tinggi harga akan bergerak dalam arah yang bertentangan tidak lama kemudian, iaitu, harga kembali ke dalam jalur.

Jalur Bollinger adalah indikator yang baik untuk membina strategi melawan trend.

Rajah 3. Indikator Jalur Bollinger

Image 3.png

Indikator Parabolic SAR

Indikator Parabolic SAR ialah indikator trend yang agak ringkas yang mewakili poin-poin di atas dan di bawah carta harga. Apabila harga naik, titik itu muncul di bawah carta. Apabila harga menurun, titik itu memberikan jalan dan muncul di atas carta.

Indikator trend Forex dibina supaya ia sentiasa menghampiri harga dengan setiap candle yang baru dan pergerakan harga sehingga, lambat laun, ia tidak akan berubah arah.

Apabila indikator muncul di bawah harga - sudah tiba masanya untuk membuka transaksi ke atas; apabila ia berada di atas harga - sudah tiba masanya untuk berdagang ke bawah.

Rajah 4. Indikator Parabolic SAR

Image 4.png

MACD

Penganalisis teknikal Amerika Syarikat, Gerald Appel, membangunkan indikator MACD iaitu Moving Averages Convergence-Divergence (Purata Bergerak Tumpuan-Capahan). Appel mencadangkan penggunaan parameter 12, 26, 9 untuk indikator perdagangan trend ini. Mari kita lihat apakah maksud parameter-parameter ini.

Garis MACD ialah perbezaan antara dua purata bergerak eksponen untuk EMA 12 dan 26 tempoh (iaitu, EMA (12) - EMA (26)). Garis ini lebih "pantas”, iaitu lebih meruap (dalam MT4, dan MT5 ia ditunjukkan dalam bentuk histogram).

Garis kedua dipanggil garis signal. Garis ini lambat, iaitu kurang berubah. Ia diperolehi selepas mempuratakan perbezaan diperolehi dengan satu lagi EMA lain, iaitu EMA bertempoh 9 (i.e., EMA (9)[EMA (12) - EMA (26)]).

Signal beli atau jual diberikan apabila dua garisan bersilang.

Apabila garis MACD bersilang dengan garis isyarat menaik, ini adalah signal untuk membuka urusniaga menaik (beli).

Apabila garis MACD bersilang dengan garis isyarat menurun, ini adalah signal untuk membuka urusniaga menurun (jual).

Rajah 5. MACD

Image 5.png

Awan Ichimoku

Awan Ichimoku ialah indikator trend pasaran yang dibangunkan oleh Goichi Hosoda. Indikator tersebut terdiri daripada lima garisan pada graf candlestick: Tenkan sen, Kijun sen, Senkou Span A, Senkou Span B, dan Chikou Span.

Oleh kerana ini adalah indikator yang agak rumit, kita hanya akan memahami garis Tenkan Sen dan Kijun Sen. Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat tentang Awan Ichimoku dalam artikel kami “Bagaimanakah cara menggunakan awan Ichimoku?”

Untuk membuka urusniaga, tunggu signal berikut: silangan garis Tenkan Sen dan Kijun Sen (silang TK). Jika garisan Tenkan Sen bersilang pada garisan Kijun Sen dari bawah ke atas, ini adalah signal untuk berdagang ke atas (beli), juga dikenali sebagai “Silang Emas (Gold Cross)”.

Jika garisan Tenkan Sen bersilang pada garisan Kijun Sen dari atas ke bawah, ini adalah signal untuk urusniaga ke bawah (jual), juga dikenali sebagai “Silang Maut (Death Cross)”.

Rajah 6. Awan Ichimoku

Image 6.png

Mana satu indikator yang terbaik?

Tidak ada indikator yang terbaik atau terburuk. Setiap indikator adalah tersendiri dan dipilih untuk tujuan atau aset tertentu.

Kami syorkan agar anda memberi perhatian khusus kepada purata bergerak kerana ia adalah indikator yang paling dikenali, dan oleh itu dalam analisis teknikal ia wajar dianggap penting.

Kesimpulan

Apa sahaja indikator yang anda gunakan, anda harus ingat bahawa ia biasanya lamban di belakang harga (lagging). Pergerakan harga adalah yang paling utama, dan pergerakan indikator hanyalah sekunder/sampingan. Oleh itu, tidak kira apa juga signal yang ditunjukkan, anda harus sentiasa berhati-hati apabila membuka urusniaga.

Gunakan indikator trend dan tingkatkan kecekapan perdagangan anda dengan platform perdagangan tersebut.

Undur

2023-05-11 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera