Minyak: $100 telah Dicapai, Apa Yang Bakal Berlaku Seterusnya?

Baca artikel ini di laman web FBS

Tiada istilah bertenang dalam pasaran minyak; sejarah telah banyak mengajar kita. Sejak pandemik bermula pada tahun 2020, kita telah menyaksikan naik turun harga minyak, daripada negatif $37.63 setong pada bulan Mei 2020 minyak mentah WTI menembus paras $100 pada bulan Februari. Kini para pedagang tertanya-tanya samada mereka perlu menjangkakan kenaikan yang berterusan atau berlakunya pembetulan harga. Untuk kes pertama, harga telah melepasi paras tertinggi tahun 2012. Untuk senario kedua, kita boleh menyaksikan kejatuhan mendadak seperti yang berlaku pada tahun 2015-2016. Apakah pula yang bakal terjadi pada kali ini?

Faktor-faktor yang mempengaruhi harga minyak

Pertama sekali, mari kita lihat faktor pendorong utama harga minyak. Seperti lain-lain komoditi, minyak juga bergantung kepada hukum penawaran dan permintaan. Tahap pengeluaran daripada negara-negara pengeluar utama minyak, termasuklah AS, Arab Saudi, Rusia, Kanada, dan China, akan memberikan impak kepada harga minyak. Pemberhentian aliran penawaran akan melonjakkan harga minyak. Pada masa yang sama, permintaan terhadap minyak perlu kekal tinggi bagi menyokong paras harga.

Faktor kedua ialah Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC). Diasaskan pada tahun 1960, organisasi ini mempunyai 13 ahli yang akan mengawal selia tahap pengeluaran dan akan menetapkan halatuju harga minyak. Pada tahun 2016, OPEC+, kumpulan pengeluar minyak yang lebih besar, telah ditubuhkan. Perikatan yang diperbaharui ini mengadakan mesyuarat beberapa kali setahun untuk mengawal jumlah tong dalam rizab minyak.

Perubahan prestasi USD juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi harga minyak. Memandangkan harga komoditi disebut dalam dolar AS, ia cenderung untuk menurun apabila USD menguat.

Akhir sekali, sekatan ekonomi, perang, dan persetujuan di antara ekonomi yang bergantung kepada minyak juga akan mempengaruhi pasaran emas hitam ini.

Kini, ketiga-tiga faktor mempunyai impak yang besar kepada pasaran. Pemulihan aktiviti ekonomi global telah membuatkan kenaikan tahap permintaan terhadap minyak mentah. Walaupun OPEC+ telah memutuskan untuk menambahkan pengeluaran sebanyak 400 000 tong sebulan bermula pada bulan Ogos 2021, trend menaik harga minyak masih kukuh. Terdapat dua sebab mengapa ia terjadi: permintaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan ketegangan di antara negara Russia dan Ukraine. Punca terdahulu telah pun dianalisis oleh OPEC+ dan diambil kira. Pada masa yang sama, punca terbaru ini masih diselubungi dengan ketidaktentuan dan masih kabur. Secara keseluruhannya, arahan ketenteraan untuk menyerang Ukraine oleh Presiden Rusia Vladimir Putin telah membuatkan minyak mencapai $100 pada 24 Februari. 

1.png

Apa yang boleh dijangkakan berlaku kepada harga minyak?

Harga Brent boleh melepasi paras tertinggi yang terkini sekiranya tiada campur tangan berlaku kepada pengeluaran minyak. Menurut JP Morgan, sekiranya konflik di Eropah Timur berpanjangan, breakout pada paras 100 untuk kedua-dua WTI berkemungkinan besar akan berlaku. Dalam kes ini, JP Morgan menjangkakan WTI menuju lingkungan harga $107 dan Brent pula menuju harga $110 setong untuk suku berikutnya.

Tekanan bearish mungkin hadir daripada peringkat akhir rundingan nuklear Iran yang akan membuatkan lebih banyak minyak berada di dalam pasaran. Dan juga, sekiranya AS atau OPEC memutuskan untuk terus mengepam minyak tanpa mengambil kira konflik yang berlaku di Eropah Timur, ini akan membuatkan trend minyak menyongsang.

Adakah harga minyak akan jatuh dengan mendadak?

 Harga minyak berkemungkinan mengulangi sendario tahun 2014 dan membuat pembetulan. Terdapat beberapa sebab spesifik untuk menyokong fakta tersebut:  pandemik masih belum nampak untuk berakhir, ketegangan di Eropah Timur boleh reda, dan lebih banyak minyak akan ditambah ke dalam pasaran.

Tambahan lagi, para penyelidik mengatakan bahawa permintaan terhadap kenderaan elektrik akan mencapai rekod tertinggi pada tahun ini. Walaupun ini adalah berita bearish untuk harga minyak, ini adalah faktor bullish harga untuk harga bahan mentah seperti litium dan nikel memandangkan industri tersebut menghadapi masalah rantaian bekalan.

2.png

Sumber: https://www.axios.com/

Analisis Teknikal

Pada carta Brent (XBR/USD), anda boleh lihat aras rintangan berada pada $102. Oleh kerana harga telah mencecah sempadan atas saluran dan telah memasuki zon terlebih beli (overbought) pada carta RSI, kita boleh jangkakan pembetulan harga menuju sempadan bawah di $76. Ini adalah aras MA 50-minggu. Sebaliknya, jika breakout di $102 berlaku, harga akan menuju aras $109 – rintangan daripada tahun 2014.

Anda boleh dagangakan kedua-dua WTI (XTI/USD) dan Brent (XBR/USD) dengan broker FBS. Anda juga boleh menerima $100 di dalam akaun anda apabila melengkapkan tujuh langkah yang akan membimbing anda berkenaan asas perdagangan. 

3.png

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.