Average True Range

Baca artikel ini di laman web FBS

Average True Range (ATR) ialah indikator kemeruwapan pasaran. Ia menunjukkan seberapa banyak suatu aset bergerak , secara putara, untuk suatu tempoh masa. Dalam perkataan lain, ia membantu menentukan saiz purata julat harian perdagangan. Indikator ini dibangunkan oleh J. Welles Wilder Jr. dan diperkenalkan menerusi buku beliau, "New Concepts in Technical Trading Systems".

Tentang ATR

Indikator ini dikira berdasarkan apa yang disebut sebagai "true range" (julat sebenar). Ia menggunakan nilai mutlak harga tertinggi semasa dan angka itu ditolak dengan harga tutup sebelumnya, atau nilai mutlak harga terendah sekarang ditolak dengan harga tutup sebelumnya. ATR adalah representasi purata bergerak bagi julat-julat ini.

Bacaan ATR meningkat bila pasaran lebih meruwap (bar-bar harga panjang-panjang) dan ia jatuh bila kemeruwapan rendah (bar-bar harga pendek-pendek). ATR sering digunakan untuk mengenal pasti posisi terbaik untuk pesanan renti rugi.

Cara-cara memasang di carta.

ATR boleh ditemui di set default MetaTrader. Anda boleh tambahkannya ke carta dengan mengklik “Insert” – “Indicators” – “Oscillators” dan seterusnya pilih “ATR”. 

Secara default, MetaTrader akan mengesyorkan anda untuk menggunakan "14" sebagai bilangan tempoh. Jika anda pilih angka yang lebih kecil, indikator ini akan menghasilkan lebih banyak signal perdagangan, namun bilangan signal palsu juga akan meningkat. Jika anda pilih angka yang lebih besar, bilangan signal perdagangan biasanya sedikit. 

ATR boleh digunakan di mana-mana rangka masa yang lebih besar dari H1. 

Kaedah mentafsir.

Seperti yang kami telah nyatakan, Average True Range mempunyai dua aplikasi penting. Mari kita bincang lebih lanjut.

Perhatikan bahawa di MetaTrader, indikator ini akan menunjukkan pips, jadi bacaat ATR bernilai 0.0025 bermaksud 25 pip.

Kegunaan ATR sebagai penyaring (filter)

Indikator ini boleh digunakan sebagai penyaring untuk trend. Lebih tinggi nilai indikator ini, lebih tinggi kebarangkalian akan berlakunya perubahan pada trend. Lebih rendah nilai indikator ini, lebih lemah pergerakan trend. 

Untuk menganalisa trend dengan ATR, anda perlukan satu garisan tengah. Bila indikator menembusinya, ada pergerakan yang paling signifikan berlaku di pasaran. Tidak ada satu garisan khas di indikator ini, jadi anda perlu agak-agak dengan mata anda. Selain itu, anda juga boleh menggunakan purata bergerak dengan tempoh seperti 100. Untuk melakukan ini, pilih " Moving Average" dari senarai indikator trend MT4 di panel "Navigator", dan kemudian "drag and drop" ia ke carta indikator ATR. Di tetingkap yang muncul, pilih tab "Parameters", dan di menu dropdown "Apply to" pilih "First indicator's Data". 

Bila indikator di bawah purata bergerak, pasaran tenang. Bila ATR menembusi purata bergerak, ada trend yang bermula.

Untuk mengesahkan trend, adalah berbaloi untuk memasang indikator ini pada beberapa rangka masa, contohnya di D1 dan H1. Jika mereka semua bergerak dengan arah yang sama dan garisan ATR menembusi purata bergeraknya di rangka masa yang lebih kecil ia bermakna pasaran sudah mulai hidup.

Menggandingkan indikator Envelopes bersama dengan ATR juga satu idea yang bagus. Logiknya sama. Jika ATR di bawah garisan Envelopes, kemeruwapan rendah. Penembusan ke atas memberikan signal aksi harga menjadi lebih rancak.

Akhir sekali, ATR boleh memberitahu anda sama ada keadaan munasabah untuk anda masuk berdagang. Jika indikator ini lebih dari, misal kata, 20, pasaran mungkin sedang mengalami keadaan yang ekstrim. Biasanya ini terjadi bila ada berita penting yang muncul. Jika bacaan ATR lebih kecil dari 10, tenaga pasaran sedang lemah, candlestick pendek-pendek belaka dan justeru potensi keuntungan terhad. Jika anda lihat pasaran sudah pun bergerak bersamaan atau lebih dari ATR harian, kebarangkaliannya besar ia tidak akan banyak bergerak di dalam arah yang sama pada hari yang sama. Lantaran itu, ia mungkin bukan masa yang terbaik untuk berdagang dengan harapan pergerakan harga akan berterusan dalam arah yang sama. Sebaliknya, mungkin lebih afdal jika anda cari signal untuk arah yang bertentangan. 

Menggunakan ATR untuk keluar dari pasaran.

ATR membantu pedagang memasang pesanan renti rugi yang mengambil kira kemeruwapan pasaran. Ia terpakai untuk kedua-dua pesanan renti rugi statik dan renti rugi mengekor (trailing stop loss). 

Bila pasaran meruwap, pedagang harus memasang renti rugi yang leibh jauh untuk mengelakkan dari terpelanting keluar (stopped out) dari pasaran akibat dari hingar bingar pasaran yang rawak. Bila kemeruwapan rendah, pedagang boleh memasang renti rugi bersamaan dengan 1.4 darab nilai ATR. 

Manakala untuk rentian mengekor (trailing stop), anda boleh letakkan stop loss sejauh 2 x ATR di bawah harga kemasukan jika membeli, atau 2 x ATR di atas harga masuk jika sedang berdagang short. Ada juga apa yang dipanggil “chandelier exit” bila mana suatu renti rugi itu dipasang id bawah harga tinggi tertinggi yang dicapai sejak anda memasuki satu-satu urusniaga long. Jarak antara harga tinggi tertinggi dan aras rentian adalah gandaan nilai ATR sebanyak beberapa faktor. Sebagai contoh, kita boleh tolak tiga kali nilai ATR dari harga tinggi tertinggi sejak kita masuk posisi.

Kesimpulan.

ATR biasanya digunakan untuk membina sistem perdagangan terautomasi. ia membantu kita membina penyaring yang mengambil kira kemeruwapan atau mengadaptasikan pelbagai pemboleh ubah pada pasaran. Mereka yang berdagang secara manual biasanya meremehkan manfaat yang diberikan oleh indikator Average True Range. Namun, ia boleh menjadikan perdagangan anda lebih baik dengan menjadikannya lebih tepat. 

Mula berdagang

2023-05-09 • Dikemaskini

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.