Jalur Bollinger

Baca artikel ini di laman web FBS

Jalur Bollinger (BB) adalah satu indikator klasik yang dibangunkan oleh John Bollinger. Buku beliau  Bollinger on Bollinger Bands  mengandungi penerangan terperinci tentang cara menggunakannya baik secara gabungan dengan perkakas analisis lain mahupun secara sendiri. BB sangat popular di kalangan para pedagang di seluruh dunia.

Tentang Jalur Bollinger

 Indikator ini terdiri dari 3 jalur – satu jalur tengah dan dua jalur luaran. Jalur tengah adalah Purata Bergerak Ringkas (Sma, Simple Moving Average) biasanya dengan 20 tempoh. Jalur luaran biasanya satu set 2 sisihan piawai (standard deviations) di atas dan di bawah jalur tengah.

Jalur Bollinger mempunyai persamaan dengan Indikator Sampulan (Envelopes indicator). Perbezaannya, sempadan Envelopes terletak di atas dan di bawah purata bergerak pada satu jarak malar yang dinyatakan secara %, sementara sempadan Jalur Bollinger dikira berasaskan kepada sisihan piawai yang sentiasa berubah-ubah.

Cara-cara memasang di carta

Jalur Bollinger boleh ditemui di set default MetaTrader. Anda boleh menambahnya ke carta dengan mengklik  Insert  –  Indicators  –  Trend  dan kemudian pilih  Bollinger bands .

 MT akan menawarkan kepada anda 20 sebagai tempoh dan 2 sebagai sisihan (deviation). Anda boleh mengubah parameter ini jika anda mahu. Adalah disyorkan untuk menggunakan tempoh dari 13 hingga 24, manakala sisihan (deviation) haruslah dalam julat di antara 2 dan 5. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan 50 dan 2.1 untuk rangka masa yang panjang dan 10 serta 1.9 untuk rangka masa yang lebih pendek. Perhatikan bagaimana lebih kecil tempoh, lebih banyak peluang berdagang ditawarkan oleh indikator ini. Namun, bilangan signal palsu akan lebih banyak juga. Dalam masa yang sama, bila tempoh lebih besar, indikator ini jadi kurang sensitif. Ini tidak sesuai untuk pasaran yang mempunyai kemeruwapan rendah.

Sebagai kesimpulan, adalah lebih bijak untuk menala Jalur Bollinger untuk aset yang anda mahu dagangkan. Jika harga menyilang jalur atas atau bawah terlalu kerap, maka adalah perlu untuk menaikkan bilangan tempoh. Jika harga jarang-jarang mencecah jalur luar, maka munasabahlah untuk kita kurangkan bilangan tempoh.

BB boleh digunakan untuk semua rangka masa, walaupun indikator ini lebih sering digunakan untuk rangka masa intrahari. Anda juga boleh menggunakan Jalur Bollinger pada osilator yang dilukis pada tetingkap berasingan di bawah carta harga. Sebagai contoh, anda boleh pasang BB pada RSI dengan memilih   Previous Indicator's Data   atau   First Indicator's Data   pada menu drop-down   Apply to   di Jalur Bollinger.

Cara-cara menggunakannya

 Tanggapannya di sini, bagi 95% dari suatu tempoh masa harga akan bermain di antara dua jalur luar Bollinger, dan hanya 5% dari tempoh tersebut ia akan berada di luar dua jalur itu.

Jalur Bollinger membantu kita menentukan seberapa jauh harga melencong (baca: sisihan, deviation) dari harga purata suatu pasangan matawang. Jalur tengah boleh digunakan sebagai aras sokongan atau rintangan, sementara jalur luar boleh bertindak sebagai sasaran keuntungan. Ada juga strategi yang mengunjurkan berdagang sempena penyongsangan bila harga sudah berada di luar jalur.

Kecerunan BB dan posisi harga relatif kepada jalur tengah membolehkan kita menduga arah trend semasa. Jika Jalur Bollinger mempunyai kecerunan ke atas dan harga cenderung berada di atas jalur tengah, ia satu uptrend. Jika kecerunan jalur adalah negatif dan harga banyak menghabiskan masa di bawah jalur tengah, ia satu downtrend.

Jalur Bollinger sebagai indikator kemeruwapan

 Ciri utama BB adalah bagaimana jalur-jalur indikator ini bertindakbalas terhadap kemeruwapan pasaran: jalur mengembang bila kemeruwapan tinggi (sebagai contoh, bila ada berita penting diterbitkan) dan ia akan mengecut bila kemeruwapan menurun.

Kesasnnya, Jalur Bollinger membantu kita menyedari waktu di mana pasaran berubah dari keadaan tenang kepada aktif. Bila jalur mendekati satu sama lain, ia memberitahu kita bahawa kita sedang di dalam pasaran yang tidak meruwap dan kelak akan ada saat yang meruwap-ruwap. Kesannya, kita boleh menjangkakan penembusan (breakout) dari julat semasa.

Anda boleh lihat contoh di gambar di bawah: Jalur mengecut dan kemudian harga membolosi rintangan dan membuat gerakan besar ke atas.

Di pasaran yang sedang trending, jalur-jalur akan mengembang di mana jarak antara jalur menjadi jauh, ini menandakan penerusan suatu trend. Jika ia menjadi mengecut, ini menandakan trend sedang melemah dan mungkin akan menyongsang tidak lama lagi.

Berdagang dengan gerakan di luar jalur luar

Biasanya boleh harga keluar dari Jalur Bollinger, ia menandakan permulaan atau penerusan suatu trend. Jika harga menyentuh dan membolosi bahagian jalur atas BB, ia adalah uptrend. Jika harga berterusan menyerang jalur bawah BB, ia downtrend.

Biasanya, harga tidak akan berada di luar Jalur Bollinger lebih dari 4 candlestick. Seterusnya pembetulan (correction) akan berlaku. Perhatikan bagaimana bila pasaran sedang trending, harga boleh menghabiskan banyak masa berada sekitar/pada salah satu jalur luar.

Berdagang dengan penyongsangan dari jalur luar

 Jalur Bollinger juga boleh bertindak sebagai osilator. Bila harga mencapai jalur atas, aset sedang didagangkan pada harga yang (secara relatifnya) agak tinggi dan dianggap terlebih beli. Bila harga mendekati jalur bawah, aset didagangkan pada harga yang (secara relatifnya) rendah dan dianggap terlebih jual. Kita semua sudah arif bagaimana keadaan terlebih beli atau terlebih jual menjurus kepada pembetulan.

Namun, jika trend kuat, harga boleh   melekat   kepada jalur atas/bawah Jalun Bollinger atau malah lebih dari itu tanpa pengunduran (retracement) untuk satu masa yang panjang kerana seperti yang kita sudah pelajari di perenggan sebelum ini. Kesannya, jika anda mahu berdagang dengan   pullback   dari jalur atas atau bawah Jalur Bollinger, anda perlukan pengesahan pengunduran pasaran dari pola candlestick atau indikator-indikator lain.

Gambar di atas menunjukkan penyongsangan ke bawah dari jalur atas BB disahkan oleh pola candlestick bearish (evening star) dan capahan bearish (bearish divergence) antara RSI dan carta harga.

Ada contoh-contoh aksi harga tertentu berdekatan dengan jalur luaran BB. Suatu   W-Bottom   terbentuk di suatu downtrend dan melibatkan dua harga rendah reaksi (reaction lows). Harga rendah kedua harus lebih rendah dari yang kedua dan bertahan di atas dari jalur bawah.   M-Top   pula berlawanan dengan   W-Bottom  . Di dalam bentuknya yang paling asas, ia sama dengan   Double Top  . Namun, harga tinggi reaksinya tidak selalunya sama. Harga tinggi pertama boleh jadi lebih tinggi atau lebih rendah dari yang kedua. Penggunaan Jalur Bollinger untuk signal 'M' dan 'W' boleh memberikan signal yang lebih cepat dari yang dihasilkan oleh pola carta 'M' dan 'W' konvensional.

Berdagang dengan pullback dan penyilangan dari jalur tengah

 Jalur tengah bertindak sebagai sokongan/rintangan yang dinamik. Jika harga menylang BB tengah, ia memberi signal perubahan pada trend. Jangan lupa untuk mencari pengesahan bagi kes seperti ini.

Perhatikan bagaimana harga sering menguji aras-aras lebih dari jalur tengah sebelum mengundur, dan penembusan-penembusan ini yang boleh mengelirukan para pedagang.

Jika harga melantun dari jalur bawah dan menyilang garisan tengah dari bawah ke atas, jalur atas akan menjadi sasaran harga. Di dalam uptrend yang kuat, harga biasanya berayun di antara jalur atas dan jalur tengah. Kesannya, di uptrend yang kuat, pertimbangkan untuk mencari peluang membeli di jalur tengah. Jika uptrend tidak begitu kuat, pembetulan boleh turun jauh lebih rendah dan mencecah BB bawah. Di downtrend yang kuat, cari peluang untuk jual di jalur tengah BB. Jika downtrend tidak begitu kuat, pengunduran boleh membawa harga naik sehingga ke BB atas.  

 

Kesimpulan

Indikator Jalur Bollinger adalah satu perkakas teknikal yang sangat berguna dan boleh membentuk asas yang kukuh untuk sistem perdagangan yang sangat bagus. Ia memberikan sokongan dan rintangan dinamik dan memberi visual tahap kemeruwapan. Luangkan masa untuk mahirkan diri dengan perkakas ini!

Mula berdagang

2023-05-25 • Dikemaskini

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.