Analisis fundamental vs teknikal
Ada beberapa topik yang mampu mencetus perdebatan dan perselisihan yang tidak pernah berakhir di kalangan orang ramai. Yang mana harus dibeli – iPhone atau Android? Pasukan bola sepak mana yang harus disokong - Manchester United atau Liverpool? Anda mungkin menyedari bahawa tidak ada jawapan yang jelas untuk soalan-soalan ini. Bak kata orang: lain pria, lain selera. Setiap orang ada citarasanya sendiri: one man's meat is another man's poison. Baiklah, pepatah ini ada pelbagai variaasi, lebih baik kita teruskan dengan topik sebenar kita. Apa yang kami ingin sampaikan di sini adalah, para pedagang dilanda perdebatan yang tidak pernah berkesudahan seputar kaedah yang mereka percaya adalah yang terbaik untuk membuat keuntungan di pasaran kewangan. Analisis mana yang lebih baik: fundamental atau teknikal?
Apakah analisis dalam perdagangan?
Pertama sekali, mari kita selidiki apakah yang dimaksudkan dengan analisis perdagangan. Analisis perdagangan adalah alat terpenting yang digunakan oleh para pedagang untuk membuat keputusan pelaburan. Sering kali disebut bahawa analisis fundamental memberitahu anda apa yang harus diperdagangkan, dan analisis teknikal memberitahu anda bilakah masa yang sesuai untuk memperdagangkannya. Proses perdagangan biasanya terdiri daripada tiga bahagian: membuat persiapan untuk berdagang, melaksana dan memantau urusniaga perdagangan, dan menilai urusniaga tersebut. Ternyata, sebahagian besar analisis pedagang dilakukan ketika membuat persiapan. Oleh itu, kejayaan pedagang sangat bergantung pada kualiti analisis yang dibuat. Walaupun umum sedia mengetahui bahawa pedagang harus mengandalkan kedua-dua jenis analisis, fundamental dan teknikal, sebilangan pedagang masih memilih hanya salah satu. Mari kita teliti kedua-duanya dan anda akan yakin bahawa setiap satu jenis analisis tersebut sama pentingnya!
Analisis teknikal
Sebilangan pedagang menganggap diri mereka sebagai "pedagang teknikal". Mereka bergantung pada corak pergerakan harga dan alat teknikal dalam analisis mereka dan tidak terlalu memperhatikan aliran berita ekonomi. Satu-satunya perkara yang penting, menurut mereka, adalah harga mata wang/aset kewangan. Apa-apa selain itu hanyalah hingar bingar yang mengganggu.
Analisis teknikal dalam perdagangan Forex dan saham
Analisis teknikal adalah sama untuk perdagangan Forex dan saham. Seorang pedagang biasanya membuka carta dan memantau aksi harga untuk meramalkan ke mana harga akan tuju seterusnya. Dia sering menggunakan alat teknikal yang berbeza untuk mengenal pasti trend dan penyongsangan trend dan juga cuba mengenal pasti beberapa pola carta. Alat-alat bantuan analisis ini dibina berdasarkan formula matematik, tetapi pedagang tidak perlu memahami formulanya kerana alat ini ditunjukkan secara grafik untuk memudah cara. Apabila beberapa indikator teknikal sudah menjadi kegemaran bagi sesorang pedagang, beliau boleh mula membina strategi pelaburannya sendiri! Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai analisis teknikal, anda boleh membaca buku analisis teknikal kami.
Analisis fundamental
Sekumpulan pedagang yang lain pula tidak setuju dengan "juruteknik" ini dan mempromosikan kaedah menganalisis pasaran yang fundamental. Mereka ini meneliti pengumuman data ekonomi makro, memantau berita untuk membongkar arah tuju pasaran di masa hadapan - mereka adalah pengikut aliran analisis fundamental.
Kumpulan yang pertama umumnya terdiri daripada pedagang swing dan pedagang jangka pendek yang mengekalkan posisi selama sehari, beberapa jam, minit, atau bahkan beberapa saat. Kumpulan pedagang yang satu lagi bertindak secara lebih strategik; mereka lebih suka memegang jawatan selama beberapa hari, minggu, atau bahkan berbulan-bulan. Mereka adalah orang-orang yang bersemangat tinggi dan mempunyai perwatakan yang kuat.
Analisis fundamental dalam perdagangan Forex dan saham
Analisis fundamental untuk perdagangan Forex dan saham adalah berbeza. Apabila seseorang memperdagangkan pasangan matawang, dia mengambil kira dinamik indikator ekonomi dan berita, yang dirampaikan dalam kalendar ekonomi. Apabila seseorang memperdagangkan saham, dia mendasarkan pertaruhannya pada laporan pendapatan, yang menunjukkan prestasi syarikat berkenaan pada suku sebelumnya. Untuk pelajari cara berdagang sempena berita dan laporan pendapatan, baca artikel kami Analisis Fundamental dalam perdagangan Forex dan saham.
Perbandingan: analisis fundamental vs analisis teknikal
Analisis Teknikal | Analisis Fundamental | |
Definisi | Menggunakan pergerakan harga itu sendiri untuk meramalkan pergerakan harga di masa depan. | Menerangkan faktor fundamental (ekonomi) mana yang menyebabkan pergerakan harga yang dilihat di carta dan faktor apa yang akan menentukan pergerakan harga pada masa akan datang. |
Sumber Data | Carta harga | Siaran ekonomi, peristiwa berita |
Signal Untuk Masuk | Formasi harga dan signal dari indikator teknikal | Beli (jual) apabila aset sudah terkurang (terlebih) nilai |
Jenis Pedagang | Pedagang harian jangka pendek | Biasanya pedagang posisi jangka panjang |
Horizon Masa | Posisi dikekalkan selama beberapa hari, jam, minit, saat | Posisi dikekalkan selama beberapa hari, minggu, bulan |
Konsep Utama | Teori Dow, sokongan & rintangan, pola harga | Perbandingan angka ekonomi sebenar dengan angka jangkaan/silam |
Kedua-dua analisis fundamental dan teknikal mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri, jadi lebih baik jika 2 kaedah ini digabungkan. Dengan cara ini anda akan mendapat gambaran yang menyeluruh mengenai apa yang sedang berlaku di pasaran. Semasa berdagang secara intrahari, gunakan analisis teknikal terlebih dahulu untuk menentukan situasi pasaran, titik masuk dan keluar posisi. Kemudian gunakan analisis fundamental untuk menyesuaikan strategi anda dengan mengambil kira peristiwa kalendar ekonomi. Dalam perdagangan jangka panjang pertama sekali tentukan arah trend dengan bantuan analisis fundamental dan kemudian cari titik masuk dan keluar menggunakan alat analisis teknikal.
Anda akan pelajari lebih lanjut mengenai analisis fundamental dan teknikal dari kursus ini.
Mula berdagang2022-01-28 • Dikemaskini
Artikel-artikel lain di bahagian ini
- Osilator McClellan
- Strategi Perdagangan Indikator Aroon
- Kekuatan matawang
- Rangka Masa Terbaik Untuk Perdagangan
- Carta Renko
- Jenis-jenis carta
- Bagaimanakah Cara Untuk Menggunakan Carta Heikin-Ashi?
- Dasar Pelonggaran Kuantitatif (QE)
- Titik Pivot
- Apakah itu indikator ZigZag?
- Purata Bergerak: cara mudah untuk mengesan trend
- Williams’ Percent Range (%R)
- Apakah itu Relative Vigor Index (Indikator RVI)?
- Momentum
- Force Index
- Apakah Itu Indikator Envelopes?
- Bulls Power dan Bears Power
- Average True Range
- Bagamana cara berdagang berdasarkan keputusan bank pusat?
- CCI (Commodity Channel Index)
- Sisihan Piawai
- Parabolic SAR
- Berdagang dengan Osilator Stokastik
- Relative Strength Index
- MACD (Moving Average Convergence/Divergence)
- Osilator
- Indikator ADX: Cara Menggunakannya Untuk Analisis Trend Forex Yang Berkesan
- Jalur Bollinger
- Indikator trend
- Pengenalan kepada indikator-indikator teknikal
- Sokongan dan rintangan
- Trend
- Analisis Teknikal
- Bank Pusat: polisi dan akibat
- Faktor Fundamental
- Analisis Fundamental di dalam perdagangan Forex dan saham