Relative Strength Index

Baca artikel ini di laman web FBS

Relative Strength Index (Indeks Kekuatan Relatif ), atau RSI, adalah salah satu indikator teknikal yang paling popular di kalangan pedagang. Ia dibangunkan oleh J. Welles Wilder pada tahun 1978 untuk mengukur kepantasan dan perubahan pergerakan harga. Indikator ini juga membantu mengenal pasti situasi terlebih beli/jual di pasaran agar anda boleh memutuskan untuk membeli ketika harga rendah atau menjual ketika harga tinggi. 

Cara-cara menggunakan RSI

Untuk menambahkan RSI ke carta, klik "Insert" – “Indicators” – “Oscillators” – dan anda akan dapat lihat "Relative Strength Index".

Secara default, MetaTrader akan menawarkan anda "14" sebagai angka tempoh. Anda boleh ubah parameter ini jika anda mahu, Pedagang jangka pendek biasanya gunakan RSI 9 tempoh, manakala mereka yang lebih gemarkan dagangan jangka lebih panjang memilih RSI 25 tempoh. Secara amnya, lebih kecil angka tempoh, lebih banyak turun naik pada indikator ini. 

Cara-cara untuk mentafsir Relative Strength Index

Bacaan indikator ini turun naik antara 0 dan 100. Anda juga boleh menambahkan satu garisant engah pada aras 50. Jika RSI di atas garisan ini, momentum dianggap meningkat lalu munasabah untuk mencari peluang membeli. Bila RSI jatuh lebih rendah dari 50, ia petanda trend brearish yang baru di pasaran, jadi pertimbangkan untuk membuka urusniaga jual.

Pasaran sudah terlebih jual atau terlebih beli

Seperti osilator lain, RSI membantu kita mengetahui bila suatu aset itu sudah terlebih beli atau jual. Untuk RSI anda perlu pantau aras 70 dan 30. Jika RSI naik lebih tinggi dari 70, ini bermakna pasaran sudah terlebih beli dan mungkin akan membuat pembetulan ke bawah. Jika RSI jatuh bawah dari aras 30 – aset ini sudah terlebih dijual dan mungkin akan mengundur ke paras lebih tinggi semula.

Bagaimana pun sila maklum bahawa pendekatan ini tidak sesuai untuk berdagang dalam trend yang kuat di mana RSI boleh kekal di zon terlebih jual atau beli untuk tempoh yang panjang dan berlanjutan. Jika anda sudah menemui bukti bahawa ada trend yang kuat di pasaran, pertimbangkan untuk menjual bila RSI terlebih jual di downtrend dan beli bila RSI terlebih beli ketika uptrend.

Secara keseluruhannya, kualiti signal RSI meningkat bila anda mengikuti hanya signal-signal yang berada searah dengan trend ketika indikator meninggalkan aras-aras kritikal. Sebagai contoh, anda boleh beli ketika uptrend bila RSI melepasi aras 30.

Penyongsangan arah pasaran

Tambahan lagi, capahan (divergence) antara RSI dan harga boleh memberikan amaran penyongsangan pasaran. Bila paras tertinggi baru harga tidak disahkan oleh aras tinggi baru RSI, ia capahan bearish, iaitu signal negatif. Bila harga membentuk harga rendah yang lebih rendah (lower low) tetapi minimum RSI lebih tinggi dari yang sebelumnya, ia capahan bullish.

RSI sering digunakan dalam gabungan bersama osilator lain, seperti MACD. Tatkala RSI mengukur perubahan harga relatif kepada harga tinggi dan terendah sebelum ini, MACD mengukur hubungan antara dua EMA. Bersama, RSI dan MACD membentuk kombo yang berkuasa. 

Kesimpulan.

Pedagang yang kompeten harus tahu apakah itu RSI dan cara-cara menggunakannya. Pastikan analisis anda tidak dibina berdasarkan RSI sahaja, tetapi terdiri dari kajian aksi harga dan indikator teknikal lain. Ingat, signal dari Relative Strength Index lebih andal bila ia bersetujuan dengan trend jangka panjang.

Mula berdagang

2023-05-25 • Dikemaskini

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.