Shark

Baca artikel ini di laman web FBS

Pola Shark (B. Melayu: "Jerung") ditemui pada tahun 2011 oleh Scott Carney. Titik-titik swing pada pola ini ditanda sebagai 0, X, A, B, C.Sila maklum bahawa semua pola yang telah kita pelajari sebelum ini (Gartley, Bat, Crab, Butterfly), titik tinggi kedua di pola bullish dan titik rendah kedua di pola bearish adalah lebih rendah/tinggi dari yang pertama. Namun di pola Shark bullish, titik tinggi kedua lebih tinggi dari yang pertama. Tambahan lagi, ia menggabungkan Fibonacci dengan teori Elliot Waves (Gelombang Elliott) dan beberapa nisbah baru seperti 113% turut digunakan.

Berikut adalah parameter-parameter penting bagi pola Shark:- Tiada tempat spesifik bagi A- Titik B berada di sambungan (extension) 113%-161.8% XA- Titik C berada di sambungan 113% 0X dan di sambungan 161.8%-224% AB.

Cara berdagang menggunakannya

Pendekatan berdagang dengan pola Shark sedikit berbeza dari apa yang direka untuk pola lain. Titik masuknya adalah di 88.6% 0X. Ambilan untung boleh dipasang di 50%-61.8% BC. Renti rugi harus di titik C.Inilah bagaimana rupa pola Shark di carta. Titik B terletak di sambungan 113% XA. Titik C terletak berdekatan sambungan 113% 0X. Titik masuk untuk dagangan beli adalah di pengunduran 88.6% 0X. Renti rugi terletak di titik C.

Mula berdagang

2022-05-17 • Dikemaskini

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.