Purata Bergerak: cara mudah untuk mengesan trend

Purata Bergerak antara indikator yang paling banyak digunakan dalam perdagangan. Pedagang menyukainya kerana kesederhanaan dan keberkesanannya. Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan tentang indikator ini dan bagaimana cara menggunakannya untuk meningkatkan keuntungan anda.

Apakah Itu Purata Bergerak?

Purata Bergerak (MA, Moving Average) ialah suatu indikator trend. Ia mempuratakan angka-angka harga dan, hasilnya, melicinkan aksi harga dengan menapis keluar turun naik kecil.

Jenis-jenis Purata Bergerak

Terdapat empat jenis Purata Bergerak di MetaTrader. Adalah penting untuk memahami idea di sebalik setiap jenis.

Purata Bergerak Ringkas (SMA, Simple Moving Average)

Biasanya, pedagang menggunakan Purata Bergerak Ringkas. MA jenis ini menunjukkan purata harga penutupan untuk satu tempoh yang dipertimbangkan. Hasilnya, semua harga adalah sama nilainya. Sebagai contoh, jika kita mempunyai MA 10 hari, kita mengira jumlah 10 harga penutupan dan membahagikannya dengan 10. Setiap kali harga penutupan baru terbentuk, harga yang paling lama (tertua) sudah tidak digunakan dalam pengiraan lagi.

MA Eksponen dan MA Berwajaran Linear

MA Eksponen dan MA Berwajaran Linear agak serupa. Kedua-duanya mengira harga terkini dengan pekali yang lebih tinggi. Oleh itu, kedua-dua MA ini adalah yang paling kuat mencerminkan pergerakan harga dan memberikan isyarat yang lebih cepat. Berhati-hati! MA ini memberikan isyarat dengan pantas tetapi sesetengahnya mungkin palsu.

MA Terlicin (Smoothed MA)

MA Terlicin terbina berdasarkan MA Ringkas. Mentakrifkan fungsi utamanya menjadi mudah selepas mengetahui namanya. MA ini membersihkan pergerakan harga daripada kebanyakan fluktuasi. MA ini adalah yang terbaik untuk menentukan trend.

Bagaimana cara menggunakannya di MetaTrader

MA sudah disertakan bersama dengan MetaTrader, jadi anda tidak perlu memuat turunnya sendiri. Pergi ke “Insert” – cari “Indicators” – pergi ke “Trend” – dan anda akan dapat melihat “Moving Average” (Purata Bergerak). Yang lebih penting di sini adalah untuk menggunakan tetapan yang betul.

MA Period (Tempoh MA)

Tempoh adalah bilangan candlestick yang akan diambil kira dalam pengiraan. Lebih besar tempohnya, MA lebih licin dan signal yang terhasil juga lebih tepat. Semakin kecil tempoh, MA akan semakin mirip dengan harga.

Tiada satu peraturan tertentu yang mengatakan apa tempoh MA yang wajib digunakan. Apabila menganalisis carta dengan rangka masa (timeframe) besar, pedagang lebih gemarkan MA dengan tempoh seperti 50, 100, dan 200. Untuk berdagang pada rangka masa yang lebih kecil, pelabur lebih suka tempoh yang kecil seperti 9, 12, dan 26.

MA Price (Harga MA)

Ada beberapa pilihan. Ia boleh jadi harga tutup, buka, tinggi, rendah, median, biasa, dan harga tutup yang berwajaran.

Harga buka dan tutup adalah jelas dan mudah difahami, tetapi apakah median, biasa, harga berwajaran? Kesemuanya menggunakan harga yang berbeza bagi pengiraan purata.

  • Harga median adalah titik tengah julat perdagangan untuk setiap tempoh.
  • Harga biasa ialah harga purata anggaran untuk setiap tempoh.
  • Purata berwajaran mengambil kira tahap kepentingan setiap jenis nombor dalam data harga.

Mari kita pertimbangkan satu contoh. MA20 adalah purata 20-tempoh. Jika kita ambil 20 harga pembukaan, atau 20 harga penutupan, hasilnya akan berbeza, jadi garisannya juga akan sedikit berbeza. Di dalam gambar anda boleh lihat di mana anda boleh memilih senarai jenis harga yang dikehendaki.

Moving average median price.png

Walau bagaimanapun, biasanya, pedagang menggunakan harga tutup.

MA Shift (Anjakan MA)

Tetapan ini digunakan untuk menarik indikator ke hadapan dan ke belakang di garisan masa. Akibatnya, MA akan bergerak ke atas atau ke bawah.

Bagaimana cara menggunakan Purata Bergerak dalam perdagangan Forex

MA adalah indikator trend, jadi kita akan mulakan dengan pengesanan trend. Jika anda ingin mengetahui sama ada pasaran sedang bearish atau bullish, persilangan akan membantu anda.

Golden Cross (Persilangan Emas)

Apabila MA dengan tempoh yang lebih kecil menyilangi MA dengan tempoh yang lebih besar, dari bawah ke atas, ia signal untuk membeli.

Golden cross moving average.png

Dead Cross (Persilangan Mati)

Apabila MA dengan tempoh yang lebih kecil menyilangi MA dengan tempoh yang lebih besar, dari atas ke bawah, ia signal untuk menjual.

Dead cross moving average.png

Purata Bergerak dan trend

Sekarang mari kita bercakap tentang fungsi trend. Jika indikator itu turun ke bawah, ia adalah downtrend. Jika MA naik, ia adalah uptrend.

Purata Bergerak dan aras-aras sokongan/rintangan

Purata Bergerak sangat kerap digunakan sebagai aras sokongan dan rintangan. Kekuatan aras-aras tersebut bergantung pada tempoh MA. Semakin besar tempoh, semakin kuat sokongan/rintangan tersebut. Rangka masa juga memainkan peranan penting. Lebih besar rangka masa, MA akan menjadi lebih kuat. Jika anda membandingkan MA 200 jam dengan MA 200 hari, yang MA 200 hari akan menjadi aras yang lebih kuat dan akibatnya, harga lebih berkemungkinan akan turun naik bila berhampiran dengannya.

Menggunakan MA sebagai aras sokongan dan rintangan, kita mendapat peluang untuk menentukan aras untuk membuka posisi. Apabila harga menembusi MA ke sebelah atas, ia mungkin isyarat untuk membeli. Sebaliknya, penerobosan ke bawah MA akan memberikan signal untuk menjual.

Petua: jika harga menyentuh MA beberapa kali, ia bermakna bahawa waktu untuk penyongsangan arah mungkin sudah hampir.

Penggunaan candlestick Jepun adalah idea yang sangat baik. Pola-pola yang ada di carta candlestick Jepun boleh memberikan signal yang kuat tentang penyongsangan dan penerusan trend.

Kelebihan Purata Bergerak

Satu kelebihan besar MA ialah betapa ia bukan satu-satunya indikator; ia adalah sebahagian daripada indikator teknikal lain. Indikator yang paling terkenal yang berasaskan MA ialah MACD. Anda juga boleh menemui MA di dalam alat bantuan perdagangan seperti Alligator, Bollinger Bands, Ichimoku Kinko Hyo.

Keberanekaan fungsi MA adalah satu lagi manfaat penting. Ia mengenal pasti arah trend dan menunjukkannya secara visual di carta. Selain dari itu, ia boleh menemukan penyongsangan trend, dan akhir sekali, MA menunjukkan potensi aras sokongan dan rintangan.

MA adalah instrumen yang benar-benar berkesan kerana kesederhanaannya. Itulah sebabnya mengapa ia sangat popular.

Kelemahan Purata Bergerak

Tiada kaedah yang sempurna, dan purata bergerak mempunyai kelemahannya. Mari kita kupas tentang beberapa perkara yang paling boleh dibincangkan.

  • Purata bergerak hanya melukis trend berdasarkan maklumat harga lalu. Seperti mana-mana alat analisis teknikal, indikator carta tidak mengambil kira perubahan faktor-faktor fundamental yang boleh menjejaskan prestasi masa depan pergerakan aset, seperti pesaing baru, permintaan yang lebih tinggi atau lebih rendah untuk produk dalam industri, atau perubahan dalam struktur pengurusan syarikat.
  • Terdapat perdebatan yang berterusan tentang sama ada lebih banyak penekanan perlu diberikan pada hari-hari terakhir suatu tempoh masa, contohnya, dengan purata bergerak eksponen. Ramai yang percaya bahawa data yang terkini lebih mencerminkan arah pergerakan aset, sementara yang lain percaya bahawa menjadikan beberapa hari lebih penting daripada yang lain memberi gambaran yang salah tentang trend.
  • Aset sering mempunyai tingkah laku kitaran (cyclical behavior) yang tidak dicerminkan oleh purata bergerak. Jadi, jika pasaran melompat naik dan turun dengan banyak, purata bergerak tidak mungkin akan dapat "menangkap" sebarang trend yang ketara.
  • Matlamat mana-mana alat bantuan perdagangan adalah untuk meramalkan di mana harga aset akan berada pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, jika ia tidak bergerak ke mana-mana arah, ia tidak memberikan isyarat yang boleh memberikan keuntungan daripada aktiviti membeli atau menjual.

Purata Bergerak dan indikator-indikator teknikal lain

Kami sentiasa mengingatkan pedagang bahawa tidak ada indikator yang sempurna, kerana itulah ianya penting untuk menggabungkan mereka untuk mendapatkan signal yang lebih kuat. Purata Bergerak, sebagai contoh, berfungsi dengan baik bila dikombinasikan dengan indikator lain.

MA dan Momentum

Indikator momentum, seperti Average Directional Index (ADX), atau MACD, sering menunjukkan perubahan arah pasaran yang bakal tiba sebelum harga bergerak cukup jauh untuk mencetuskan pergerakan penyilangan purata bergerak. Oleh itu, pedagang sering menggunakan indikator momentum sebagai tanda-tanda amaran awal sama ada pasaran telah mencapai kemuncaknya atau sudah di paras terendah, atau ia akan membuat satu lagi lompatan ke hadapan dalam trend semasa.

MA dan Osilator

Osilator (pengayun) sangat sesuai digabungkan dengan MA. Persilangan Purata Bergerak juga boleh mengesahkan tanda-tanda dari RSI bahawa pasaran sudah terlebih beli atau terlebih jual. RSI sering digunakan untuk mendapatkan tanda-tanda awal kemungkinan perubahan trend. Oleh itu, menambah Purata Bergerak Eksponen (EMA) boleh membantu, kerana ia bertindak balas dengan lebih cepat terhadap perubahan harga terkini. Persilangan Purata Bergerak dengan jangka masa yang agak pendek, seperti persilangan EMA 5 dengan EMA 10, adalah yang terbaik untuk bekerjasama dengan RSI. Apabila EMA 5 berada di bawah EMA 10, ia mengesahkan petunjuk RSI tentang situasi terlebih beli dan kemungkinan penyongsangan trend ke bahagian bawah. Sebaliknya, persilangan ke atas memberikan petunjuk tambahan bahawa pasaran sudah terlebih jual dan tidak lama lagi akan berpatah balik ke atas.

Sentiasa cari pengesahan. Ingat bahawa anda memerlukan sekurang-kurangnya dua isyarat yang sepadan, untuk memulakan urusniaga perdagangan.

4 soalan paling popular mengenai Purata Bergerak

Sekarang, mari kita jawab soalan yang paling popular ditanyakan oleh para pedagang pemula.

Adakah Purata Bergerak satu indikator yang baik?

Tiada indikator yang sempurna. MA tidak terkecuali dan ia mempunyai pro dan kontranya yang tersendiri. Ia sesuai untuk pengecaman trend, bagaimanapun, ia lamban (lagging) dan tidak menunjukkan maklumat baru. Namun, ia salah satu indikator yang paling popular digunakan.

Mengapa kaedah Moving Average digunakan?

Pedagang lebih suka menggunakan kaedah Purata Bergerak kerana ia membantu melicinkan data harga dengan mencipta purata harga yang sentiasa dikemas kini.

Apakah Purata Bergerak yang digunakan untuk gaya perdagangan yang berbeza?

Tempoh MA bergantung pada gaya dan matlamat pedagang. Purata Bergerak jangka pendek (5-20 tempoh) paling sesuai untuk scalper dan perdagangan intrahari. Pedagang yang suka perdagangan swing akan memilih purata bergerak yang lebih panjang, yang mungkin mempunyai tempoh 20-60. Pedagang posisi akan lebih menyukai purata bergerak dengan tempoh 100 atau lebih.

Apakah Purata Bergerak yang boleh digunakan untuk kripto?

Secara amnya, ia tidak penting apa aset yang anda dagangkan dengan MA, ia lebih bergantung kepada gaya perdagangan pedagang itu sendiri. Walau bagaimanapun, pasaran kripto kebiasaannya pasaran yang trending. Jadi, menggunakan Purata Bergerak untuk melicinkan aksi harga dan menentukan arah trend keseluruhan benar-benar dapat membantu semasa perdagangan kripto.

Kesimpulan

Jom kita rumuskan apa yang anda baca di atas. Purata Bergerak ialah indikator teknikal trend yang mencerminkan pergerakan harga. ia indikator trend, jadi ia berfungsi dengan baik apabila pasaran sedang uptrend atau downtrend. Beli apabila harga berada di atas MA dan apabila anda melihat Golden Cross. Jual apabila harga berada di bawah MA dan anda menemui Dead Cross.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.

Berita terkini

EMAS Dijangka Akan Mendaki Sementara, Dijangka Sambung Penerjunan!

Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…

Yen Tersungkur kepada Paling Rendah Sejak 1990 , Betul Ke Ni?

Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…

XAU/USD Berundur Selepas Menguji $2,200, Mana Arah Tuju USD?

Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

 1
 93
 355
 213
 1684
 376
 244
 1264
 672
 1268
 54
 374
 297
 61
 43
 994
 1242
 973
 880
 1246
 375
 32
 501
 229
 1441
 975
 591
 387
 267
 55
 246
 673
 359
 226
 257
 855
 237
 1
 238
 1345
 236
 235
 56
 86
 61
 61
 57
 269
 242
 243
 682
 506
 225
 385
 53
 357
 420
 45
 253
 1767
 1809
 593
 20
 503
 240
 291
 372
 251
 500
 298
 679
 358
 33
 594
 689
 241
 220
 995
 49
 233
 350
 30
 299
 1473
 590
 1671
 502
 224
 245
 592
 509
 39
 504
 852
 36
 354
 91
 62
 98
 964
 353
 44
 972
 39
 1876
 81
 962
 7
 254
 686
 850
 82
 965
 996
 856
 371
 961
 266
 231
 218
 423
 370
 352
 853
 389
 261
 265
 60
 960
 223
 356
 692
 596
 222
 230
 262
 52
 691
 373
 377
 976
 382
 1664
 212
 258
 95
 264
 674
 977
 31
 599
 687
 64
 505
 227
 234
 683
 672
 1670
 47
 968
 92
 680
 970
 507
 675
 595
 51
 63
 64
 48
 351
 1787
 974
 262
 40
 7
 250
 590
 290
 1869
 1758
 590
 508
 1784
 685
 378
 239
 966
 221
 381
 248
 232
 65
 421
 386
 677
 252
 27
 500
 34
 94
 249
 597
 268
 46
 41
 963
 886
 992
 255
 66
 670
 228
 690
 676
 1868
 216
 90
 993
 1649
 688
 256
 380
 971
 44
 1
 1
 598
 998
 678
 58
 84
 1284
 1
 681
 2
 967
 260
 263
00:00
00:00
00:00
01:00
02:00
03:00
04:00
05:00
06:00
07:00
08:00
09:00
10:00
11:00
12:00
13:00
14:00
15:00
16:00
17:00
18:00
19:00
20:00
21:00
22:00
23:00
23:00
23:00
00:00
01:00
02:00
03:00
04:00
05:00
06:00
07:00
08:00
09:00
10:00
11:00
12:00
13:00
14:00
15:00
16:00
17:00
18:00
19:00
20:00
21:00
22:00
23:00

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera